Thursday, May 8, 2008

Makin hari...

Makin hari aku makin banyak karenah..

Makin hari aku makin banyak meletakkan syarat..
Makin hari aku makin mintak yang bukan-bukan..

dan

Aku tahu
Aku sedar

Yang dia tidak begitu

Menerimaku seadanya

Tapi kenapa aku begini

Ya Allah, bantulah aku.
Moga jalan yang aku pilih adalah jalan yang terbaik buat ku dan semua.

Wednesday, May 7, 2008

Hidup ini....

Entah mengapa, aku seolah-olah tidak yakin dengan keputusan yang aku buat. Apakah yang aku pandang? Apakah yang aku mahu? Ya Allah. Kuatkanlah aku menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup ini.

Aku rasa aku boleh je menerima apa yang aku ada selama ini, namun disaat aku perlu membuat pilihan. Aku seolah-olah meletakkan terlalu banyak kriteria sehingga menjadikan ia terlalu sukar untuk dipenuhi.

Ya Allah tetapkanlah pendirianku...Bantulah aku..Ampunkan dosa-dosaku..aku terlalu banyak membuat kesilapan dalam hidup ini..Aminnnnnn....

Friday, April 25, 2008

Who moved my cheese?


Entah kenapa, semenjak dua menjak ni. Hobi masa kecik-kecik dulu muncul kembali. Kalau pergi kedai terasa tak best kalau tak beli buku. Terbaru, di kala keboringan dekat ofis, singgah jap kat filling room. Belek buku-buku kat situ. Ingatkan semua buku-buku kat situ hanyalah operating manual dan file-file syarikat je. Rupa-rupanya ada satu buku ni berjaya mencuri perhatian ku.

Buku ni buku motivasi. But i like it.

Who Moved My Cheese? is a story about change that takes places in a Maze when four amusing characters look for "Cheese" - cheese being a metaphor for what we want to have in my life, whether it is a job, a relationship, money, a big house, freedom, health, recognition, spiritual peace, or even an activity like jogging or golf.

This book give four characters for us to choose. Maybe we not aware about what we are doing, it is right or wrong, but this book will make us feel that which character are good and which character are not good for us to follow. The most important thing, we should always be positive for every changes in our life.

Thursday, April 24, 2008

Cuba teka video apa ni?..hehe

Tanggal 4 April 2008, pada pagi yang hening Sue dan aini pergi membeli barang-barang untuk membuat goreng pisang. Pada petang nya pula, Sue dan Imah bertungkus lumus menyediakan goreng pisang tersebut. Saya hanyalah mengambil peranan sebagai pemerhati bebas. Setelah semuanya selesai...oh terlupa, saya berkesempatan membuat se'tupperware' air anggur. Thank you to Nabila. Sebab saya guna kordial zhulian Nabila.

Setelah semuanya selesai, dan semua orang mengambil tempat masing-masing di dalam kereta. Maka bermula lah kejadian yang tidak di sangka-sangka. Namun begitu, identiti pemandunya terpaksa dirahsiakan dan atas sebab-sebab tertentu wajah pemandu nya juga tidak berjaya di rakam..hehe...reaksi wajah penumpang kereta ini juga menjadi tanda tanya..kenapa?..mengapa?..bagaimana?...