Sunday, November 20, 2016

Conference @ Langkawi

Hi blog! Rindu!..

Just nak share gambar g Langkawi hari tu sempena pembentangan paper kat conference. Dan pertama kali naik flight. Nasib baik sejam je. Akak takut u olls naik flight. Almaklumlah budak kampung yang tak pernah naik flight. 

Singgah hotel jap. Belum boleh check in lagi..
Terus ke Mangrove Tour. 

Pengalaman pertama juga ni. The most adventurous trip sebenarnya ni. Kalau tak pergi mana2 shopping je kan? 

Eagle Square. All of us. !

First Experience naik SkyCab ujan ribut bagai. Nak luruh jantung rasa. 

Found my name on top of gunung machinchang. Miss my husband so much masa ni. Need to plan next trip with my family after this.

Selesai present paper. Alhamdulillah

Jenjelan Pantai Chenang before balik KL

Melawat rumah Mahsuri dan menyelami sejarah Mahsuri. 

Short jungle tracking to telaga tujuh waterfall. Sangat jernih airnya. Mahu repeat jugak nanti.





Saturday, August 20, 2016

Feel like I want to cry..

..

Ya Allah sedih sangat ni. Kena menulis jugak. Untuk release stress. Semua orang ada masalah masing2. Masalah saya ni pun bukan nya besar mana. Cuma hati yang perlu di jaga. Yang takde orang nak jaga pun. Sebenarnya saya takleh mengharapkan orang untuk jaga hati saya. Sebab saya tak jaga sangat pun hati orang. Tapi entahlah lately sangat sensitif. 

Orang cakap apa terus melekat kat hati. 

Tuesday, August 16, 2016

Hati tisu

Kita orang perempuan ni mudah sangat kan terasa ngan suami. Orang lain saya tak tahu la cam mana. Tapi saya sikit2 terasa sikit2 terasa. Tengok dia cool je. Macam takde perasaan. Macam tak faham apa2 kan. Memang geramlah masa tu.

Tapi sebenarnya dia tak pun. Dia baik je. Dia oke je ngan kita. Sebab dia rasa benda2 tu sume biasa. Kita je yang terlebih terasa.

Thank u for everything sayang !

Sunday, August 14, 2016

Kita akan bersabar untuk benda yang kita minat

Suatu ketika dahulu saya pernah berimpian untuk menjadi chemical engineer. Walaupun pada mulanya saya tak dapat kerja tu. Saya kerja kat tempat lain. Dan saya tahu kalau saya sabar dan tunggu saya akan dapat post tu. 

Tapi saya decide untuk tukar bidang. Tak tukar sangat la cuma saya decide untuk sambung belajar. Bila dah sambung belajar ni dia jadi more to education not engineer anymore. Tapi tak tahu la kan kalau one day. After going through all this hard work rezeki saya tertulis sebagai engineer saya tak tolak. 

Decide untuk sambung belajar bukan benda main2.. Buat master je 3 tahun. Dan saya decide pulak untuk sambung phD dalam kertas tulis 3 tahun. In reality tak tahu la kan berapa tahun lagi. Tapi saya macam oke je walaupun jika kira dah amik masa 6 tahun untuk habis. Dan saya rasa ini passion saya. Saya oke je buat lab. Saya oke je kalau kena tulis2. Walau kadang2 ada gak stress biasa la tu. Kerja lagi stress kot. Masa keje dulu tiap2 hari nanges. Syukur saya pernah keje dulu. Kalau saya sambung belajar terus mesti saya tak sabar2 nak kerja. Sekarang saya relax je. Walaupun sedih bila orang cakap saya jobless. Bangga apa pegang status student sampai ke tua. Jarang orang nak belajar tua2 ni kan. 

Saya sangat kagum dengan kawan2 yang seangkatan ngan saya. Yang struggle belajar dengan anak isteri suami lagi. Dengan kewangan yang tak menentu. Dengan segala macam rintangan yang perlu di hadapi. Percayalah jarang yang sambung belajar ni mengejar gaji besar dan pendapatan yang lumayan bila kerja nanti. Kebanyakkannya lebih kepada KEPUASAN diri sendiri. Kalau nak pendapatan tinggi jadi kaya raya buat je lah bisnes kan. Ramai kan cakap buat bisnes takyah sekolah pun boleh jadi kaya raya. Ni saya tak kata, ada orang kata. Kepada kawan2 seangkatan, semoga kita berjaya mencapai impian dan cita2 kita. Aminnn...