Showing posts with label things. Show all posts
Showing posts with label things. Show all posts

Friday, November 25, 2016

Perihal laptop

Laptop ini husband beli semasa saya mahu sambung master penghujung tahun 2011. Klik link ini untuk baca post pertama dari laptop baru itu =) Namun kini setelah 5 tahun berlalu laptop ini semakin usang. 

Mula2 badan je crack. Baru je repair, now bateri pulak problem. Hope ia mampu bertahan untuk seberapa lama mungkin. Hingga selepas phD pun tak apa. InsyaAllah Amin. 

Bila search kat blog ni banyak jugak saya cerita pasal laptop kat sini. Ye lah zaman excited menulis semua benda pun cerita. Sekarang banyak moment2 indah dah tak di abadikan di sini. Saya rasa mahu start menulis balik. At least bila rindu boleh godek2 post lama balik. 

Thursday, September 11, 2014

Drypers backpack

Hari tu duk blogwalking dan jumpa ramai mak-mak cakap dapat drypers backpack ni secara percuma. Caranya just sign up jadi ahli kelab drypers. Bag ni akan diberi kepada 50,000 terawal yang sign up. Jadi teruslah sign up kat website drypers tu. Alhamdullilah dapat. Dhiya Amani belum tahu lagi kewujudan beg ni. Tengah berkira-kira nak bagi baby baru sebab dhiya dah banyak bag. Nanti kalau tunjuk kat dia tak nak bagi adik pula. 


Terima kasih drypers. 

Saturday, January 4, 2014

Tips beli telefon

Ya Allah sebetulnya saya bersedih sejak malam tadi sehingga ke saat saya tulis ni saya belum makan nasi lagi. tak selera.

Kronologi cerita

1. Lepas magrib malam tadi husband ajak nak g beli phone saya kat The Mines.
2. Pergi sampai2 dah kul 9. Kedai tutup kul 10. Beli dalam keadaan tergesa..
3. Balik-balik check phone saya AP set. (SEDIH YA AMAT ALLAH SAJA YANG TAHU)
4. Saya terus tukar simcard ke tel lama.
5. Simpan dalam kotak terus tanpa charge yang 6 jam tu
6. Biasa saya senang menangis. Tapi hingga saat saya menulis ni saya belum menitikkan setitis air mata pun. Dalam hati memang bengkek......................

SELLER SAID
Original set berkali-kali... kalau dia Islam memang dia berdosa teruk sebab dia tipu saya. Tapi sebab dia cina. Huhuhu!

Saya jenis tak tahu telefon tu original ke, AP ke, cina ke

Pastu bila balik saya godek-godek phone rupanya tu tel dari Cina AP set.
Hancus hati saya. Hari ni memang nak g cari dia seller tu. Tapi sebab husband kerja. Saya terpaksa tunggu husband balik dulu. Dan semoga Allah tolong saya kuat untuk berhadapan dengan  ca ya nun alif tu. geramnya hanya saya je yang tahu.

Husband cakap mungkin tukar phone je boleh. amik duit balik memang tak boleh lah.

Masa kat kedai tu sy duk ingat code apa yang kena guna untuk cek IMEI. Tapi sampai sudah tak ingat.
Rupanya code tu adalah *#06#, rupanya IMEI tu pun ada tulis kt kotak. (sah phone saya tel cina)
Nanti akan keluar no banyak2...

contoh

123456108978

no 7 dan 8 akan tentukan negara mana telefon tu berasal.

kalau 00 atau 03 atau 04 dari kilang asal (tiptop quality)
kalau 01 atau 10 - original set (good quality)
kalau 02 atau 20 - cina (low class quality)

plus kalau original set. IMEI no kat bawah tempat bateri akan sama ngan IMEI yang dia letak kat kotak phone. Siap la cha ya nun alif tu malaam ni. tolong lah..

yang lagi geram memang dia tulis AP set kat kotak. mengapalah bodoh sangat saya ni. huhu! apa dia ingat dia nak berniaga sehari je ke kat situ. dia ingat saya takleh g lagi ke malam ni jumpa dia.

tolonglah kepada yang berniaga jangan tipu orang. kalau tak ori cakap tak ori. kalau ori cakap ori.... biasa saya baca orang lain je terkena. ni saya sendiri yang kena.

mungkin Allah duga saya sebab Allah tahu saya kuat. dan Allah nak saya makin dekat ngan dia. Berikanlah kekuatan pada aku ya Allah.

walaupun telefon saya tak sampai ribu riban. tapi part menipu tu bagi saya unaccepted. very rude punye orang keje menipu. kita ni nak dapat duit rm100 pun susah dia senang2 je keje tipu orang.. tunggu..! jap lagi husband saya balik..

