Showing posts with label baby food. Show all posts
Showing posts with label baby food. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Jahit baju sampai lebam

Saya suka jugak lah menjahit tapi takde lah expert setakat jahit bunga boleh lah. Nak jahit baju tak pandai. Alkisahnya hantar kat tukang jahit kat kelate sebab murah + da biasa jahit kat situ. Da lama hantar tapi tak siap2,. Ni pun lepas da pergi banyak kali nak amik baru siap. Sebab lambat sangat siap so tak sempat nak jahit bunga. Baju ni plain je so macam tak meriah sangat kalau takde bunga. Saya ni hantu bunga. Pergi sungai besi nak cari bunga tampal kat baju. boleh ke kat satu kedai tu siap cakap lagi "saya tak pernah dengar lagi tak ade orang tampal bunga kat baju" waht the... Nama je ko jual kat kedai bunga tapi bunga tampal kat baju pun ko tak tahu. Last2 g satu kedai tu, minah indon yang entertain, tahu pulak minah tu mana satu bunga yang lekat kat baju yang mana. Macam nak g tunjuk je kat kedai satu lagi apa yang aku maksudkan tapi malas lah pulak nak pergi. So, balik2 terus memulakan sesi jahit menjahit ni.

Baju before tampal bunga, plain je kan?

Ni after da tampal bunga

close up sket

close up lagi dekat =P
Ini lah bunga yang dimaksudkan.
Okelah kan daripada takde.

Ini baju dhiya amani, yang ni lupa plak nak
amik gambar before bubuh bunga.

close up sket

Ini pulak breakfast dhiya pagi semalam.
Ini adalah bahan2 nye

Taraaa, da siap. Sedia untuk dimakan.
Dhiya makan agak banyak.

Petang semalam ke kenduri Ain my classmate masa kat UTP kat presint 3 putrajaya. Rupa2nya kat situ presint 3 ingatkan presint 2 lagi, The exact place is in front of mahkamah kehakiman putrajaya tu.

Gambar2 di bawah adalah gambar dhiya masa on da way pergi. Papa benti kat kedai kejap.




Dah sampai, papa makan dengan sangat selera.
Makanan dia boleh tahan sedap.

Mama and dhiya. Mama tengah tunggu turn nak makan.

Gambar pelamin dari jauh, gambar ngan pengantin tak sempat nak snap sebab camera tertinggal dalam kete masa duk snap2 gambar dhiya. Last2 terpaksa amik gamba guna phone aje.

Reaksi dhiya yang macam2.



Kitorang pergi sekejap je. Pas makan2 terus balik.

Saturday, December 17, 2011

day 15 - apa yang ada dalam beg make up anda

Memandangkan saya hanya ada kotak make up tkde beg make up jadi saya cerita pasal kotak make up lah ye.

Kat bawah ni gambar kotak make up saya. Kotak adalah hadiah dari kawan2 PDC masa saya kawen hari tu.

Apa ada di dalam?

Segala jenis alatan make up mata. Da lama beli masa kat PDC. Baru beberapa kali pakai.

Ini pulak bulu mata palsu. Masih banyak lagi. Tak tahu bila nak pakai lagi. Takut tercabut je sebenarnya.

Ini pulak kerongsang. Adik bagi. Suami dia beli kat Sabah. Belum pernah guna lagi. Esok lah nak guna. Baru teringat pasal kerongsang ni selepas selongkar kotak tadi.

Toner & moisturizer, juga jarang2 guna. Tak tahu macam mana nak bagi istiqamah dalam menggunakan benda2 sebegini.

Deodorant, ini setiap hari pun guna =) Suka yang ini sebab tak melekit.

Maskara AVON. Sangat jarang guna.

Compact powder ngan lip ice takde dalam kotak ni, ada dalam handbag sebab yang tu memang akan guna bila2 masa pun.

DAN, saya terjumpa benda ini. Bila tanya kawan2 kat ofis diorang cakap diorang pun simpan benda ni. Korang simpan jugak ke? Huhu! Ini adalah test kit pertama yang saya beli dan pertama kali buat test dan ianya adalah POSITIF! Alhamdullillah. Tak tahu nak simpan sampai bila.


Burung Merpati

Ini adalah resepi tok ummi dhiya. Masa kat Perak hari tu tok ummi bawakan burung merpati untuk dhiya. Merpati tu sempat untuk 2x masak. Jadi 2x lah dhiya makan nasi berlauk burung merpati. Tapi tak sure kenapa elok bagi daging burung ni kat baby. Kat orang pregnant pun elok jugak kot. Ni kira petua orang2 tua lah kot.

Ini yang minggu lepas punye.

Setelah di blend

Ini yang minggu ni punye. Gambar yang di blend takde sebab dhiya da start merengek2, dan mama dhiya dikatakan terhegeh2 nak masak nasi pun lambat. Makanya aktiviti snap2 terpaksa dihentikan serta merta.

