Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Sunday, April 5, 2015

Barangan berjenama?

Saya sebenarnya tak advance sangat pasal barangan berjenama ni. Sebabnya saya anak kampung. Dulu masa kecik-kecik makan KFC pun jarang-jarang. Pizza Hut ke MCD ke memang tak pernah lah. Lepas belajar kat Pasir Puteh, kemudian Kulim makin advance. Tahulah sikit-sikit. Tapi bila makan Pizza Hut ke mesti teringat kat adik-adik kat umah sebab diorang tak pernah makan benda-benda macam tu kan. Kakak mithali tak? =P Barangan berjenama masa tu langsung tak tahu menahu. Yang penting murah dan nampak cantik. Itu je. Kalau raya pun tak shopping sangat kat Mall. Biasa beli baju kat pasar malam je. Tapi masa tu really appreciate apa yang mak ayah bagi. Sampai berkali-kali try baju before raya. 

Bila masuk UTP mula kenal baaanyak sikit. Baju diesel lah. Sandal vincci lah. Baju B.U.M lah. Haha lucu-lucu kalau ingat balik. Kiranya pakaian yang mampu milik lah bagi student. 

Bila dah keje dah start berkenan beg Carlo Rino lah, oke itu je yang ingat.. Dan masa keje lah jugak terexpose dengan jenama kasut yang macam-macam, beg yang macam-macam dan jugak baju yang macam-macam. Ada jenama yang murah dan jenama yang mahal. Oke yang mahal setakat ni tak beli pun. Usha-usha je sampai sudah. 

Memandangkan saya berasal dari kampung, jenama yang orang kebanyakan pakai, yang ramai rakyat marhein pakai tu tau lah sikit-sikit. Biasa bila tengok barang berjenama yang agak mahal atau bagi saya sangat mahal kadang-kadang saya tak perasan pun bahawa barang itu dibeli dengan harga ratusan malah ribuan ringgit. Ada orang sekilas tengok handbag sudah tahu jenama apa. Saya? kadang-kadang kena tengok berkali-kali baru tahu oooo mahal ke yang ni.

Sejak zaman social mediaaa membangun dengan sangat pesat ni tahu lah jugak yang bahawanya beg channel tu adalah berharga ribuan malah ada yang puluhan ribu ringgit. Yang kat pasar malam tu? Fake ye fake...huhu!.. Tahu juga pasal kasut Ferragamo yang bukan murah. Harga riban-riban. Dan terbaru sebiji stroller STOKKE melintas di depan mata. oh! tak pernah dengar nama stroller ni. Dalam hati, mungkin mahal ni! 

Sebab setakat ni kami guna stroller MyDear je. 

Thursday, September 11, 2014

Thesis


Untuk lebih pencerahan bagi topik yang bakal dibincangkan boleh klik link di atas =)

Semua orang gembira bukan kalau ada orang lain sependapat dengan kita. Dan bila baca artikel di atas itu saya rasa macam eh eh sama je ngan apa yang saya rasa. Baca lagi. Eh sama lagi. Huhuhuhu! nangeeeeeees. 

Dalam hati saya nak habiskan cepat-cepat belajar ni. Tak nak fikir lagi dah. Tapi conflict dalaman cakap mahu sambung lagi. Maksudnya kena ulang balik apa yang saya tengah buat ni. Huhuhu! Biar masa yang menentukan. 

Saya ni jenis suka explore. Mula-mula baca artikel kat atas dulu. Pastu godek-godek FB dia pula. Lalu terjumpa lah link ke blog beliau. SINI

Banyak rupanya yang beliau kongsikan kat situ. Nanti nak godek-godek blog beliau pula. Semoga ia memberi manfaat kepada saya yang tengah terkontang kanting ni. Kadang-kadang rasa Allah dah sediakan pathway yang cantik untuk kita. Mungkin dia tak bagi direct. Tapi last-last dia bagi juga. Makin lama kan jiwa saya makin fall in love in this education world. Jadi kepada mana-mana uni sila lah amik saya jadi lecterur anda. Doa-doa. Mudah-mudahan. 

