Showing posts with label Master Study. Show all posts
Showing posts with label Master Study. Show all posts

Monday, October 26, 2015

Master/Pre-PhD

Bagi saya master hari tu macam pre-PhD lah. Sebabnya dulu saya amik master by research. Kalau ikutkan master by research ni complicated sikit sebab kena buat research ala-ala phd jugakkan. Tapi ia mengajar saya banyak benda. Kalau rasa master by research tu susah phd lagi berganda-ganda susah. 

1. Benda paling susah saya rasa adalah kena publish paper. Susah sebab bukan dalam bidang kita untuk control benda tu. Kalau reviewer reject maka reject lah. Kalau reviewer accept maka alhamdulillah. Tulis paper tak senang. Terima kasih sangat kepada semua yang membantu, SV, kawan-kawan. Banyak sangat terhutang budi. 

2. Kedua, thesis atau lebih tepat lagi desertation. Yang ni menulis sampai rasa nak muntah. Sebab tulis baca tulis baca berulang kali. Untuk phd ni kena cari method yang best untuk membuatkan tulis thesis jadi menarik. Master thesis saya dalam 90 pages je,. Kawan saya phd 250++ pages. Mahu tak termuntah. Semoga Allah permudahkan. 

3. Perjalanan labwork. Kena plan betul-betul. Dalam plan2 pun menemui jalan buntu jugak. Encounter satu masalah, masalah lain pulak timbul. Bertabahlah!. 

4. Literature review. Baca sekali tak paham. Baca sekali lagi tak paham lagi. Baca lagi dan lagi dan lagi baru faham. Sampai kertas dah jadi lebu. Dan ini lah stage yang saya tengah alami sekarang. Tengok paper tak paham apa. Baca paper orang ni bukan macam baca surat khabar. Kena baca all the technical writing nak bagi hadam lagi. Dan boleh baca 1 paper sehari pun dah kira lebih pada cukup. Sekarang satu paper dah nak masuk 2 minggu. Pun bertabahlah! 

Perjalanan baru bermula. InsyaAllah alah bisa tegal biasa. 
Chaiyok Anis!

Thursday, October 22, 2015

Convocation day

Selepas 3 tahun berhempas pulas di UM akhirnya tibalah masa untuk bergumbira. Setelah berpenat lelah bersengkang mata. Eceeeeewah! tapi husband cakap nampak macam saya main2 je masa amik master dulu. Walau apa pun diri yang merasa lagi tahu kan the pressure nak bagi study habis. Walau pun bukan on time abes lah jugak.

Sebelum tengok gambar just nak bagitau. Bila saya upload gambar convo ke apa bukan sama sekali untuk menunjuk-nunjuk. Ia hanya untuk berkongsi kepuasan hati, self-satisfaction. Dan moga ia menjadi insipirasi buat orang lain jugak. Okeh =)




With my mom

Syuk, kawan sejak dari UTP

Sue pun kawan sejak dari UTP jugak. 







Saturday, September 5, 2015

Tips untuk pelajar postgraduate by Research

Memandangkan sudah habis belajar ni apa kata kita share sikit-sikit tips sepanjang belajar ni. Untuk kegunaan pelajar baru dan juga untuk panduan saya semasa sambung belajar nanti. 

Klik pada tajuk-tajuk untuk ke entri yang berkaitan

1. Bila nak start tulis thesis?
2. Thesis - Setting page sebagai A4 bukan letter
3. Cara susun reference paper. 

Oke ini sahaja dahulu. Klik pada point untuk ke entri berkenaan, List akan di tambah bergantung kepada kerajinan. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. 

Friday, September 4, 2015

Alhamdulillah

Hari ini dah submit hardbound untuk master. Dalam sebulan lagi dapat senate letter dan bulan 10 konvo. Alhamdulillah..