Wednesday, November 27, 2013

Shake 'n Take

Hehe, sempena ikut program diet ni. Mungkin shake n take ni akan jadi teman baik saya. Sebenarnya dia macam blender je. cumanya saiznya kecik sikit dan ada tempat minum siap2 jadi lepas dah blend tak payah transfer dalam gelas dah. 

Biasalah benda baru dapatkan jadi semangat lah beli buah2 untuk diblend. Bagi yang nak diet tapi suka makan, buah sesuai sangat sebab buah walaupun nampak besar tapi kalori dia tak banyak sangat. Contoh sebiji epal hijau saiz medium kalori hanya plus minus 40kcal saja. 


Untuk smoothie kat bawah ni saya guna kurma, dragon fruit ngan fresh milk yang kotak tu. Nanti saya kirakan kalorinya k =)

2 biji kurma = 62 kcal
100ml milk = 63 kcal
100g dragon fruit = 36 kcal 

total kalori dalam smoothie ni 161kcal. 


blend2, siappp..


Boleh minum terus guna botol ini. pastu jangan lupa terus basuh sebab ada kawan cakap dia pakai benda ni pastu lambat basuh, mata blender tu jadi berkarat dan tak boleh guna dah. sayang kalau pakai sekali dua pastu dah tak boleh guna sebab tak murah juga lah beli ni kan. walaupun tak sampai rm100 tetap rugi juga. 


Hari tu saya ada try dengan pisang, tapi pisang macam muak sikit sebab bila dah diblend tahap ketepuan dia lebih sikit kalau nk banding ngan buah lain. saya lagi prefer dragon fruit ni ngan epal. nanti nak cuba buah lain pula. mangga ke. lai ke. 

semoga saya istiqamah.. InsyaAllah. 

Monday, October 28, 2013

Ada iras2 rita rudaini tak?..hehe!





`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`


Hehe saje je. Sebenarnya suka tudung ni sebab tengok rita rudaini pakailah. actually ni koleksi pertama aidijuma. dan rasanya yang rita rudaini pakai tu pun tudung aidijuma juga sebab ternampak tag kat tudung dia. Dan yang paling best husband cakap pakai tudung ni lagi nampak oke dari tudung segera tu a.k.a tudung awning. Sememangnya diri sendiri pun tahu yang tudung awning tak sesuai tapi tudung awning kan tak payah iron. tudung ni kena iron bagai. that's the reason. 

Dan saya sebenarnya dah fall in love ngan tudung aidijuma ni. Will buy again next time. Aim nak beli yang polkadot tu. 

yang ni haa... cantik tak? tudung memang cantik. ngan model2 dia sekali cantik. Sebenarnya salah satu strategi perniagaan model kena cantik. kalau tak cantik orang tak panggil model ye tak? sekali kita beli takde lah cantik mana pon... =P


Lagi satu tengok datin juma gayakan tudung dia sempoi je. biasa dia simpul je ujung tudung dia. zaman2 dulu mak saya suka simpul tapi saya je lah tukang ikut menyimpul. tapi sekarang ni macam dan ramai pula yang simpul tudung. mahu cantik macam datin juma eh? hehe!


contoh tudung disimpul2...cantikkkk je =)

p/s: sume gambar kecuali gambar saya adalah dari google

Tuesday, October 8, 2013

Pixajoy..Terima kasih Umi Qi =)

Hari tu kan saya blogwalking blog umi Qi. Kebetulan umi Qi update pasal photobook made by Pixajoy. Terus teruja dan terus ke website tu. Tiba2 masa tu juga tengah ada promosi. So, apa lagi. Terbeli sudah....Sebelum beli tu saya download dulu dia punya template sebab pernah jumpa yang dekat Groupon tapi dia punya template tak user friendly. Bagi yang tak pandai IT macam saya ni memang tak dapat nak nolong. Nasib baik jumpa yang ni. Decoration photobook da hampir 100% siap. Tak sabar nak submit dan tengok hasilnya. InsyaAllah bila dah siap mahu tempek kat sini. 