Aminnn...

Tuesday, September 18, 2012

Absen

Malam tadi sebenarnya da nak tido. Noted : Kami memang tido depan tv. Sambil2 nak tido sambil2 tengok tv. tetiba 12.30 tertengok cerita absen. Absen tu apa. Hahaha! ni bahasa mat terak. bahasa orang putih yang dah dimelayukan. yang sebenarnya adalah absent. 

disebabkan cerita pasal askar dan berlakon pulak di kem sg. besi, yang mana umah kami sekarang maka excited lah tengok citer tu sampai kul 2 pagi. walhal citer tu dah lama tapi saya tak pernah tengok. mungkin masa tu tak minat pun citer askar2 ni. almaklumlahkan. 

walaubagaimanapun, perancangan Allah itu indah. saya ditemukan dengan suami yang keje askar. serba sedikit sebanyak dapat lah juga saya belajar apa yang sebelum ini sangat asing bagi saya. yang mana belum tentu saya amik tahu. kalau saya tak kawen dengan dia. 

berbalik kepada absent tadi. askar ni dia ade LLP (lain-lain pangkat) maksudnya pegawai waren ke bawah. dia akan terikat ngan keje selama 20 atau 21 tahun. dalam tempoh tu sekiranya mana2 anggota melarikan diri macam tu je. dia dikira absen. maka dia takde ic sebab original ic hanya akan dipulangkan selepas tamat perkhidmatan. maksudnya jika dia absen dia akan jadi macam pelarian di negara sendiri. nak keje lain tak boleh sebab sume keje memerlukan ic. bagi yang belum kawen, nak kawen pun tak boleh sebab takde ic.

dan kepada yang absen ni sekiranya pihak atasan dapat jumpa dan tangkap akan dikenakan tindakan yang teruk. so, begitu lah ceritanya =)




Tuesday, February 21, 2012

Geraham Bongsu

Di sebabkan semalam cabut gigi geraham bongsu ni makanya semalam sampai esok saya dapat MC. Ingatkan doc tu nak bagi sehari je rupa2nya 3 hari. Ingatkan MC memang best boleh duk rumah diam2. Tapi ingatkan sakit macam lambat lagi nak cabut yang sebelah kiri pulak. Bukan sakit sangat actually sebab mase cabut tu dia bius dan bila balik dia bagi ubat tahan sakit. Tapi seriauuuu sket lah tengok benang2 berselirat dalam mulut. Next monday kena pergi lagi sebab nak buang benang tu.
Rupa bentuk gigi saya lebih kurang macam ni lah. Tapi yang ni bukan gambar gigi saya, gambar ihsan google. Disebabkan keadaan gigi yang terbaring macam tu doc terpaksa toreh sampai pipi. Huhuhu! seriauuu lagi. Sebab tu lah kot saya tak ditakdirkan jadi doc, tengok yang sendiri sudah seriauuu nak buat kat orang lagi2 seriau...
Disebabkan gigi bawah dah cabut dan belah kiri bakal dicabut makanya geraham bongsu belah atas jugak kena cabut sebab takde fungsi da dia kat situ sebab gigi bawah takde. So, mungkin ini laaaaaaaambat lagi kot saya nak buat. Tunggu hilang perasaan cabut gigi bawah dulu. Gambar ni pun dr Google =)

Pssttt!! Dhiya amani da macam budak besar sekarang. Tengok TV sambil baring2!! reti bawak diri. berinteraksi dengan patung menan dia yang dulu dia tak pandang punnn...good girl. sekarang da pandai nangis bila hantar umah baby sitter..

Wednesday, August 11, 2010

Too many things to write..

And to make it short and simple I will write all those things here =)

Hari ini 1st Ramadhan...And Selamat berpuasa kepada sume rakan2 juga family..Even saya kena bukak pose sorang2 saya sangat tabah dan lagi penting tak payah masak. Balik keje terus g bazar Ramadhan dan beli je apa yang ade. Tapi nasi tak abes jugak. Sedih je tengok nasi. Mase beli dalam hati cakap 'sikitnya akak ni bubuh nasik'. Last2 bila berbukak tak abes pun.