Sunday, April 19, 2015

Antara Master & PhD

Walaupun saya belum viva lagi untuk master saya. Namun keinginan untuk bekerja seakan membuak-buak. Kerana saya ada agenda lain untuk dilakukan sekiranya saya bekerja. Oleh itu, saya gagahi diri menelefon beberapa universiti awam. Namun jawapan adalah mengecewakan. Katanya mereka sudah tidak amik pelajar lepasan master lagi untuk jawatan pensyarah di universiti-universiti berkenaan. Sedangkan 2 tahun lepas, beberapa kenalan saya berjaya mendapat jawatan tersebut dengan berbekalkan sijil master. 

Esok saya akan menelefon beberapa universiti lain lagi kalau-kalau ada rezeki. Namun jika jawatan masih sama dan atas persetujuan suami, insyaAllah saya akan sambung lagi ke peringkat seterusnya. 

Senior saya cakap (now dia dah jadi senior lecturer kat salah sebuah universiti awam), kalau sambung PhD buat betul-betul. Research buat betul-betul, grab seberapa banyak conference, publish seberapa banyak paper dan try untuk tonjolkan diri dalam pelbagai aspek. Jika tidak, mungkin masalah yang sama saya kena hadapi bila keluar untuk dapatkan kerja nanti. Huh! sunggu berat cabaran itu. Bila bagitau husband dia cakap betul lah tu cakap senior saya sebab dia tengok untuk master ni saya tak bersungguh sangat =(

Doa yang baik-baik saja.

Oh btw hari ini Dahlia Amani dah cukup 3 bulan.


- Da pandai senyum & cakap versi baby bila di agah. Agaknya cepat bercakap kot nanti
- Hari tu g timbang 3.85kg. Next week g check up.
- Baik je Dahlia ni
- Itu je nak cakap. Hehe!



Tuesday, January 13, 2015

The never ending story: Thesis

Huhu! lusa dah nak balik kg. Tapi thesis masih lagi perlu dibuat correction. Macam kena hangkut segala benda laptop, journal paper etc balik kg. Jadinya holiday is not really holiday. Harapnya broadband berfungsi dengan baik kat kampung. Nak attach file besar gabak need good internet connection. 

Kata orang bukan senang nak senang. So, kena hadap lah dlu semua ni sebelum boleh diklasifikasikan sebagai berjaya. Ye tak? Mana ada kejayaan datang bergolek. Kena bersusah-susah dulu baru lah leh senang-senang nanti. (Versi pujuk hati yang duka lara ni). 

Pas abes thesis ni resume pula menunggu. Da lama tak update resume. Kena banyak buat rujukan nak bagi resume mantop. Barulah orang nak amik kerja. Ya Allah permudahkanlah! 

Sunday, January 4, 2015

Balik kampung. Internet. Maxis. Bersalin. Thesis

Huhuhu!

Plan balik kampung 14hb 1 ni. 

Ada banyak benda perlu dibereskan before balik. Biasa kalau balik kg saya akan lost connection dengan internet which is oke for me. Saya guna internet celcom. Kat kg hanya ada line maxis je. Plus biasanya masa balik kg adalah masa spend time ngan family. Tapi kali ni plan nak balik bersalin. Dengan komitmen thesis yang memerlukan saya check email untuk alert apa-apa update dari Uni. Perlu sangat mencari internet maxis. Plan nk beli yang broadband 5G + 15G tu. Tapi takutnya dah beli takleh guna puloks masa kat kampung. 

Alhamdulillah, dah hantar 3 months notice last Friday. Hopefully proses hantar thesis dapat berjalan dengan lancar. Kalau balik kampung dengan beban thesis masih ada rasa berat jugak. Entah-entah tengah pantang kena datang KL untuk submit. 

Walau macam mana pun. Kita merancang. Allah menentukan. Moga Allah permudahkan semuanya. Aminnn...

Saturday, December 20, 2014

First correction done!

Oh, dua hari berkurung dalam bilik demi menyiapkan thesis correction. Tadi dah send balik kat SV. Dan kena bersedia untuk correction yang seterusnya. 

