Showing posts with label Us. Show all posts
Showing posts with label Us. Show all posts

Tuesday, August 16, 2016

Hati tisu

Kita orang perempuan ni mudah sangat kan terasa ngan suami. Orang lain saya tak tahu la cam mana. Tapi saya sikit2 terasa sikit2 terasa. Tengok dia cool je. Macam takde perasaan. Macam tak faham apa2 kan. Memang geramlah masa tu.

Tapi sebenarnya dia tak pun. Dia baik je. Dia oke je ngan kita. Sebab dia rasa benda2 tu sume biasa. Kita je yang terlebih terasa.

Thank u for everything sayang !

Saturday, April 2, 2016

Tak sabar nak beli rumah

Hidup ini penuh cabaran sebab Allah nak suh kita sentiasa berfikir untuk menjadi lebih baik. Banyak faktor kenapa kami masih belum ada rumah sendiri. 

Antaranya:
1. Tak tahu cara nak beli rumah masa mula2 kerja dulu (kurang ilmu)
2. Terjebak dengan personal loan. 
3. Tak tahu kebaikan mempunyai rumah dan cara nak handle rumah sewa (sekarang belajar sikit2)

Sekarang ni kami dalam proses nak restruktur balik kewangan agar memenuhi syarat untuk bagi lepas loan rumah. 

Alhamdulillah, Husband pun dah nampak kelebihan beli rumah ni. Insyallah next year kami rancang nak beli. Nak beli yang kecik2 je. Orang hartanah cakap rumah busuk. Busuk pun takpe. Janji rumah. Doa yang baik2 saja k. 


Friday, December 18, 2015

Suami tujuannya adalah untuk melengkapi

Kadang2 rasanya ingin memberontak je bila apa yang kita nak beli ada orang bantah. Apa yang kita nak buat ada orang tak setuju. Macam2 lagi lah. Tanpa kita realize yang sebenarnya kehadiran mereka ini adalah untuk melengkapi kehidupan sehari2 kita. Ye lah kita ni kadang2 nafsu membeli lebih2. Pantang tengok apa orang share kat FB rasa nak beli. Ini betul2 bukan cubaan. Mujur jugak ada orang yang rasional macam para suami ni kan. Sebabnya bukan semua pun benda yang kita beli hasil orang duk share tu kita guna. Kadang2 lebih kepada rasa nak memiliki sahaja. 

Sekarang ni addicted dengan toys dan buku anak2. Pantang nampak rasa nak beli. Yang tu nak beli yang ni nak beli. Kalau beli semua mahu kopak. Jadi kadang2 kena let go macam tu sahaja keinginan tu. Lepas tu fikir balik oh mujur tak beli kalau tak membazir je. Tapi dalam pada ada orang bantah, tak setuju semua tu masih tetap bersepah mainan kat umah ni. Sampai tension mau kemas. Kejap kemas kejap sepah kejap kemas kejap sepah. 

Di kala musim kena berjimat cermat ni ada ke group whatsapp yang semua orang saling tolong mengingati untuk simpan duit. Share cara nak simpan duit ke. Please add me. Hehe!

Sunday, October 4, 2015

Saya tak biasa takde duit sendiri

Him: Awak dah ada baju untuk konvo
Me: Pakai je mana ada yang dalam almari tu
Him: Kenapa taknak beli yang baru
Me: Takut abang takde duit
Him: Beli lah. Bukannya selalu pun konvo. Esok kita pergi masjid jamek cari kain..

U touch my heart..!!!!

p/s: Bulan ni genap setahun tak dapat gaji.. Huhu! Moga Allah mudahkan untuk saya dapat keje atau sambung belajar.


Thursday, September 17, 2015

Sentiasa positif.. InsyaAllah

Saya sudah membuat keputusan untuk sambung PhD. Sekarang tengah apply di uni yang dekat2 area KL sebab nak dekat dengan rumah. Supaya senang nak urus anak dan rumah tangga. 

Susah memang agak susah sekarang ni. Di usia yang menjengah 30 an masih bergelar student. Melihat kawan-kawan sudah bekerjaya dan memiliki harta. Terasa juga ingin merasa. Tapi macam jauh lagi. Nak bermewah2 juga belum masanya lagi. Hidup ala kadar saja. Tetapi matlamat dan semangat yang masih bersisa tak kan di biarkan luntur begitu sahaja. Support dari husband dan parent sangat bermakna. Sumber kekuatan untuk meneruskan impian yang satu ini. 