kepada yang berminat boleh lah ke laman web PIXAJOY



Thursday, September 19, 2013

Lipas lagi....(jangan buka kalau tgh makan...! )

kalau rajin nak baca entri lama boleh ke sini

dulu dekat rumah je diorang sume ni menginap sekarang dengan kete2 sekali dah ada keturunan cucu cicit dia. punca utama tak tahu lah. mungkin sebab makan dalam kereta kot. makanan yang lebih2 tu dok attract mereka2 itu datang naik kete kitorang. 

hari tu pernah nampaklah maknya dalam kete tapi bila dah perasan terus berdesup menyelit. vacum kete bagai pun memang tak nampak dah kat mana2 pun. kita pun assume dah takde lah kan. 

alkisahnya kawan cakap dia ada beli ubat lipas kat daiso dan letak dalam kete dia menjadi. adalah lipas melekat kat pelekat lipas tu. 

petang semalam berdesup ajak husband g the mines beli ubat lipas. haha! gler gigih. sebenarnya tak sabar nak tengok ada ke tak lipas dalam kete. oh! daiso the mines kat level 1. sebenarnya ni pun pertama kali g daiso. banyak jugaklah barang2 yang cute2. husband terbeli berus basuh toilet. biasalah. dia suka benda2 yang melibatkan hygiene2 ni.  

oh inilah rupa bentuk sebenarnya ubat lipas tu. kalau kat daiso the mines tu benda ni kat bahagian belakang2 belah kiri. 


dekat dalam kotak tu ada 5 keping kertas putih ni. fungsi dia cam lebih kurang ngan kertas lalat tu. tapi yang ni extranya ada makanan melekat kat tgh2 tu. walhal si kenit lipas tu tak sempat pun nak g makan sbb glue kuat sangat jadi kaki terus melekat. tu yang dok kat tepi je tu. 

Tengok lah betapa babynya lipas yang ada kat dalam kete kitorang. yang anak dara ada sekor. 


Ni close up sikit. 


haaa....ni lagi nampak...! 


hahaha okelah. wassalam. 

oh! barang kat daiso sume rm5 ye. pergilah mesti akan ada yang terbekanan di hati. 
malam ni ada misi lagi letak dalam kabinet kat dapur. esok pagi2 kita tengok hasilnya =P

Monday, July 1, 2013

Pertama kali beli kain langsir....

tak tipu...! pertama kali ni membeli kain langsir yang belum siap jahit lagi atau erti kata lain masih kain lagi...haha explanation macam orang tak tahu kan! excited punya pasal. 

yelah. masa mula2 kawen dulu beli yang sudah siap tapi paling murah kat kedai. kalau tak silap sekeping rm15. jarang yang amat. tapi beli je lah sebab bajet ngam2 untuk yang tu je. asalkan adooo..

then pindah masuk kem ni, banyak pula tingkap yang nak kena guna langsir. jadi rasa mcam langsir yang jarang tu sudah tak seswai. jadi beli yang second hand pula. second hand? malas pula nak explain macam mana belinya. huhu! 

jadi start duk umah ni sekitar november 2010. jadi sudah hampir 3 tahun di sini. oh, hari tu masa SOGO sale beli 2 keping siap jahit untuk letak dekat ruang tamu rm35 kot offer masa tu. then yang bahagian lain guna je lah yang second hand saja. 


alkisah bermula terbaca pasal langsir2 ni kat blog kak moon. dah banyak kali juga terbaca pasal sarah hughes globe kat blog kak moon. kalau pergi sebut secret code. ngeh2...maka dapat lah less. even masa tu dah ada less. akan ada less lagi. sebagai contoh kalau sudah less 50% jadi kalau cakap secret code tu dapat lagi 50% less on top of that.. sound good. tapi kaaaaaaaaann hendak dijadikan cerita last minute hari tu. terbaca bila sebut secret code tu makanya akan dapat rm10 je semeter untuk apa2 jenis kain. tapiiii for unlimited time only. dari kul 12 tgh hr hingga kul 4 ptg sahaja hari ahad hari tu. terus teruja nak beli dan dengan semangatnya ajak kak ipar g sama. memang berbaloi2. sebab kalau nak beli more than rm10 untuk semeter kain rasa mahal kot sebab bukan rumah sendiri pun lagi. nanti2 kalau ada rezki ada rumah sendiri kena beli yang lain pula kannnn.. apa2 pun memang puas hati hari tu. btw, sekarang untuk yang less 50% masih ada lagi sehingga ramadhan kalau tak silap. untuk keterangan lanjut leh jenguk blog kak moon. 