Nasib baiklah papa ngan dhiya sangat memahami dan banyak membantu. Mana tak sempat nak buat tu papa lah banyak tolong. Ini baru master. Kalau phd tak tahu lah macam mana. 

Sekarang boleh bertenang sedikit sebelum dapat emel seterusnya. Rasa fobia nak buka emel. Alangkah indahnya kalau tulis pasal teknikal sama macam tulis blog =)

Friday, November 28, 2014

Paper accepted

Da lama tak bercerita pasal belajar. 

Sebelum ni untuk grad saya kena fulfill 3 lagi requirement sebab requirement yang lain saya dah siapkan masa sem satu ngan sem dua lagi. 

3 requirement ni lah yang saya rasa paling berat dan tough nak abeskan. Iaitu

1. Paper submittion, accepted dan publish. Huhuhu.

Sebab part ni tugas kita tulis dan submit. Untuk approvekan kena orang lain atau other party yang decide. Memang beyond our control. Tapi hari ini alhamdulillah pagi-pagi dapat berita yang paper saya dah accept. Lega sangat. Bila dah accept bila2 dia akan publish. Kira kalau dah accept tu lega sangat dah la. 

2. Thesis submittion

Nak tulis thesis bukan senang. Kena mood betul2 oke baru ada idea. Kalau tak blur2 je bukak tutup journal, bukak tutup laptop. Tapi hasilnya takde. Alhamdulillah juga hari ini saya berjaya hantar first draft kat supervisor. Hopefully tak banyak correction yang kena buat. 

3. Viva

Yang ni nervous juga. Lepas submit softbound thesis dalam masa 3 bulan akan ada viva pula. Hopefully dapat examiner yang baik hati. Doa-doakan ye. Kita ni last  part lah ni. Kalau yang ni lepas. Memang merdeka lah. 

Ya Allah permudahkanlah. 

Tak sabar nak grad. 

Friday, October 17, 2014

Pengalaman

Tidak sekali-kali saya menyesal memilih untuk sambung master by research. Sebenarnya banyak pengalaman baru dan do and don't yang boleh dijadikan panduan bila sambung pHD NANTI (tak tahu biler =P) 

Buat master by research ni cabaran dia lain macam. 

1. Tak perlu attend kelas. Kecuali kelas research methodology (3 credit hour) masa first sem sahaja. 

2. SV jenis tak kisah nak datang lab atau tidak. Boleh je bersenang lenang di rumah JANJI KEJE SIAP. Cabaran yang maha hebat yang ni lah. Kadang balik kg seminggu tak hingat. Dan of course tak buka buku langsung. 

3. Research scope sendiri tentukan. Nak buat banyak mana nak buat sampai mana. Jumpa SV untuk dapatkan opinion sahaja. 

4. Research methodology cari sendiri berpandukan journal. More to try and error method. Tak dapat result follow journal lain pula. 

5. Thesis sendiri buat, research sendiri dapat result, sendiri tulis thesis. SYIOK sendiri. Hahaha. But of course dengan guide dari SV lah. Kat sini no more spoon feed. Disebabkan syiok sendiri ni lah dah ter extend satu sem. Sebenarnya belum extend secara betul2. Extend dalam erti kata saya sendiri set kan target untuk abeskan dalam masa 2 tahun tapi ni terlebih satu sem sudah. Lepas ni no more. This is final sem. Hopefully. InsyaAllah. Aminnn....Uni tetapkan min 2 sem. max 8 sem. Jadi ada baaaaaanyak sem lagi? hoyeeeeeah!

Tips bila buat by research ni

1. Setiap data yang dapat kena jot down dalam note book baik2 sekali hari ngan tarikh. Walaupuyn data tu pada mulanya SV cakap salah. Simpan elok-elok juga. Sebab mungkin nanti data tu akan tetiba betul balik dan boleh diguna balik dalam paper atau thesis. 

