Sunday, April 24, 2016

Korang pakai cincin jari mana?



Biasa orang pakai jari manis kan? Tapi ntahlah tak selesa plak kalau pakai kat jari manis. Saya lebih suka pakai kat jari tengah macam ni. Tu cincin masa kawen dulu. Tapi satu permatanya dah jatuh mungkin masa basuh pinggan. Masa basuh pinggan tu lupa nak tanggalkan cincin ni tengok2 dah hilang sebijik. Tak tahu bila lah pulak mau gantinya. 

Lagi pun saya jarang pakai cincin ni sebab longgar. Actually masa beli dulu ada satu ni je kat kedai. Dan besar. Tapi nak jugak. Dah g kecil kan kat kedai. Still besar. Tapi tak nak lah kecilkan lagi takut terus takleh pakai. 

Friday, April 22, 2016

Belajar English & British Council

Da lama sebenarnya saya berimpian nak belajar English kat British Council. Hari tu saya godek2 lah lama web British Council. Takde fees dinyatakan. Kena request dulu. Bila dapat Quotation harga dalam 3k - 5k. Huhu! Memang tak mampu lah buat masa ni nak belajar English kat sana. 

Tadi saya tengok MHI. Sorang Mat Salleh ni suka travel kat Malaysia. Sekarang dah pandai cakap melayu. Kata beliau sebab nak mendalami bahasa melayu dia tulis blog dalam bahasa melayu. Saya dah ke blog nya. Wah! Kagum. Bahasa melayunya boleh tahan. Nak baca? KLIK SINI =)

Adakah perlu saya menulis blog dalam English untuk mendalami English? Bukan blog ni. Maksud saya blog "baru".

Thursday, April 21, 2016

Postgraduate room

Alhamdulillah. Hari ni bersiaran dari Postgraduate Room, Engineering Faculty, UPM.

Sebenarnya da sebulan lebih request untuk bilik ni. Ye lah. Kalau ada bilik senang nak simpan barang semua. Nota2. Kalau tak asyik bawak beg yang berat ke hulu ke hilir. Nomad di Library.

Tapi. Kat Engineering Faculty UPM ni postgraduate room dia bagi kat student PhD sahaja.

Cara nak apply:

1. Ambil borang kat Postgraduate office level 2 engineering building. Ambil ngan Encik Abdul Rahman.
2. Isi dan hantar.
3. Lepas tu tunggu email.
4. Lepas dapat email jumpa En Abdul Rahman untuk activate kat matrik. Then dia bagi no bilik ngan no meja.
5. Da boleh duduk kat bilik masing2. Bilik kat Level 3 engineering building laluan nak g bilik lecturer.

Oke itu je. Moga bermanfaat.

Wednesday, April 20, 2016

Apa beza master dan phD

Alhamdulillah semalam dah jumpa SV dengan jayanya.

"Banyaknya Dr kena baca"
"Biasalah nama pun PhD kan"

Kena sebijik.

Banyak jugak input yang dapat semalam. Dari blur2, clear lah sikit.

Jadi apa beza master ngan PhD.

MASTER

1. Synthesis
2. Characterization.

PhD

1. Raw material
2. Characterization of raw material
3. Extraction
4. Analysis of extraction product
5. Purification
6. Characterization of purification product

Ok. Itu lah perbezaan nya.

Kepada kawan2 postgraduate. Good luck to all of u. Doakan saya juga.