Ini pulak hidangan untuk mama & papa dhiya untuk hari ni. Takde mood nak masak lauk pauk, masak nasi goreng terus complete sume ade dalam tu. Actually mama dhiya takde selera nak makan nasi sebenarnya. Nasi goreng tak tersentuh. Malam baru jumpa nasi tu pun sket je makan. Diet? Hahaha! ada story pasal slimming program tu sebenarnya. Tapi dalam entri lain lah ye.

Deco-deco

Ini sub entri ke2. Sejak azali saya memang suka deco2 ni. Suka balut2 suka tampal2. Dan idea ni da lama ada. tapi tak buat2. Memandangkan wll kat sini kosong kan. Jadi dengan secara rasa sangat kreatifnya ke kedai beli polistren dan kertas balut hadiah yang lawa2 sket. Balik terus mulakan kerja.

Step tak sempat nak snap sebab sibuk ngan dhiya. Mama sibuk dia pun sibuk. Balut macam biase je macam balut hadiah.

Then tampal kat dinding ikut kreativiti.

Tengok dari tepi macam cantik.

Tapi bila tengok dari depan macam tak berapa nak cantik. Takpelah letak je dulu sebelum ada idea nak gantikan dengan apa nanti wall ni nak suh bagi cantik dan tak plain.

Sunday, December 4, 2011

Menu hari ini

Dhiya adalah bernasib baik wiken ini sebab mama dhiya tak hangat2 taik ayam mahu masak best2 untuk dhiya. Resepi original di sini. Tapi versi mama dhiya ni da ubah banyak =)

Bahan2 nya

Tarraa da siap =)


Aik nape gambar ni jadi 2 layer? Tapi sebab da malas nak upload yang
lain guna gambar ni je lah eh?
setelah di blend. actually masih tak berani nak bagi yang tak blend walaupun
dhiya da ade gigi 2 puntung. takut tercekik pulak.

Disebabkan mama & papa dhiya tak nak kalah ngan dhiya jadi terpaksa masak
yang best2 jugak untuk mama & papa.
best ke? best la jugak dari biasanya menu ikan rebus goreng & budu tu kan?

telur goreng

pelbagai jenis sayur

kari tengkok ayam...haha!! tak2, sebenarnya kari ayam,. tapi tengkoknya yang
terover expose =P

Mamarazzi terpaksa amik gambar dari belakang,. sebab kalau dhiya
perasan amik gambar dia, nanti dia nak rampas kamera.

Ini cerita lain

Kali kedua ke slimming center adalah semalam. just note untuk diri sendiri.

first session. turun 500g (dari 59.2kg ke 58.7kg)
second session. turun 600g (58.7kg ke 58.1kg)

tapi katanya hanya air yang keluar lemak belum lagi. betul ke? tak paham jugak. ada 6 session lagi. chaiyok2.

Dhiya da naik 2 batang gigi atas

Tapi baru perasan yanag 2 batang gigi atas dhiya da nak tumbuh. tapi kalau tak tengok betul2 tak pasan pun. tak tahu cemana duk kobek2 mulut dia terperasan pulak.

Nasi ayam sipi-sipi

haha beria nak masak benda baru kat dhiya kan? last2 terhasil lah nasi ayam sipi-sipi ni. Kenapa sipi2? sebab da tengok resepi tapi terbuat lain dari resepi jugak. resepi kat sini.

Tarra..

Setelah di blend



Wednesday, November 30, 2011

Dhiya Amani

Macam menarik je tengok ummi maryam masak makanan untuk maryam tiap2 hari. Tadi terjah ke group homemade solid food for your baby kat facebook. Banyak dapat info menarik. Lalu terjumpa blog ini dan ini. Saya masak untuk dhiya tiap2 ujung minggu je sebab hari2 biasa babysitter dhiya yang masakkan untuk dhiya.

Kalau ujung minggu pun dhiya makan makanan biasa2 je:

Yang pernah buat:

1. Nasi + ayam + carrot/potato

2. Nasi + ikan bilis + carrot/potato

3. Nasi + daging + carrot/potato

4. Nasi + ikan + carrot/potato

Nampak kan ketidak pelbagaian makanan dhiya. Pernah jugak bagi:

1. Telor separuh masak
2. Pisang
3. Betik
4. Tembikai
5. Biskut baby
6. Roti

Ni biasa bagi selepas balik keje. Macam snek lah kot kan.

Kali ini macam mahu bagi makanan yang lain pulak. So, it help much. Sekarang senang kan google je. Antara rajin ngan malas je nak buat. Website ini jugak macam banyak membantu.

Jangan hangat2 tahi ayam pulak mama dhiya. Wiken ni kena masak spesel sket =P

p/s: sangat susah nak upload photo. so, takde gambar dhiya. postpone lagi!