2. Kena bersedia defend pendapat sendiri dengan bukti-bukti yang kukuh yang diperoleh dari journal-journal dan sumber-sumber yang boleh dipercayai. 

3. Setiap perbincangan dengan SV juga perlu ditulis elok-elok dalam buku nota. sebab kadang-kadang pendapatnya tidak sama hari ini, esok dan hari-hari seterusnya. 

3. Start tulis thesis siap-siap masa awal-awal semester lagi. Boleh mulakan dengan literature review dulu. Keep updating bila experimen dan mula, dah ada method ngan result. Buat selari dengan perjalanan master. Sebab nanti bila dah dekat nak habis. Thesis masih tak tahu kemana amik mana satu 2 sem pula untuk tulis thesis sedangkan lab dah habis. HuhuhU!

4. Habiskan semua requirement set by uni masa first two sem. Macam kena ada paper ke. Try submit paper awal. Baru rasa lega. Jangan last sem baru terhegeh nak tulis paper pastu tak tahu bila nak submit. Benda-benda berkait ngan paper publication ni bukan boleh buat sehari dua. Amik masa berbulan-bulan kadang2 tu setengah tahun. Lamanyeeeerrr..

5. Masuk-masuk terus rangka nak buat experiment apa, nak guna apparatus apa sebab barang yang kena order kena order cepat-cepat. Sementara tunggu barang sampai tu tulis LR dulu. Yang penting, Jangan buang masa! Eceeeeewahhh!!

Okelah. Kalau ada idea lagi saya sambung. 

Good luck!!

Wednesday, September 17, 2014

Masalah

Kalau nak ikutkan dalam hidup ni masalah memang banyak. Dalam masa terdekat sehingga bulan 12 ni atau sehingga siap mana-mana yang terdahulu masalah paling besar saya adalah thesis. Dia lebih kurang macam nightmare. Kalau tak buat asyik teringat. Bila buat stuck je memanjang. Alangkah indahnya kalau tulis thesis tu macam tulis blog ni je. Taip-taip publish. Esok taip yang lain pula. 

Maaf banyak-banyak kepada yang sesiapa yang mungkin muak baca update asyik thesis thesis thesis je. Tapi ni sebahagian realiti kehidupan saya diketika ini. Tak sangka ia memberi impact yang cukup besar dalm hidup ini. 

Dan saya juga dah kurang sikit blogworking. Ada masa saya jenjalan blog kengkawan oke. Kadang-kadang baca je tapi tak komen. Mengharapkan hidup akan lebih baik selepas ini. Dan tak sabar mahu kabarkan berita gembira bila mana thesis dah siap dan dapat tempek kat sini thesis yang sudah dijilidkan. InsyaAllah, masanya akan tiba. Chaiyok Anis ='(

Friday, September 12, 2014

Terima kasih Syuk!..

Ini perihal belajar saya. 

Sekarang saya dah sampai stage yang 

Wajib publish paper.
Wajib hantar thesis. 

Kalau nak grad. 

Dan ini lah sebenarnya two major parts yang saya sangat lah terasa susah nak achieve. Macam beban yang sangat besar. Dalam saya terkapai-kapai alhamdulillah sebab saya ada sorang kawan yang masih concern and care pasal study-study ni. Tq syuk. Syukriah Asriyah. 

Kawan yang saya kenal masa kat UTP. Kemudian sambung plak master sama-sama kat UM. Tadi dapat khabar gembira yang paper syuk dah publish dan dia dah submit thesis dia semalam. Betapa bahagianya kan bila dua benda ni berjaya dilaksanakan. Saya tahu syuk pembaca setia blog ni. Hai syuk. Sambil lambai-lambai tangan. Haha!

Dan saya tak pernah sekali pun menyesal sambung master dalam bahagian research. Sebab nanti kalau nak sambung lagi saya dah prepare physically and mentally apa itu research yang sebenar. Kiranya buat master ni macam foundation atau matrik lah untuk peringkat seterusnya. Kalau saya amik by coursework mungkin saya tak expose sangat dengan benda-benda yang macam ni. 