Biasanya memang student PhD bekerja di usia 30 - an macam ni. 
Yang 20 - an ada tapi jarang-jarang sekali
Kadang ada yang tak memahami
Takpelah mereka bukan di tempat kami
InsyaAllah janji Allah itu pasti . . 
Rezeki masing-masing Allah dah tentukan sejak azali
Kalau bukan sekarang nanti-nanti

Monday, May 5, 2014

Siapa tak sayang isteri kan?

Until now saya rasa sayang nya seorang suami kepada isteri adalah salah satu keajaiban dunia anugerah Allah s.w.t. I don't know the true love between man and woman until I meet my husband. 

Cinta bukanlah hanya cinta semata-mata tapi more to responsibility. Saya selalu touching kalau dia tolong itu ini, kalau dia sanggup buat itu ini, kalau dia boleh dengar dan terima pendapat atau luahan kita. Dan memang itu pun kan perkahwinan ni. But still mudah sangat nak touching. Dan apabila terfikir tentang itu, saya akan rasa oh ajaibnya cinta. 

10hb Mei hari jadi dia. Tak tahu nak bagi apa. Bagi kasih sayang je boleyh? =)

Friday, April 25, 2014

Hi Blog! Rindu

Hehehe!

Kalau lama saya tak update tu. Mungkin boleh klik-klik link di atas tu. 

Entah. Just want to share about my life a little bit. Hendak di jadikan cerita saya ada join kelas BI whatsApp. Ada ke? Ada lah, zaman ni kan sudah canggih kelas BI pun boleh through whatsApp. Then, ada lagi join seminar itu ini. Saja untuk menambahkan added value dalam diri. 

Dan yang paling supportive adalah husband saya. Terima kasih Allah sebab kurniakan saya husband sebaik dia. After a lot yang we go through saya tahu Allah da bagi yang terbaik untuk saya. 




Monday, December 30, 2013

Romantik ke?

Haha.. sekarang ni tengah tengok citer romantika.. kadang-kadang terfikir ada juga artis yang hidup macam orang kebanyakkan. tak romantik sangat. in real life they are different dengan apa yang kita tengok masa diorang berlakon. 

Cuba bayang macam mana nak jadi 24 hours romantik. mesti penat kan? =P 

bagi saya tak kisahlah kalau laki kita romantik ke tak. sebab banyak benda yang kadang-kadang sangat simple dia buat bleh buat hati ni touching sangat. 

yang penting kesanggupan & kesungguhan dia untuk jadikan kita isteri adalah antara moment terindah dalam hidup ini.

Apa-apa saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Terima kasih ya Allah atas jodoh ini.

Sunday, December 1, 2013

Cinta..


Okelah, seriously saya rasa macam dah upload gambar ni kat blog tapi tak jumpa kat mana. kalau dah upload maknanya ni citer ulang tayang. tapi takpe lah since mode rindu kan? =P 

Masa zaman sekolah dulu penuh suka dan duka. gambar ni di ambil masa darjah 6. dia dan kawan2 memang atlit. saya je tak sebab saya kaki bangku. main lah apa pun sume fail. Ini team bola sepak. team hoki pun rasanya muka sama je. dan saya sebenarnya takde kenangan mana ngan dia pasal game2 ni. dulu selalu rasa best nya kalau pandai main hoki ngan pandai nasyid. leh g jalan2 sekolah orang lain. dah memang takde bakat nak buat cam mano...

ada satu lagi gambar. tapi yang ni blur sikit.. masa darjah 3.. 


kah3. gambar ni sangat lucu. yang pompuan ada anak panah tu sayalah. yang laki2 tu dia. tak pernah terfikir jodoh saya adalah rakan sekelas. sekelumit secubis pun memang tak terlintas. tapi sebab dah jodohkan..