Dan ade benda yang still bermain di fikiran saya. Saya rasa tak puas hati je kalau saya tak sambung belajar. YES, impian tu kuat dalam jiwa saya. Saya rasa saya nak sambung dan saya akan sambung. Kalau saya sambung pun mungkin dalam bidang yang ade kaitan ngan makanan. Kenapa? Entah, rasa kalau kerja kat bahagian makanan rasa selamat sikit compare kalau kerja kat kilang cat, sarung tangan atau baja. Betul tak? Ya Allah bagi lah aku kekuatan dan semoga impian dan cita2 ini tercapai. Dan semoga lepas sambung nanti saya akan mendapat pekerjaan yang lebih baik. InsyaAllah.

And oh, saya da buat buku pink. Excited kan kami tak sampai 2 bulan lagi dah g buat buku. Herm, ingat nanti nak g scan pulak sebab masa g buat buku tu dia tak scan pon. Sebenarnya boleh je nak g buat lambat2 sket. Kalau g buat lambat so tak payah la nak g klinik every month. Tapi bila fikir ini pertama kali saya jadi sedikit nervous. Better g check kan daripada duk diam je.

Saya ade terjumpa pasal cloth dypers. It is to early to think for all those things? Hahaha entah excited. Tak beli pun lagi. Just google2 je dulu. Nampak cam cloth dypers ni bagus sebab tak payah nak beli pampers baru tetiap bulan. Tapi kalau hantar anak kat nursery ade ke pengasuh yang sudi handle cloth dypers ni. Tapi saya rasa ok je kot sebab dia tak payahlah basuh. Bila kita balik keje dia bagilah balik and kita basuh kat umah kan? Herm...

oklah, sekian dulu untuk kali ini. Happy fasting =)

Tuesday, May 11, 2010

Jom mengira bersama saya

Setiap hari bila pergi kerja saya akan naik 2 bas yang berlainan. Setiap kali naik, saya kena bayar rm1. Bila saya naik 2 bas berlainan untuk berjalanan pergi dan balik saya perlu bayar rm4.00 sehari. Jika dikira hari bekerja saya sebulan adalah sebanyak 22 hari. Jadinya rm4 x 22 = rm88.00. Jika saya membeli tiket bas selama sebulan nilainya cuma rm40.00. Da untung rm48.00 sebulan. Plus saya guna jugak tiket pada hari lain jika perlu saya keluar untuk beli barang atau untuk perkara yang lain. Disebabkan itu la saya berazam untuk menyimpan tiket bas saya sebagai collection.

Ini adalah collection saya setakat hari ni.

Januari

Februari

Mac


April

Mana tiket untuk bulan 5. Tular korang bulan 5 hanya baru sampai 11 hb hari ni. Tapi tiket tu da hilang. Sedih sangat sebab saya beli dengan harga rm40.00 tapi lepas sehari guna da hilang. Dan tiket tu hanya boleh dibeli sehingga 7hb sahaja untuk setiap bulan.

Jadinya lepas ni still ada lebih kurang 3 minggu lagi untuk saya pergi kerja. Katakan rm4 x 15. Saya masih kena keluarkan duit sebanyak rm60.00 lagi...Huhuhu!! sangat sedih.

Bukan saya nak berkira. Tapi bila beli dan berharap sangat tak payah keluarkan duit tiket untuk bulan ni tapi at last still kena bayar. Korang tahu kan apa perasaannya. Herm~~

Moral of the story "keep your things carefully" Kalau tak kita jugak yang rugi. Isk2

Thursday, May 6, 2010

Bila aku da update

Herm, entah la ade orang baca ke tak my writing ni. Tapi kalau da update blog tu, terus rasa cam ak update banyak2 dalam sehari. Kalau korang pasan la bila aku tak update berhari2 aku tak update tapi bila da update macam2 nak citer.