thankssss akak. hari tu hajat di hati nak bergambar tapi tetiba malu pulaks.. jadi takdelah gambar nya ='(

nak tengok ke kainnya...hehe! 


mula2 terbekenan yang corak daun purple ni. tapi alih2 beli yang lain


yang ni pun oke tapi kain macam keras sikit. dah basuh oke kot. 


ini day curtain kot kan. almaklumlah tak tahu sangat term2 ni. belasah aje...


ada baaaanyak sume rm10 je permeter tapi hari tu je. 

p/sss rasa dewasa pula g shopping kain langsir. walaupun belinya tak ler banyak mana. 


maka inilah yang saya beli. cantik tak? sila lah cakap cantik. wakaka. yang corak kotak2 tu untuk dalam bilik. rm5 sahaja semeter... 

okelah nanti sudah siap saya update lagi before ngan after k. day curtain pon ada beli tapi luuuupaaaaaa pula nak amik gambar. so ini je lah k. 


Thursday, June 27, 2013

Dan sebenarnya....

Laptop rosak. masuk wad seminggu. jadi sekarang br bleh bersiaran dari laptop. guna tab boleh. tapi sekadar facebook, twitter ngan instagram je lah. nak update blog macam tak reti....huhu! okelah. kalau rajin update lagi. semua benda kena install balik. 

oh ya saya beli laptop asus. nasib baik warranty 2 tahun. yang rosak hardrive. warranty abes bulan 10 ngam2 je rosak. hopefully pasni oke2 saja. asus pun ada juga yang warranty setahun saja. tgk jenis kot. 

Monday, January 28, 2013

testimonial VCO catalyst

Rentetan dari entri ini di sini saya dengan jayanya telah membeli sekotak VCO catalyst dan telah pun abes di makan selama sebulan. dan tak restock dah. kenapa? sebab malas nak beli. hewhewhew!!


Ini testimonial saya. Andaikata seller ada terjumpa entri ini dan mahu amik ini testimonial jangan letak nama saya please...haha letak lah puan A ke? hahaha! malu2. tapi ada ke yang nak amik? just incase sebelum sesuatu yang tak sepatutnya berlaku berlaku kena mention awal2...

kebanyakkan testimonial yang saya baca, kesan boleh di rasai masa hari ke 3 atau ke 4 selepas makan. note: saya makan 2 biji sehari belah malam sebelum tido. yang nyatanya kesan saya rasai selepas 2 minggu makan. mungkin lain orang lain cara penerimaan dan kesannya. ye tak?

dan yang paling effect adalah the upper part of the body (u have to guess which one, malas mahu tulis secara nyata) memang rasa up sikit. huhuhu! still cannot guess?? rasanya da boleh agak kot which one. 

dan yang kedua the lower part of the body (u have to guess again) also rasa yang sangat ketara. memang tight. huhuhu! mungkin testimoni ni tak bape best. tapi takpelah at least maklumat sampai. 

dan muka, ada kawan tegur agak berseri-seri. auwwww. hahaha. tapi dia tak kata makin muda pun just berseri2 je. tu pun da nak masuk sebulan makan. mungkin kena makaaaaaaan lama lagi kut. sy ni actually susah sikit nak makan ubat atau supplement secara consistence. asyik luuuupa aje. ni pun last2 ada terskip juga. tapi fikir da beli mahal2 terpaksa abeskan juga. 

ada terbaca kat fb. kawan tulis kalau minyak kelapa dara apa2 brand atau jenama kat kedai sume effect dia sama je. cuma jangan terbeli yang tipu sudah. 