hak3,..saya dulu masa sekolah sombong plus bajet hot. kalau ngan kawan2 lelaki asyik nak cari gaduh je. takleh saalah sikit nak report kat cikgu. maklumlah anak cikgu. pernah sekali tu saya tolak kawan sampai dia pengsan. nervous tak hengat. kawan tu lelaki dia macam ada penyakit sikit. saya tak tahu. dh dia kacau saya apa lagi. kejadian tu masa darjah 3 lah. 

saya start sekolah kat sini amsa darjah 2. darjah 1 saya sekolah tempat lain. datang sini sebab ayah saya kena tukar sini. masa darjah 2 saya tak sekelas ngan dia. tak silap darjah 3 je sekelas. pastu 4 5 6 sume dah tak sekelas dah. 

masa sebelum darjah 6 saya tak recognize sangat dia. ni pun ingat sekelas ngan dia masa darjah 3 sebab ada gambar ni sebagai bukti. 

saya mula recognize dia masa darjah 6. sebab apa. sebab dia suka kacau saya. hahahaha! memang lucu tahap max. masa tu saya tak percaya langsung citer cinta budak darjah 6. baru umur 12 kot. bagi saya itu bukan cinta itu macam main2..senang citer bukan cinta tapi just perasaan suka pada opposite gender.  boleh...

sebab dia selalu sangat kacau saya kan saya jadi meluat ngan dia. sebab dia macam tak paham je yang saya menyampah ngan dia. asyik kim salam je. jumpa sapa pun nak berkirim salam bagai. sampai heboh di kalangan budak darjah 6 pasal saya ngan dia. which is not pun. saya memang takut nak lebih2 sebab ayah cikgu kat situ. kalau tahu memang nahas. plus pasal tadi lah saya tak percaya. kalau nak main2 baik tak payah dari awal. 

klimaksnya saya bergaduh ngan dia masa darjah 6 tu lah. sampai tahap tengok muka pun takleh. kawan2 pun memang sedia tahu lah citer kami ni. yang saya tak suka tu pun kawan2 tahu. pada saya bukan masalah langsung masa tu. dan memang bukan masalah pun. 

naik sekolah menengah saya dapat sekolah lain jauh dari kampung. dan kami tinggalkan sekolah dalam keadaan bergaduh. dalam hati memang tak nak baik dah ngan dia ni. 

satu hari masa saya balik cuti. saya terserempak ngan dia masa kat jalan. naik moto masa tu. dia rela patah balik amik jalan lain tak bagi berselisih ngan saya. punyalah berat penangan bergaduh kitorang tu. dalam hati eh mamat ni marah aku lagi ke. padahal dah beberapa tahun tinggalkan darjah 6. pun masa tu not a big deal bagi saya. kalau dia nak marah marahlah. 

kali kedua saya terserempak ngan dia masa lepas darjah 6 masa baru2 abes spm. saya ni bila dah naik sekolah menengah nak g mana2 saya g sorang2 je sebab malas nak susahkan orang lain macam keluar ke pekan bila cuti sekolah. saya ni banyak betul kerja nak kena g pekan macam fotostat ke, print ke. sebab kat kg kitorang langsung takde kemudahan macam tu. dulu2 punye cerita ni. sekarang macam dah ada. 

ok saya terserempak ngan dia dan sorang kawan lain. saya tegur kawan yang sorang tu. pastu dia diammmm je. ingatkan saya marah dia lagi kot. saya pula ringggannn je mulut g tanya dia benda. tak ingt apa. pastu dia tanya marah lagi ke. saya cakap taklah itu citer budak2.. lagipun dah lama. lepas terserempak tu saya tak fikir apa2 terus balik rumah. 

pas dapat result sume saya dapat matrik. pergilah matrik... pertama kali ada phone sendiri. ayah kasi adiah dapat masuk matrik. entah macam mana dia dapat no saya dari sepupu saya. apa lagi dia pun call la mesej lah which is sangat lah rimas..! saya rasa saya tak layan pun. tapi tatap juga berusaha gigih mesej saya. cantik sangat ke aku ni. ekekee! dalam hati jer.

pastu saya ke universiti pula. dapat lagi mesej dari dia. masa tu saya guna maxis dia guna celcom. bila saya tak reply mesej dia call tanya nape tak reply. saya men cakap je saya tak reply sume no celcom. sebab mahal. sebenarnya, saya tipu je. alih2 dia pergi tukar ke no maxis...ko mampu!. nak tak hendak saya terpaksa reply tu pun kadang2...! bila saya cakap saya takde kredit dia topupkan!... masa ni belum sampai tahap terharu lagi. saya guna kredit tu g tepon orang lain.............! kejam juga bila diingat balik. 

