Saturday, April 7, 2012

Bila saya hampir putus asa =P

Semua pembaca blog saya mesti sedia maklumkan yang saya sekarang mula berjinak2 dengan berniaga secara online ni. Sebenarnya da lama mahu menglibatkan diri tapi asyik pending je sehingga lah saya terjumpa produk yang saya sangat jatuh cinta dengannya baru lah saya yakin untuk involve. 

Akan tetapi biasalah berniaga mesti ada pasang surutnya, di kala saya rasa down, malas nak promote2 tetiba dapat inbox kat FB atau mesej kat phone ada orang nak order barang. Wah, kembang semangkuk. 

Then, semangat2 balik sampai satu tahap pulak macam tak semangat. dan di kala2 tak semangat tu ada orang order pulak. Alhamdullillah Ya Allah atas rezeki kurniaanMu dan atas gerak hati yang kau berikan untuk aku teruskan usaha yang baru bermula ini. Aminnnn...

Ye lah kadang2 terfikir juga aku asyik2 promote ni ada orang tak suka pulak. tapi tangan ni kadang2 sangat gatal untuk promote jugak. Hari tu dapat PM dari peminat tupperware, "akak rajin2 lah post kat wall, kalau saya berkenan saya order" wa makin semangat jadinya. Kepada kawan2 yang home nye penuh ngan gambar tupperware saya maaf ye. 

Semoga saya tidak hangat2 taik ayam..=) chaiyok2 ANIS!!!

Dream of this =P

Hahaha! Tak abes2 kan berangan. Tapi nak berangan juga berdasarkan 2 sebab musabab di bawah:

1. Handphone saya da nearly expired.

Handphone yang saya guna ini adalah handphone ke-3 saya dalam sejarah penggunaan telefon. 

Telefon pertama adalah telefon yang saya kira bukan sahaja second hand malah macam dah banyak2 orang pakai. kondisi agak teruk, bateri sudah macam kong masa beli. harga jugak sangat murah. Macam tak sampai seratus kot. Tergesa2 beli sebab masa tu nak masuk matrik. Masa kat matrik guna tel nak call kat kampung je. Ummi topup sebulan rm30 pun tak abes. siap bagi kawan guna lagi. sangat nert rasa sebab tak tahu macam mana nak habis topup rm30 sebulan itu. kalau topup pun bukan sebab credit abes tapi sebab credit da nak expired. 


Gambar di atas adalah lebih kurang telefon pertama saya, cuma yang saya punya warnanya biru. Credit picture to google =) Pakai phone ni tak lama disebabkan kondisi ia yang sangat teruk.

Maka dengan duit berbaki biasiswa masa form 5 saya beli telefon ini. Lebih kurang sama tapi saya punya keypad warna warni. Lama jugak saya pakai telefon ini. Dari matrik 2004 hingga 2008. 


picture credit to google

Lepas tu saya bagi adik sebab nak pakai telefon sekarang ni. you all pun da pernah tengok dan sedia maklumkan saya guna phone apa sekarang. Dari Feb 2008 hingga ??? 

picture credit to google

Sebab utama saya tukar phone adalah nak sama ngan bakal suami yang mana my husband sekarang. Dia beli dulu, then baru saya beli sebab saya tak tahu nak beli yang macam mana. saya sebenarnya tak reti sangat pasal gadget2 ni. Tapi yang my husband punye da hilang kena cuti tahun lepas. Saya punya ada lagi tapi mungkin ia da nak expired. hari tu bateri kong tukar bateri still sama jugak. sekarang ada masalah baru. keypad not well function. kalau kita nak tekan b dia keluar ab. aduyai!! cemana2. saya bajet nak beli phone idaman tahun depan. jangan rosak lagi wahai tel cayang =) 

2. Phone idaman kan boleh 2 function dalam satu masa maka senang lah saya nak take picture yang berkualiti sket memandang my one da tak bape cantik sangat bila amik gambar dulu2 oke2 je. Da sangat tua kot tel saya ni. Nak guna camera, camera da rosak..

waaaaaa...i really need the new one. bila boleh dapat tu saya tak pasti. tulis je dulu. sebab dari apa yang pernah saya belajar kalau nak apa2. tulis tulis tulis tengok setiap hari dan berusaha untuk dapatkannya insyaAllah kita akan dapat barang yang kita hajati tu. Dan da banyak kali saya practise kan benda ni. Walaupun tak dapat exactly macam yang saya nak at least tak lari jauh....insyaAllah

Friday, April 6, 2012

Bersiaran from somewhere else

Destinasi masih panjang lagi. Perlu bulatkan tekad hadapi segala yang terbentang di depan mata buat masa ini demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Huhuhu! 

Hari tu one of friend tulis kat status dia "jangan berhenti mengejar cita". Yerp saya tak pernah berhenti mengejar cita-cita sebab kan manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Dapat benda yang dihajatkan mahu benda lain pulak. Which is good sebenarnya. But at the same time mestilah benda atau apa yang kita impikan atau hajatkan itu mampu kita dapat. Be realistic! =)

Jika ada orang bertanya "Imagine yourself ten years from now?" truly, madly, deeply I totally cannot tell them what I will be exactly. The only things I can tell is maybe I have this, this and this...It is uncertain.

So, to make all of my dreams come true I must work harder and harder but It pain me sometimes. That why I must be strong enough,. crying, struggling, working, tiring will become my best friend for the time being. At least kurus lah skit kan. Hahahaha!

But, as for a start. Nothing burden me much. Everything went well and hopefully the pain will be over shortly. 