Dulu sebelum aku ade blog ni. Aku mesti tulis diary. But diary tu lagi banyak benda personal pasal aku and kehidupan ni. Tapi satu je aku tak kan simpan diari2 tu. Setiap tahun bila hujung tahun je aku akan baca balik. Hahaha!! aku jenis yang suka bersandiwara sket. Kalau part sedih tu meleleh air mata tapi kalau part gembira tu leh senyum sampai ke telinga. Tapi at the end aku akan bakar diari tu. Dan tahun depannya, aku akan bukak diari baru. Begitu la seterusnya sehingga la aku berkenalan ngan blogspot ni langsung terus aku da tak tulis da diari secara manual. Tapi bezanya kat sini kalau apa2 yang aku nak tulis aku tak tulis secara direct and I am the only one yang tahu what I really means pasal paper je yang aku tulis. And something yang aku suka sebab aku da tak leh bakar tulisan lama aku kat sini. So it will remain kat sini. Tapi baru empat tahun kan aku menulis kat sini. Harapnya aku akan tak pernah boring untuk terus menulis di sini.

Mungkin pas kawen nanti akan ade orang yang akan selalu baca tulisan aku ni.. Sape lagi kalau bukan my hubby. Rasa di hargai sikit kan. Herm, tu pun kalau dia berminat nak baca. And ataupun bila aku ade anak nanti and dia teringin nak tahu pasal mak dia ke. Kuat tol berangan. Sometimes aku malu jugak sebenarnya nak tulis secara terbuka kat sini. Sebabnya lain orang lain tanggapan pada kita. Apa yang kita buat kita rasa betul but pada pandangan dia sebenarnya tak.

Enough of membebel..

Aku just nak share pasal renew I/C. Hari tu aku nak tukar alamat. Aku ingatkan susah nak tukar alamat dalam IC ni rup2nya senang je. Just pergi je kat mana2 JPN dan amik nombor dan isi borang tukar alamat ngan bayaran rm10. Setel. Just tunggu lebih kurang 3 minggu to collect your new IC. Taraaaa, my new IC da siap and da boleh kawen sebab gambar dalam IC baru look more mature compared to the old one =)

Sekian.

Tuesday, April 13, 2010

Bndr Tasik Selatan

DUlu pernah dengar nama ni dalam lagu je...

Pastu bila pandai naik komuter and LRT bagai pernah jugak dengar mesin auto tu sebut "next stesen, tasik selatan"... But, after experienced it by myself I felt like I fall in love with this place.

Herm, entah:

Maybe,

# sebab LRT, komuter and ERL dekat + ade bas yang duk ngangkut g stesen LRT. For me yang takde kete ni senang la sket pergerakan dia.

# lagi satu walaupun flat je tempat yang saya tinggal ni tempat dia boleh dikatakan masih terjaga. Bersih je. Lagipun rumah dekat2 ngan jiran. SO that, in case anything happened senang nak mintak tolong.

# kawan2 pun ramai duk area ni. Miss Atie pun slalu datang lepak & I pun slalu g umah dia... my teman bergosip and share our story....I will miss this moment kelak.

# I feel like I want to stay here even though after I got married, but kat sini parking dia terhad. Banyak kete yang calar balar...dalam dilema =(

Monday, April 12, 2010

Aku mahu kurus jugak sebelum bulan 6 ni walau bagaimanapun.....

Wahahahahaha!!!!!!!...badan ni cam tak kurus2 da pun. Da lama tak timbang, tapi naluri hati mengatakan tak kurus2 pun. Cam mana ni. Ni bukan sape2 suh aku kurus tapi aku sendiri yang nak nampak kurus pada hari tersebut. Alaaaa..... Mungkinkan sebab...


# susah wei nk kawal nafsu makan, makin nak diet makin tergoda ngan makanan....

# asyik rasa nak makan fast food je (NGENGADA)

# setiap hari i limit tgh hari makan nasi tapi bila tiap2 hari makan nasi boring lak. So i amik benda lain jugakkk....


WAAaaaaaaaaaaaa,,,nak makan banyak tapi nak kurus jugak!!!!!

Friday, April 24, 2009

Sama tapi tak serupa..


Us~!!



p/s: serious addicted..haaa dah2!!