Terus terang master ni dah tukar banyak benda dalam hidup saya. Bukan saja dari segi belajar. Tapi dari segi pemikiran dan pandangan tentang kehidupan. Kalau saya ni pandai menulis mungkin pengalaman ni sudah boleh dibukukan. Tapi apakan daya saya hanyalah seorang penulis blog yang kerdil sahaja =) 

Mungkin juga cara saya decide untuk buat master ni dek kerana tekanan kerja yang saya rasa sebelum ni. Dan saya sebenarnya kurang bersedia awal-awal dulu. Benda-benda kalau kita nak buat yang datang dengan persediaan InsyaAllah akan smooth sikitkan. Tapi tulah ini sume adalah satu pembelajaran yang sangat bermakna.  Atau mungkin juga sebab culture shock. Ye lah keje 8 to 5 setiap hari. Kul 6 dah kena keluar rumah. Sampai rumah dah magrib. Tetiba sekarang SV sangat flexible. Nak datang kul bape, tak nak datang pun takpe =P

And oh yes! saya dah addicted dengan Blog Dr. OT ni. Terima kasih Dr. kerana sangat suka berkongsi benda-benda penting yang selalu di anggap remeh oleh kebanyakkan orang. I am one of your fan now =) 

Dan Dr. OT juga ada berkongsi artikel yang sangat menarik di sini: 


Tuesday, August 19, 2014

Susah ke sambung Master?

Masih saya ingat lagi masa saya nak sambung belajar kat Matrikulasi. Ada seorang kawan cakap. Susah lah Anis belajar kat matrik. Lebih baik sambung tingkatan 6 je. Masa tu dalam hari terus zuuppp. Jujurnya pendapat dia. Tapi saya tak letak dekat hati pun. 

Saya pergi juga belajar di Matrik. Susah? Memang susah. Belajar mana ada yang senang. Masa kecik-kecik dulu belajar A B C pun kita rasa susah kan. Alhamdulillah dengan bantuan cikgu-cikgu dan kawan-kawan dan dengan izin Allah s.w.t saya berjaya menamatkan pelajaran di matrik. 

Sedar tak sedar sekarang saya tengah fight untuk habiskan master saya. Susah ke sambung master? Kalau nak senaraikan kesusahan dan kekangan yang berlaku memang tak akan abis nak tulis kat entri ini. Tapi tu lah. Bila kita hendak kan sesuatu tu. Kita kena buat sehabis baik. Bila dah mula kena habiskan. 

Terus terang saya cakap pada sapa yang nak sambung, sambunglah selagi minat ada. Jangan dengar-dengar cakap orang. Ukur apa yang kita target dan mahu capai dengan kemampuan diri kita sendiri. Selebihnya kita serahkan kepada Allah. InsyaAllah kita akan berjaya. 

Doakan yang baik-baik saja ye kawan-kawan. Kalau boleh mahu share yang best-best je =)

Saturday, July 12, 2014

Yang mana lagi baik

InsyaAllah saya bakal menamatkan pengajian somewhere in next year. 

Selepas itu saya ada dua pilihan: 
1. Mahu kerja 
2. Mahu sambung PhD 

Sebabnya setiap kali tengok iklan PhD rasa gatal je tangan nak apply. Sedar diri master belum abes jadi tak boleh lah nak apply lagi. 

Keduanya macam belum ready saja nak masuk dunia pekerjaan. Umur dah nak 3 series tapi belum ready. Acaner tu. Let say, tahun depan saya umur 29 tahun. InsyaAllah next 4 years dah complete PhD kira-kira umur 33. 34 tahun baru start keje. Not bad lah kan. Ke cam mana?

Husband pula umur 39 dah pencen =) 

Saturday, April 12, 2014

Family day dan birthday Dhiya Amani

Salam semua =)

Pergi mana? Tak pergi mana-mana. Ada je kat sini.