lepas2 tu dia selalu la telefon saya. kadang2 tu setengah jam dia tepon saya setengah jam juga saya marah2 dia. esok dia tel lagi saya marah2 lagi. sampai penat marah saya tanya dia awak tak penat ke hari2 dengar saya marah. apa dia cakap..takpelah sekurang2 leh dengar awak marah pun dah oke.....!! grrhh!. 

saya pun mulalah cari idea taknak bagi dia call saya lagi. sehingga lah satu hari tu bila dia call saya cakap saya sebenarnya dah ada boyfriend....bayangkan?/?// (oh sedih pula tetiba!) sebenarnya saya takde boyfriend pun saya tipu je. mulai hari tu dia dah tak mesej dan call saya lagi. tahu apa jadi? amannya sekejap je. lepas tu saya rasa macam something missing. yelah dia duk call hari2 tiba2 tak call. mesej pun tak kan. 

eh macam panjang sangat pula...kena buat sambungan ni. kalau saya rajin saya sambung...

BERSAMBUNG =P







Saturday, November 30, 2013

Bila husband takde kat rumah

Kipas dalam bilik ni no 1 je sejak 2 minggu lepas. Kalau dia ada pasang no 3 sebab kena in between. saya tak suka sejuk dia tak suka panas. 

Sebenarnya kisah ini panjang. Tapi saya pendekkan. 

Masa saya kecik2 sampailah besar sampai lah sebelum saya kawen rumah kami takde kipas. kipas syiling takde kipas bawah pun takde. sebenarnya saya pun tak realize benda ni.. tapi since saya tak tahan sejuk kan husband pun tiba2 tertanya

"eh, kipas kat umah awak tu kita beli pas kawen kan?"
"ha a"
"maknanya sebelum ni rumah awak takde kipas lah"
"ha a la umah saya tak pernah ada kipas pun"
"macam mana uolsss...(bukan uollss sebenarnya, saja sedapkan ayat) tak panas ke?"
"entahlah, mungkin kami orang dah biasa kot berpanas kat umah tu"

dulu ingat lagi bilik saya kecikkkkk je. dalam bilik tu lah saya membesar dengan jayanya. sebab dulu saya SANGAT pemalu. memang tahap yang tak cakap ngan orang tu. kalau sedara mara datang part yang nak balik 10 minit tu baru saya keluar tunjuk muka salam2 masuk bilik. 

jadi banyak lah masa saya dalam bilik tu. saya juga punya tabiat buruk dulu2. suka tidur bangunn lambat. bukan lambat sebarang lambat. kul 2pm baru saya bangun yang malam tadi tidur punya. bangun sembahyang subuh kejap pastu tido balik. 

mak saya pula jenis yang bukan pemarah dan pembebel. susah kami nak dengar dia marah atau bebel. lebih kurang reverse psychology lah (eh betul ke eja ni, malas pula nak google),..jadi dia tak pernah marah saya bangun lambat ke apa ke. yang pasti bila saya bangun mesti ada 2 biji kuih atas meja. untuk saya lah tu sebabnya saya suka makan kuih pagi2..eh tengah hari. i mean lepas bangun tido sy tak bape suka terus makan nasi. makan kuih dulu. minum air dlu. pastu baru leh makan nasi ke apa. haha! dah la bangun lambat banyak cekadak pula. nasib mak saya baiiikkkkkkk sangat. 

satu hari saya tanya mak saya. kenapa dia tak marah saya bangun lambat. dia cakap, biarlah kalau dah mengantuk tidur je lah. bila dah tak mengantuk bangun. tak tahu lah orang lain. bagi saya jawapan tu sangat menusuk kalbu. jadi lepas tu saya pun dah tak bangun lambat lagi dah. lagi2 sekarang ni. bangun lambat sikit terus sakit kepala lah apa lah dulu2 tak pun....

maaflah cerita yang pendek pada asalnya dah jadi panjang...