Sub-entri : Orang tamak selalu rugi

Hahaha! Peribahasa ini sudah disogokkan sejak kecik lagi dengan cerita anjing dan bayang2 nya tapi macam tak mahu insaf dan amik kisah pasal cerita itu dan segala pengajaran yang terkandung di dalamnya.

Dan kalau ade pengajaran dalam cerita yang bakal saya ceritakan ini amiklah iktibar jadikanlah pengajaran. yang buruk jadikan teladan =)

Tengok orang lain berkereta sendiri macam mahu berkereta sendiri. Tapi saya mahu kete besar, mahu yang macam tu mahu yang macam ni, end up sehingga kini saya masih belum memiliki kereta sendiri = (

Bila tengok rumah, mahu rumah yang selesa, mahu yang atas tanah, mahu yang ada itu ada ini. Buat masa ini memang totally tak mampu nak memiliki. Usahkan yang besar yang kecil pun masih belum mampu lagi = (

And a lot more things I wish that is still not come true yet.

Because life is uncertain saya pun tak tahu saya akan memilikinya atau tidak tapi saya akan tak pernah berhenti berusaha ke arah itu.

Sub-entri kedua: Belajar bersyukur dengan apa yang ada


Kehidupan ada pro and cons. Allah tak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung. Dalam saya merasa tak mampu untuk memiliki apa yang saya hajati Dia tidak lupa untuk memberi nikmat untuk merasai kepada saya. 

Walaupun saya tiada kereta, saya masih boleh naik kete suami. Walaupun kete kecik kami masih mampu ke sana ke mari mengukur jalan di kala hari cuti =) Still boleh balik kampung. Tak perlu bersusah payah naik public transport dengan si kecik cenonet itu. Sebab ia kereta kecik, ia jimat minyak. Sebab ia kete tempatan ia low maintenance. Dan banyak jugak kebaikan ia. Ia tak pernah rosak melainkan saya yang rosakkan ia. Kalau nak tahu search gajah putih =P. Alhamdullilah!

Walaupun masih tidak memiliki rumah sendiri saya masih mampu duduk kat umah yang agak selesa dengan hanya rm200 ke rm300 je sebulan yang kalau ikut market price KL ni mungkin sewanya mencecah 1K per month. Alhamdullillah!

I have one cute little daughter yang sangat nakal dan manja. Having her around made my day meaningful. Ketawa, senyum, buat-buat tidur buatkan saya kalau lama2 tak jumpa dia buatkan saya rindu =) Alhamdullilah!

Having such a supportive husband that don't care how I choose the path of my life. who always encourage me to fulfill my desire make me feel so appreciated! Alhamdullilah!

And many2 more. Which if I jot down all here this entry will not come to an end. 

And thank you Allah kerana masih panjang kan lagi umurku hingga ke saat ini. 

Alhamdullilah di atas segala yang engkau telah kurnia kan kepada ku....


Tuesday, April 3, 2012

Sharing is Caring~

Husband tak balik malam ni sebab tu lah saya tak tido lagi. My cute little baby da tido. Kemain susah nak tido. Asyik papa papa papa aje. Mama sangat jarang nak sebut. Herm, malam ni nak citer pasal apa? Husband no no no. Not in the mood mahu story mory pasal dia. 

K lah kita citer pasal kenangan masa kecik2 dulu. Boring? Layan kan ajerrrrr~~~~

Saya bersekolah seawal usia 5 tahun. Sebab musabab nya saya yang nak sangat ke sekolah. Saya masa kecik adalah budak yang suka tiru apa orang besar buat. Even saya boleh baca paper masa tadika lagi. Satu pencapaian yang membanggakan bagi budak kecik. 

Nak dijadikan cerita saya tertengok makcik saya baca paper. Nampak macam sangat interesting. Tapi bila saya amik dan tengok takde pape yang menarik melainkan tulisan2 yang saya tak tahu apa maksudnya. Maka bermulalah episod sedih. Sampai saya sanggup bawa balik paper tu ke rumah sambil nangis2 sebab tak dapat baca macam makcik saya baca. Mak saya pun naik heran, nape lah budak ni beria sangat nak baca paper sedangkan masuk sekolah pun belum. 

Esoknya saya bawa pulak paper tu pergi rumah makcik dengan harapan dia nak ajar saya. Ye jangan terkejut sebab dia ajar saya. Tapi bukan ajar mengeja sebenarnya tapi ajar kenal huruf. Ye lah kan. Macam mana nak baca kalau huruf pun tak kenal. Makanya dia cakap lah kalau huruf macam ni apa. Macam ni apa. maksudnya saya tak belajar a b c d e f dan seterusnya tapi belajar huruf ikut perkataan kat paper tu. 

Okay, lepas da kenal huruf dia ajar pulak b a tu ba, c a tu ca, b u tu bu, k u tu ku. Akhirnya saya boleh baca paper tersebut secara mengeja tanpa paham pun maksud apa yang saya baca. Lenguh tau mengeja saja. Bukan membaca. 

Balik umah terus mengamuk kat ayah nak masuk sekolah pulak. Dengan harapan saya boleh baca paper tu sebagaimana makcik saya baca. 

Walaupun masa tu da start sebenarnya sesi pembelajaran untuk tahun itu tetapi ayah terpaksa jugak daftar saya ke sekolah sebab saya nangis2 nak g sekolah. Sungguh rajin kau budak =P Masa tu kan saya baru 5 tahun, ayah saya rancang nak hantar sekolah masa 6 tahun. Tapi disebabkan tak menyempat. Makanya student life saya bermula seawal 5 tahun lagi. 

Ok till then.,.,babai =)