Tuesday, December 25, 2012

Awal tahun 2013

Saya mahu beli 2 benda ini...

yang pertamanya yang ini. bukan kayu jati pun takpe. asalkan harga berpatutan. tujuan utama sy nak letak kat ruang tamu buat simpan tupperware saya yang saya rasa macam seswai masuk dalam ni. yang tak seswai letak dalam kabinet kat dapur aje =) kalau duit lebih nak beli 2 biji. kalau duit tak lebih beli sebiji je dulu ...


yang keduanya saya nak beli rak kayu ini. da g survey kat tesco dalam seratus lebih. tujuan utama saya nak letak dalam bilik dan nak susun tupperware saya yang saya nak jual senang sikit nak tengok stok. dan tak payahlah saya nak selongkar kotak satu2 bila nak cari barang. hopefully saya dapat beli 2 benda ni dengan jayanya. insyaAllah.


disclaimer: both pictures from google

Friday, September 7, 2012

Have to say bye2 to my broadband

to those who follow my blog. keh keh keh ade ke? you know right how difficult for me to get internet access during my first time stay at KL. after a few months, I got my own one and can easily access to the internet. if i am not mistaken somewhere in february or march 2010. 

as time past by and out of sudden i got my new phone which i can connect to the internet through it without using broadband anymore and i start thinking to terminate the broadband. even inside me sangat sayang. but i have to choose the cheapest and easy one. i cannot have both at the same time. this doesn`t mean i already forgot what we have go through for past two years plus. 

today is the day.

so this entry is dedicated for you =) 

touching2...sob, sob, sob, =P


Friday, July 6, 2012

Samsung Galaxy slll



Finally, after a small discussion with my friend syuk. I decided to choose this phone as my next phone. It seems like I cannot wait until next year to change to new phone because my current phone is getting worst. If this phone is a man I will hate him really much even he already make my day easy for so loooong because I wish I will be with him more longer. 

However, whatever happened we have to accept it because everything come and go. They will not remain except Allah s.w.t. 

And after this I will struggle to make this come true. I will not give up to write on this until I get this as my own. Cannot wait for the time to come. I may be the happiest woman in the earth if I get this phone. Yes, I am dreaming again and now I dream of this phone =)

Monday, April 30, 2012

....dan sebenarnya non stick pan itu


Saya baru beli sebab nak buat roti jala. pertama sekali plan nak guna kuali biasa yang saya dapat adiah kawen. tapi tak menjadi. makanya saya pun belilah non stick pan ini. 

kebanyakan barangan kat dapur adalah adiah kawen. contoh adiah kawen:

1. set sudu
2. kuali biasa 2 saiz
3. rice cooker
4. water dispenser
5. set pinggan untuk 2 orang
6. set mangkuk breakfast untuk 2 orang
7. set cawan ngan piring
8. periuk 2 set
9. mangkuk set + mangkuk nasi tambah
10. jug + set gelas
11. coffee maker
12. tupperware

sume di atas saya guna sampai sekarang. terima kasih kepada kawan2 yang bagi adiah. saya suka sume adiah yang anda bagi.

malangnya takde non stick pan dalam senarai di atas. makanya saya sedaya upaya skip untuk menggunakannya sebab malas nak beli.

tapiiiii, bila beli saya terus jatuh cinta dengannya. sangat senang nak guna. patut lah ia macam mahal sket. ke tak mahal? hahaha! sebabnya yang besar mahal jadi saya beli yang kecikkk je. tapi sekarang saya mahu yang besar pulak. 

best2!!

tadi saya buat lempeng untuk dhiya guna non stick pan itu. sangat mudah. bila masak terus boleh angkat dengan senang nyeee. i loikeeee! nanti esok2 i tempek gambar lempeng pulak ye. 


Saturday, April 7, 2012

Dream of this =P

Hahaha! Tak abes2 kan berangan. Tapi nak berangan juga berdasarkan 2 sebab musabab di bawah:

1. Handphone saya da nearly expired.

Handphone yang saya guna ini adalah handphone ke-3 saya dalam sejarah penggunaan telefon. 

Telefon pertama adalah telefon yang saya kira bukan sahaja second hand malah macam dah banyak2 orang pakai. kondisi agak teruk, bateri sudah macam kong masa beli. harga jugak sangat murah. Macam tak sampai seratus kot. Tergesa2 beli sebab masa tu nak masuk matrik. Masa kat matrik guna tel nak call kat kampung je. Ummi topup sebulan rm30 pun tak abes. siap bagi kawan guna lagi. sangat nert rasa sebab tak tahu macam mana nak habis topup rm30 sebulan itu. kalau topup pun bukan sebab credit abes tapi sebab credit da nak expired. 


