Tuesday, April 6, 2010

Dream of...

This



And this



But for the time being I have to spend my money for other stuff

p/s : Please berjimat cermat ANis!!!!

If you want to make a visit, the store is here. Harga boleh tahan. Agak berpatutan.

Monday, April 5, 2010

Membebel..

Entah apa tajuk yang sesuatu untuk entri ini. Sudah lama aku tidak menulis panjang2. Tapi rasa malam ni semacam nak tulis panjang2 kat sini. Bukan apa saja ingin meluah kan apa yang terpendam.

Yerp, sejak kecik lagi aku sudah di asak minda untuk menjadi seorang doktor oleh kedua ibu bapaku. Kerjaya doktor memang menjadi idaman semua orang. Bila tengok doktor je kan, nampak hebat. Dalam hati mesti terfikir yang dia mesti kaya raya, dapat apa yang dia nak dan of course doktor ni bijak pandai. Harapan dan cita2 ni makin mekar di hati apabila aku melangkah kaki ke SBP. Belajar sebersungguh mungkin. Dan akhirnya aku mendapat kejayaan dalam SPM, but not so flying in colour. Dan dengan result itu tidak memungkinkan aku untuk memohon mana2 medical course yang ditawarkan di luar negara.

Jadi aku meneruskan pembelajaran di Matrikulasi Sains. Semasa di matrik sekali lagi aku berada di dalam dilema nak amik fizikal atau hayat. Memandangkan pada fikiran aku sains hayat agak susah aku membuat keputusan untuk meruskan mengjian dalam bidang sains fizikal. Ade juga ura2 mengatakan budak sains fizikal boleh apply dentist bila abes nanti. Walaupun dapat result yang boleh dikatakan ok aku tak apply satu pun untuk dentist kat mana2 u (Masa tu yang amik budak fizikal hanya USM and UPM) tapi semua yang aku apply adalah engineering kat hampir semua universiti. Pada aku masa tu takpe lah Engineering atau MEdic semuanya sama. Dapat keje dapat gaji juga. Dan aku terlupa yang kalau medic nanti abes tak payah susah2 cari kerja, gov terus amik keje. Kalau eng kena cari kerja sendiri.

Aku mendapat tawaran ke USM dalam kejuruteraan elektrik. Tetapi dalam masa yang sama aku juga mendapat tawaran ke UTP dalam kejututeraan kimia + ade biasiswa. So, aku decide pilih UTP. Belajar kat sana best. Cuma aku tak berapa fokus kot. Harapan aku cuma satu, tiada dua dan tiga. Hanya untuk menjadi engineer di mana-mana OPU.

Tapi kini harapan hanya tinggal harapan, aku tidak mendapat tawaran untuk bekerja di mana-mana OPU. Dan silap aku jugak mungkin. Aku start apply kerja kat tempat lain after aku direaleasekan dari Pet. Dalam bulan Oktober 2009. Masa tu aku rasa sudah agak terlambat untuk aku mendapat engineering position di mana-mana company. Tapi aku gagahkan diri apply jugak. Tapi stu pun tiada balasan.

At last, aku apply GEMs program. Memang teramat best. Sambil2 apply keje aku meneruskan GEMs ni. Kawan2 best, Makanan best, persekitaran best & tutor2 dia pun best. Yerp, dalam pahit ade manisnya. At least masa tu aku tak ingt sangat yang aku masih menganggur.

Ngam2 je abes GEMs aku ditawarkan kerja di mana aku bekerja sekarang hasil aku menghadiri job matching beberapa bulan sebelum itu. Bukan sebagai engineer but aku buat keputusan untuk try jugak. Kerja memang best, but ade sumthing yang aku tak dapat kat situ.

And now aku still looking for another job. But it is too difficult for me. I felt like I want to cry everytime I'm applying for job with no one bother to reply my application. I felt like I'm too bad. I have no other option to find a better job. I have no one that have power to help me out from this situation. I have no family members that can help me. It is true that i have to help myself. Prove it to other that I can struggle myself to find better job. But it is very2 difficult to me.

Yes, I have to look back to myself:

- It is my pointer is too low?
- It is because I'm a girl and others can give an accuse for not taking me?
- It is I am not suitable to be an engineer?

I am not so excited to be an engineer, but at least I just want to prove that I can do it.

And some one said, woman must be a teacher. It is?? I have no idea. It sound okay. But deep down in my heart is still not so okay to say woman must be a teacher. There are many woman out there with many title and I also want to be one of them.

Yerp, aku tidak pernah menghadapi sebarang masalah semasa belajar. Semuanya smooth. Dari umur 5 tahun hingga la ke sekolah rendah, menengah, matrikulasi dan universiti. Baru kini aku di uji.

"Ya ALLAH, please give me strength"

p/s: This Saturday I am going to sit for PTD test. Pray for me. i really hope that I will pass this stage.

Friday, April 2, 2010

Saje rasa nak jiwang sket

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai kamu. Dia juga tidak mengharap cintanya di balas. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati
dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa
berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang
kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat
pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS
itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda,
tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis
yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan
selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang
dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan
saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa
berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang
kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa
banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya
kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran
kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema,
atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli
tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila
ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS
'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang
itu sangat istimewa.


Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang
bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah
menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan
ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh
membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar
takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL
seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu
di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan
melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu
mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf
dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan
mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di
dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak
pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana
permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi
sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia
juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu
menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya..

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan
dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari
orang lain.
Dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia
tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,
dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa
itu cinta.

Thursday, April 1, 2010

Actually ni da lama tapi nak upload jugak



Tengok gambar ni teringat seluar yang saya pakai tu. SAYANG seluar tu best sangat dipakai tapi da terkoyak. Bila masa lagi saya nak g kerteh dan beli seluar tu hanya dengan harga sepuloh hengget. Dan kalau saya pergi pun propability seluar cam tu ade dijual kat pasar malam kampung baru adalah tipis kan? Herm..

Next vacation,,

Bukit Gambang Resort City @ A'Famosa Water World @ Desa Water Park =)