berbalik kepada cerita kipas tadi, tak panas ke saya tidur dalam bilik sampai ke siang. entahlah. masa tu macam leh terima je. bila bangun tidu badan berpeluh2 macam lari marathon aje. tapi tetap boleh terima. malah rasa best pula ngan situasi tu. cuba sekarang ni macam tu. huhu!

pastu lepas kawen, memandangkan suami saya tak tahan panas. bukan suami saya je rasanya sapa2 pun memang tak tahan panas except family saya je lah kot. kami pun beli lah kipas untuk letak kat kampung satu.

dan saya rasa disebabkan itu kot saya selalu sakit dada bila suasana sejuk sangat. da banyak kali g cek doktor, doktor cakap otot dada saya ni cramp sebab saya alah pada sejuk. means tak leh sejuk sangat. kalau tidur kipas takleh direct atas dada. mandi takleh lewat malam. malah aircond dalam kete pun saya takleh kena direct. hawa2 je leh lah. sejuk sangat yang dimaksudkan tu bukanlah sejuk melampau cuma bagi orang lain biasa tapi bagi saya pula dah takleh. 

p/s: rumah yang saya citer ni bukan rumah yang homestay tu. ni rumah yang kitorang duduk sejak saya darjah 2. 


gambar ini adalah iklan, dengan caption
" jom amalkan gaya hidup sihat dengan tupperware" =)

Friday, November 29, 2013

Bartabahlah!

Haha! tak tahulah entri ada kaitan ke tak dengan tajuk. Tapi yang pasti sejak papa dhiya amani g kursus banyak jadual dah berubah...

biasanya bila papa mama balik kerja mulalah fikir nak mngukur jalan g hero lah g speedmart lah pas balik konon tak sempat masak singgah makan kedai. yang gembira dhiya amani sebab leh jalan2... 

masa awal2 papa kursus adalah sekali dhiya amani ajak g jalan2..sekarang dah tak ajak. okela tu. mama bukannya suka drive kalau diluar waktu kerja. mama drive bila terpaksa sahaja. 

Dan diet ni pun mampu bertahan masuk hari ke4 ni sebab papa kursus lah. hari tu dah start tapi gagal di hari kedua malam. Tahu sebab apa. Malam tu masak2...

"pa, tak nak makanlah"
"jomlah temannn tak selera"
"tak nak lah"
"jomlahhhh"

makanya terussss ke dapur amik pinggan makan siap bertambah. see diet dah ke mana. 

esoknya. 

"ma jom makan bihun sup kat tempat biasa"
"taknaklah"
"jomlah nanti menyesal"
"okeeee"

hahaha!. walaubagaimanapun dia bukanlah sebab utama saya takleh berdiet cumanya tak tahan dugaan. bayangkan orang makan sedap2 kita telan air liur sajo. ini pun harapnya mampu lah bertahan untuk 2 minggu lagi. tengok result macam mana. ada perubahan ke tak.

p/s: dialog telah mengalami pengubahan struktur ayat sikit sebanyak mengikut kesesuaian untuk ditempek di sini =P

Monday, November 25, 2013

Sebenarnya kami balik kg

Huhuhu!. memang last minute planning. kami (me & dhiya amani) naik bas rabu malam. beli tiket pun on da spot. nasib baik en suami bagi balik. dan nasib baik juga dhiya amani baiikk je naik bas. 

sebenarnya ni kali ke2 bawa dhiya balik kg ngan bas. ini kes papa kena keje dan mama mengediks nak balik kebetulan kawan kawen boleh lah pergi masa alang2 balik. 

bila balik kg terubat sikit lah duka laranya sebab ada family besar di kampung. kebetulan adik2 sume balik. saya ada 4 orang je adik beradik. kalau belah husband 4 tu belum sampai separuh lagi sebab adik beradik dia sume 9. 

dan yang palingggg tak leh terima masa balik kg ada timbang berat 65kg sudahhhh. di mana silapnya? tak silap mana2 sebenarnya cuma makan je banyak. sapa suh makan banyak. plan diet macam2. beli diari diet lah. beli shake n take lah, beli shaklee lah kalau takde disiplin memang tak kemana. tak tahu lah bila nak berusaha bersungguh2 ni. dan semestinya takleh cecah 70kg kalau tak confirm gemuk gedempol. 

