Thursday, February 5, 2009

JiMAt CerMaT

Waaaa......baru sekarang ku tahui penting nya jimat cermat tu. Even singgit pun begitu bermakna sekali. Biasanya aku senang2 je lupakan singgit aku, tapi sekarang waaarrgghhh!! realiti kehidupan tak seperti selalunya yang kita harapkan.

Dulu, masa sekolah aku hanya dapat biasiswa rm25 sebulan dari form 1 sampai form 3. Cukup je time tu. Pastu form 4, dinaikan jadi rm50. Tu pun dah rasa banyak giler duit. Siap g tuisyen ngan duit sendiri. Siap bayar yuran sekolah ngan duit sendiri. Mungkin time tu makan kat dining hall kot. Walaupun tak sedap aku berusaha jugak makan. Bleh pulak time tu. Belanja pun tak de lah boros sangat. AKu ingat lagi baju yang paling mahal aku beli harga dia rm26.00, tu pun sayang gler nak keluarkan duit. Tapi sebab nak sangat aku beli jugak.

Masuk matrik, aku juga dapat rm50 sebulan. Pun cukup jugak. Mungkin sebabnya kat KOlej MaRA kitorang di jamu 6 kali sehari. Duit aku tu buat beli roti je. Bukan kata cukup, malah berlebih2 plak. Ermmm,,,,

Masuk UTP, di tahun pertama aku memang terkejut tetiba dapat rm1500 untuk masa 3 bln. Gembira, sapa tak gembira dapat duit banyak. Sampai satu saat tu aku rasa tak tahu nak buat apa ngan duit aku. Sempat belajar kete bayar cash lagi. Walaupun sebenarnya leh je bayar ansur. Tapi bila makin lama kat UTP ni aku dapat rasakan rm500 tu aku guna hanya dalam masa tak sampai sebulan...waa,,, teruk giler. Jauh giler aku berubah.

Daripada rm50 sehingga ke rm500. Jauhkan beza. Aku mula terfikir cemana lah orang2 yang bergaji sket tu bleh sara family lagi. Masih ingat lagi dulu, kawan aku ada cakap, ayah dia keje driver bas sekolah. Gaji rm700 je sebulan tapi bleh sara anak 7 orang. Walaupun tak kaya mampu bagi kehidupan yang selesa walaupun sederhana. Kalau aku aku tak tahu lah cemana nanti. Aku rindukan aku yang dulu. Seorang yang jimat cermat dan tak boros. Seorang yang selalu berfikir banyak kali kalau nak beli barang yang bukan keperluan.

2 comments:

lolita said...

uhuhuhu same la kite....

mari berjimat cermat~~

eira eixora said...

=)