Gambar di atas adalah lebih kurang telefon pertama saya, cuma yang saya punya warnanya biru. Credit picture to google =) Pakai phone ni tak lama disebabkan kondisi ia yang sangat teruk.

Maka dengan duit berbaki biasiswa masa form 5 saya beli telefon ini. Lebih kurang sama tapi saya punya keypad warna warni. Lama jugak saya pakai telefon ini. Dari matrik 2004 hingga 2008. 


picture credit to google

Lepas tu saya bagi adik sebab nak pakai telefon sekarang ni. you all pun da pernah tengok dan sedia maklumkan saya guna phone apa sekarang. Dari Feb 2008 hingga ??? 

picture credit to google

Sebab utama saya tukar phone adalah nak sama ngan bakal suami yang mana my husband sekarang. Dia beli dulu, then baru saya beli sebab saya tak tahu nak beli yang macam mana. saya sebenarnya tak reti sangat pasal gadget2 ni. Tapi yang my husband punye da hilang kena cuti tahun lepas. Saya punya ada lagi tapi mungkin ia da nak expired. hari tu bateri kong tukar bateri still sama jugak. sekarang ada masalah baru. keypad not well function. kalau kita nak tekan b dia keluar ab. aduyai!! cemana2. saya bajet nak beli phone idaman tahun depan. jangan rosak lagi wahai tel cayang =) 

2. Phone idaman kan boleh 2 function dalam satu masa maka senang lah saya nak take picture yang berkualiti sket memandang my one da tak bape cantik sangat bila amik gambar dulu2 oke2 je. Da sangat tua kot tel saya ni. Nak guna camera, camera da rosak..

waaaaaa...i really need the new one. bila boleh dapat tu saya tak pasti. tulis je dulu. sebab dari apa yang pernah saya belajar kalau nak apa2. tulis tulis tulis tengok setiap hari dan berusaha untuk dapatkannya insyaAllah kita akan dapat barang yang kita hajati tu. Dan da banyak kali saya practise kan benda ni. Walaupun tak dapat exactly macam yang saya nak at least tak lari jauh....insyaAllah

Friday, December 2, 2011

day 11 - benda yang wajib bawak bila keluar rumah

Ini adalah barang2 yang memang WAJIB
yang ADD-On tak termasuk =)

Telefon


Kunci Kereta


Kunci Rumah

Handbag


Purse

Duit =)


p/s: sume gambar adalah ihsan google =)

Tuesday, October 11, 2011

Persiaran dari laptop baru...

Sapa nak PC, saya nak let go...hehe, acah je!! ingat tak saya ade tulis pasal entri laptop kat sini. dan tanpa disangka malam ni saya dapat bersiaran menggunakan laptop. macam betul jugak apa yang kita impikan kena tulis dan fokus untuk dapatkannya. walaupun ini bukannya hasil usaha saya tapi saya berusaha jugak untuk tulis kan. then, tanpa disangka2 jadi realiti. tq2 =) tapi jangan la tulis sume sekali gus kan. macam imposible plak nak capai sume sekali dalam masa yang sama.

Dolu2 saya memang tak suka laptop dan tak pernah memilikinya, sebab laptop kan kecik tak best! pastu keypad dekat sangat ngan screen tak best jugak! tapi everything berubahkan. itu sume da tak jadi masalah asalkan boleh hangkut sana sini senang nak tengok anak & senang nak online depan tv. nampak sangatkan suka bebenor online nya. hahaha!!

Friday, May 21, 2010

Swimming attire

Ahad lepas on da way balik dari Karnival Kerjaya bersama Cik Ruzille kat PWTC we all singgah kat Sogo. Saja menjamu mata padahal takde benda pun nak beli. Last2 dalam takde benda nak beli tu saya terbeli ini.


Haha entah bila nye la saya nak berenang lagi ni. Sengaja pilih pink, bukan sebab suke pink sebab nak nampak lain sikit. Cik Ruzille, kalau nak g swim rojer2 I tau. Oh ya harga dua2 benda tu tak mahal sangat, sesuai untuk beginner macam kami ni.

Swimcap = +- rm6.00
spec tu = +- rm16.00

Tuesday, April 6, 2010

Dream of...

This



And this



But for the time being I have to spend my money for other stuff

p/s : Please berjimat cermat ANis!!!!

If you want to make a visit, the store is here. Harga boleh tahan. Agak berpatutan.