Tuesday, November 19, 2013

28 days and counting

Sebenarnya sekarang husband takde kat umah, dia kene g kursus sebulan. husband saya kerjanya tentera. Kalau ikutkan dia dengan tentera2 lain dia oke sikit lah. jaaaarang2 sekali baru kena g kursus. kalau tentera lain saya ni nak klasifikasi diorang ni askar melayu ke tentera ni ke tentera tu ke tak reti sangat. hehe! tapi tahu lah ada yang kena masuk utan. ada yang kena g sabah. ada yang kena g lubnan. ada yang kena g mana2.  

tahun lepas dia dah pernah kena kursus selama 6 bulan. tapi yang tu tak terasa sangat sebab dia boleh balik hari. macam keeeejap je 6 bulan tu. kali ni dia takleh balik sebab course sampai kul 3 pagi pun ada. sehari bercakap sekali je kat phone. masa dia sibuk saya free, masa saya free dia sibuk. 

maka dari petang ke malam melayan dhiya amanilah kerjanya. tapi sekarang dhiya amani dah tidur. mama pun tangkap jiwanglah sorang2. orang kata kalau duk jauh baru lah rindu kan? keluar abes kebaikkan yang dia buat selama ni. kalau dia ada asyik gaduh je (read: gaduh2 manja...haha!). sebenarnya dia suka menyakat. kalau dia tak sakat saya dia sakat dhiya amani. dhiya amani pula jenis senang nanges. maka tak tenteram betul rumah ni. mama pula cintakan keamanan kononya. taaaapi sekarang terlebih aaaaman pula. 

dalam hati mengharap dia balik buat surprise. wakaka! tapi tak lah kot. dia sibuuuukk. nak call pun tak sempat. apatah lagi nak balik. sebulan tu sekejap je anis. 

oh dia kursus kat KL ni juga. tak jauh pun. dekat je. !! harapan saya semoga sebulan ini berlalu dengan jayanya. bertabahlah!







Thursday, October 17, 2013

Da sampai KL

Hari ni da mulakan hidup macam biasa. Tadi dhiya amani nanges2 masa hantar umah babysitter. Malam tadi dalam kete dia dah cakap siap2 mama esok takyah keje. sebab tu lah kot nanges sebab tetiba hari ni hantar juga dia. Nak buat cam mana dhiya amani. mama ngan papa keje jadi terpaksalah. nanti mama balik awal amik dhiya. 

dia memang suka sangat balik kg hari tu. almaklumlah dah pandai cakap. keje potpet2 je. 

mama pula biasalah baru2 sampai KL ni simptom homesick mestilah ada as always. tapi sebab hari ni dah datang UM kurang sikit lah. keje banyak nak kena siapkan. 

okes got to go now.


Gambar raya. Ni je yang ada.






Sunday, August 11, 2013

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Kiranya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. ampun dan maaf sekiranya ada terbuat salah dan silap. kali ni turn beraya umah husband. sangat meriah dengan anak sedara yang ramai. 

tapi malam tadi sudah balik KL sebab husband kena keje hari ni. 


Wednesday, June 5, 2013

Lelaki yang sayang kita adalah lelaki yang ajak kita kawen...

Haaaa ko panjang berjela tajuk entri. biasalah mode anniversary ngan mode orang ramai kawen sekarang ni kan. Huhuhu! dalam idup ni takde lah ramai sangat kawan lelaki yang spesel. sume macam kawan2 yang truly friend gtu jadi takdelah pengalaman banyak mana. 

tapi satu je lah kalau nak tahu lelaki tu betul2 sayang kita macam mana sekali pun dia akan ajak kita kawen. kalau yang nak kawan je sampai bila2 itu makna nya dia tak berapa serious dan dia tak kisah kalau kita takde. walaupun kadang2 dia cakap dia kisah, mungkin dalam hati dia tak kisah. 

tapi soal hati susah untuk dimengertikan...eceeeewah. ada yang kita suka tapi tak pandang kita sebelah mata pon. i think kalau kes macam ni we better take a move. 

ada tu kita tak pandang langsung pun kat dia. tapi dia setia amat menunggu hati kita terbuka. dalam kes ni sebab hati yang ingin di buka adalah hati kita, kita yang control jadi chances tu ada lah juga walaupun tak besar mana. hati tak boleh dipaksa2... tapi kalau kita cuba insyaAllah one day terbuka juga hati tu. kalau tak terbuka2 juga bukan jodoh kita la tu. 

kepada kawan2 yang kawen. selamat pengantin baru. ,,,, sorryyyyy baaaaaaaaaanyak majlis yang tak dapat hadir sebab tak balik kg., kalau yang kat KL pun masa tu ada kerja lah. macam2.! tapi saya tetap doakan kebahagian korang dari jauh. moga perkahwinan kalian berkekalan hingga akhir hayat dan sentiasa dalam rahmat dariNya. Aminnn!. 