Good news
Apa-apa kita citer pasal good news dulu. Buat masa ni takde good news lain melainkan pasal belajar lah.
Okey dipendekkan cerita. Sambung master ni saya kena fulfill semua-semua di bawah:

1. Attend conference (done)
2. Seminar (done)
3. Candidature defense - yang saya submit report hari tu dan kena present, alhamdullillah saya lulus yang ni.

Dan sekarang tinggal lagi.

4. Habiskan labwork
5. Buat paper, submit paper
6. Buat thesis, submit thesis
7. Viva

Kalau listing nampak macam tak banyak mana. Tapi bila nak laksanakan tu payah sikit. Apa-apa pun redah je. InsyaAllah moga Allah permudahkan. 

Family day
Hujung bulan 3 hari tu belah husband ada buat family day kat Sri Nipah Beach Resort. Bagi saya untuk keselesaan dan murah memang tempat ni dah sangat oke. Kami sewa 11 bilik. Untuk bilik kecik RM90. Dan bilik besar sikit Rm120. 

Husband ada 9 orang adik beradik. 4 yang atas sume kakak. Ke-5 hingga 9 sume lelaki. Husband bongsu. Kira sume dah kawen. Menantu pun 9 jugak. Cucu-cucu lagi. Menantu-menantu cucu lagi. Cicit. Meriah amat. 





Bukan senang nak kumpul macam ni. Raya pun belum tentu. Kalau turn raya belah husband pun tengah hari rumah dah kosong sebab masing-masing ada agenda sendiri bila hari raya.


Pantai memang cantik. Sebab kitorang ni duk kat bukit jadi jakun sikit lah ngan pantai-pantai ni. Bila jumpa pantai je rasa bahagia lain macam. Haha!



Dhiya Amani dapat pelepasan khas. Boleh buat apa saja asalkan bahagia. Hari lain tak dapat makan aiskrim sampai macam ni. Abes baju. 

Dari kiri: Qistina Amani, Irdina Dalisha, Dhiya Amani & Irfan Najmi

Dhiya dan sepupu. Bila besar mesti gambar ni jadi moment-moment indah. Bila diorang dah kawen ada family sendiri. Haha! Takleh bayang.

Masa ni ada yang takde sebab baru pas mandi

Ini semua ada. Masa nak balik dah ni. Ramai tak?

Barbeque

Malamnya ada barbeque. Layannz gambar je k =)





Birthday Dhiya Amani

Memandangkan birthday dhiya amani hari tu 25 March jadi plan sambut masa tu juga lah. Biasa-biasa je sambutannya. Asalkan ada kan. Sebab dhiya excited sangat nak to u to uuu!


Tengoklah fokus sangat potong kek tu

Oke macam tu lah citer musim cuti sekolah hari tu. Next time plan nak buat lagi tapi tak tahu bila dan di mana. 





Saturday, January 18, 2014

Kita bermula dari payah..

Tadi semasa buka email, tiba-tiba ternampak email lama. Email masa saya tengah study kat Uni. Tentang report project yang kami kena buat masa final year. 

Kalau ada orang bertanya susah tak belajar di UTP? Sudah tentu tak senang. Bila fikir-fikir balik saya sendiri pun tak tahu apa yang saya lakukan sampai saya boleh lulus masa belajar di sana. 

Ingat lagi masa saya mahu sambung belajar di matrikulasi. Saya dapat pandangan yang sangat negatif dari seorang kawan. Katanya matrik sangat susah. Ramai orang yang terkandas. Lebih baik naik tingkatan enam amik sastera. Namun sume itu saya dengar je tak simpan di hati. 

Sekarang, saya rasa master ni payah sangat. Saya tak tahu nak abeskan macam mana. Tak sabar suatu hari nanti tiba masa yang mana saya akan kata. Oh! master tak susah sangat. Awak pasti boleh lakukan dengan baik. Jika ada orang bertanya saya.

