Dengan penuh keinsafan saya godek balik almari dan mengeluarkan diari diet yang tak terusik yang dibeli suatu waktu dahulu. diari diet ini sangat berguna untuk yang ingin diet secara semulajadi. tak amik pape suplement. saya bagi diri saya sebulan untuk follow diari diet ini. hopefully ada lah dia punya outcome. yang penting kena istiqamah.
Kalau kalian mahu dapatkan diari diet ini boleh lah dapatkan dengan klik link di bawah gambar k. gambar ni pun saya amik dari sana. sebab lupa nak snap tadi.
basically, teorinya senang saja.
untuk badan mantain
tenaga masuk = tenaga keluar
untuk naik berat badan
tenaga masuk > tenaga keluar
untuk turun berat badan
tenaga masuk < tenaga keluar
bagi saya personally rule untuk naik berat badan tu yang saya paling senang nak follow sebabnya makan banyaaaak saya suka. kalau nak kurus kena control kalori intake.
dan masa balik kerja tadi saya singgah kat farmasi untuk beli alat penimbang ini. Ini sebenarnya alat penimbang saya yang pertama sebab sebelum ni saya tak pernah guna pun. seperti yang sedia maklum berat saya sudah 65kg. mungkin saya akan tengok progress weekly. kalau daily takut fluctuate pulak kan.
control makan
yer hari ni saya berjaya control makan. saya kena kira kalori yang saya amik supaya tak tersasar dari jumlah yang boleh amik. mula2 ni memang payah sebab perut bak tong drum. kalau ada rongga sikit rasa macam nak sumbat2 je. tapi kena tahan juga demi untuk dapatkan berat ideal seterusnya ke arah hidup yang lebih sihat. tak sihat juga kan kalau overweight ni. okes nak kira BMI kejap.
okes dah dapat. BMI sekarang 27.41. kiranya dah masuk kategori pre-obese. tatuttt... korang boleh check korang punya kat sini k
LINK
Oh macam menarik pula. Jumpa link untuk check BMI body fat kat sini
LINK saya punya 33.7. obese sudah...
Satu lagi leh cek juga daily calorie need
LINK. okelah calori yang saya perlukan sehari ialah 1843 kcal/day. Nak makan apa je ni? hehe! chaiyok2 anis...!!
okelah itu je dulu semoga saya berjaya dalam diet ni. dan pastikan angka 60 menghampiri garisan merah penimbang itu. Aminnn..InsyaAllah.