Thursday, May 9, 2013

Fobia

Sesungguhnya saya memang fobia drive sekarang ni. Sebabnya:

1. saya memang penakut nak drive nye sejak dlu lagi pun
2. lagi pula sejak xcident je lately. 2x lah =(

Tapi hari tu tengok primadona. dia kata kalau kita fobia kita kena encounter fear tu dengan kita buat benda tu, oke then. saya still drive macam biasa. tapi bila drive rasa macam panas semacam je badan ni. macam keluar peluh pun ada. bila pandang cermin belakang. macam laju je kete belakang ke arah kita. yang sebenarnya dia memang laju tapi sebab ada break kan? jadi mengapa nak takut. huhu! but sy still takut. bila pandang kiri kanan macam nampak kete2 tu sume menghampiri kete sy. 

disebabkan sebab2 di atas bila drive saya jadi tak tentu arah. brek merata meraban. kadang2 macam peliks je saya rasa. confident level menghampiri zero. kepada pemandu lain harapnya diorang faham keadaan saya. dan saya sangat mengharapkan kerjasama diorang. walaupun diorang entah baca entah tidak blog saya ni. entah kenal entah tidak saya ni. tapi untuk masa ni tu je yang saya mampu. 

tukar kete? da banyak kali kira darab campur tolak bahagi. kami masih belum mampu beli yang baru. kami hanya berserah kepada Allah. sesungguhnya dialah yang menentukan segala apa yang berlaku. 

kawan2 doakan yang baik2 saja k..Aminn!!!

Wednesday, January 16, 2013

Pangkat & Tanggungjawab

Sebenarnya husband saya juga naik pangkat last year bulan 10 if i am not mistaken. bukan pangkat dalam tupperware tapi pangkat betul2 dalam kerja dia. itu pun selepas berkhidmat dalam tentera plus minus 8 tahun. huhuhu lamanya. kalau nak naik gaji kena naik pangkat. ye tak kawan2. 

Tapi satu je lah yang saya boleh rasa sejak naik pangkat ni dia agak sibuk. asyik kena kerja kuar aja. walaupun naiknya hanya secoet sahaja. malam ni dia takde. ada operasi di ijok. bulan lepas tak silap ada operasi di johor. dengar kata bulan 2 ni dia akan berkursus pula selama sebulan pula. dalam seminggu mesti ada 2 3 hari kena duty. wiken pula kadang2 kena kerja. 

kami biasanya petang2 balik keje suka ronda2 sambil jalan2 cari makan. sekarang masa ronda2 sudah kurang banyak. bila dia tak balik saya makan simple2 je kat umah. bagus juga boleh berjimat cermat. 

mungkin sebab itu juga saya sekarang sudah agak pandai berdikari. 

dulu awal2 kawen saya tak pandai drive. kemudian bertekad mahu drive sendiri. akhirnya saya berjaya drive walau dalam takut2. mula2 drive minyak tak pandai isi tunggu dia isi je. sekarang da pandai. dulu tak pandai singgah kedai tak reti parking tempat2 sempit. sekarang da pandai. dulu tak pandai nak g putrajaya sendiri amik stok tupperware sekarang da pandai. 

bila fikir balik, kesibukan dia ada hikmahnya. dalam tak sedar saya makin berdikari dan kadar kebergantungan pada dia makin berkurang. 

secara positive nya, kita tak boleh sentiasa berada di takut lama. kena sentiasa sedia menerima perubahan atau pembaharuan ke arah sesuatu yang lebih baik. 

nasib baik ada dhiya amani tolong teman kat rumah. 


papa & dhiya
luv u sayang!!