Tuesday, December 10, 2013

Just drop by here!

Sekiranya saya berjaya dalam master ini
Saya mahu menangis sepuas hati saya

doakan yang baik-baik saja

Friday, November 15, 2013

If you register for your master study

You must prepare:

1. To sleep late at night, bila esok bangun mata macam panda..
2. To think out of the box which is macam nak pecah kepala dah ni rasanya
3. To concern about very small thing ..like report formatting. headache2!!..
4. To fluent in English both speaking or writing if not you are in trouble.
5. To always rushing for something which is sometimes you also don't know why..

Semoga ada hikmah di sebalik sume ni.
Dear Allah please give me strength

Wednesday, November 6, 2013

Macam takut pula kan sekarang?

Setiap hari ada je kita dengar kes yang kurang kita nak dengar kat KL ni. Dulu masa saya muda2...haha! I mean masa study degree dulu, saya selalu je datang KL ni sorang2. Naik tren turun tren. Pernah dari kelate datang kem kat banting sorang2. Naik tren kat kuala krai benti kat KL sentral. Itu sebenarnya pertama kali jejak kaki kat KL sentral. beranikan diri tanya sorang kakak tu kat mana tempat nak tunggu bas sume. Tapi kalau tanya sekarang ni saya macam tak berani sangat. 

Kalau yang boleh husband hantar nak je suh dia hantar. Tak pun keluar ngan kawan2. Sebenarnya apa yang nak jadi kat kita kita tak tahu. Tapi better kita berhati2 dulu sebelum apa jadi. 

Walaupun begitu kadang2 pergi juga UM naik tren kalau husband ada keje nak pakai kete. Sebab kete ada satu je. 

Tapi satu je lah. macam ramai pula yang salahkan polis dalam hal2 yang macam ni. kadang kesian kat mereka. Asyik kena ngan rakyat jelata. diorang pun ada family apa yang family diorang rasa kalau diorang dengar benda yang tak enak pasal keluarga mereka diperkatakan oleh orang awam. saya rasa tugas mereka tak mudah dan tak sume tugas mereka boleh direveal kepada umum. nanti kang lain pula jadinya. kalau ada apa2 yang tak puas hati better go directly to them kot. daripada duk sebar mana2kan. saya tkde spesifik nak cakap tapi pernah lah baca pasal ni somewhere else. 

Pape pun kita semua doa2kan semoga negara kita menjadi macam dulu lagi. Aminnnn!

psss: saya berdebar ni. ingat tak hari tu saya bertungkus lumus buat report di sini dan di sini. Lagi sebulan saya kena present report tu pada panel yang akan evaluate. nanti kena buat slide bagai. huhu! doa yang baik2 saja k. 

next saya kena siapkan satu paper untuk hantar ke ISI journal. mesti saya akan stress lagi nanti. tapi takpe stress untuk benda yang kita suka buat lain dengan stress untuk benda yang kita tak suka buat kan? buat benda yang suka pun stress juga ke??? haha!

Monday, November 4, 2013

Bersiaran dari UM

Hahah! mentang report dah siap. Jadi hari ni terus kul 10 baru sampai. Tadi berkira2 nak datang ke tak nak datang ke tak. Tapi bulatkan tekad datang juga. Hari ni nak buat lab. Seberapa segera yang boleh saya mahu siapkan lab cepat sebaaaaaabb saya ada mision lain. apa? keh keh keh. Biarlah rahsia dulu. kalau mission berjaya barulah kita war2kan kat sini =)

Masa datang tak jem. Dan obviously jalan sangat clear bila sekolah cuti. Tak tahu lah banyak mana kete cikgu dan student kan masa hari biasa. Cikgu biasanya kena sampai sekolah kul 7 tapi kul 9 pun tetap jem lagi. Tak tahu lah sebenarnya ada kaitan ke tak jem dengan ramainya cikgu kat jalan raya.