Sunday, February 15, 2009

Saya tidak kisah tidak menjadi seorang yang terlalu kaya, tapi cukuplah sekadar bersederhana


Salam korang semua. Sebenarnya hari ini saya dah buat keputusan tak nak mencampur adukkan blog saya dengan dua bahasa. English dan Melayu. Saya akan buka satu lagi blog untuk saya tulis apa-apa saja dalam English. Sebenarnya nak buat malam ni tapi internet teramat lah lambat. Nanti ade masa saya mesti buat.

Berbalik kepada tajuk yang saya tulis tu. Sebenarnya keputusan saya untuk menjadi engineer bukanlah untuk menjadi kaya, duit melimpah-limpah sampai boleh beli apa saja yang dimahukan. Yang saya hendak cuma untuk mengubah sedikit cara hidup saya dan keluarga ke arah yang lebih sempurna. Bukan saya kata keluarga terlalu miskin. Tapi untuk beli yang bukan-bukan itu agak susah. Sebab duit hanya untuk benda yang betul-betul perlu.

Sejak berada di sini mungkin saya telah sedikit berubah. Sehinggakan banyak jugak la barang yang kurang perlu saya beli.

Kalau kat rumah saya terlalu berhati-hati untuk beli barang. Beli yang benar-benar perlu. Kadang-kadang terdetik di hati, betapa kaya ayah kawan-kawan sehingga boleh belikan macam-macam untuk mereka. Atau mungkin mereka beli guna duit sendiri itu saya tidak tahu. Saya bukan ingin sume yang mereka ada, jauh sekali untuk merasa iri. Yang saya mahu cuma saya masih mampu untuk beli benda-benda yang saya sangat-sangat perlukan walaupun di saat-saat genting begini.

Ya, saya perlu merubah semuanya. Yang saya impikan bukan kekayaan, tapi keselesaan dan kesederhanaan.

Dan mungkin sebab itulah kot saya tak pilih engineer (Harap korang paham). Sebabnya pada fikiran saya, gaji seribu ngan sepuluh ribu sekalipun akan memnjadi sama kalau kadar pengunaannya sama. Contoh, kalau dengan gaji seribu pun dia masih boleh hadiahkan saya handbag. Mungkin harga dia tak sampai seratus atau mungkin lebih sikit. Kalau dia bergaji 10ribu. Mungkin harganya dah jadi seribu atau lebih. Dua2 pun saya akan dapat handbag cuma nilai ringgitnya saja berbeza. Saya tak kisah sume tu. Yang saya kisah, dia masih mampu tolong saya disaat saya terdesak. Dia masih ada lagi duit gaji bulan sudah walaupun gaji bulan ni dah nak masuk. Dia masih mampu makan kat kedai walaupun kawan2 lain dah kekeringan duit. Saya akui dia hanya pernah bagi saya sekali je hadiah. Jam. Saya tahu jam tu murah je tapi saya tak kisah sebab harga disebalik pemberian itu terlalu besar bagi saya. Saya tahu bila keluar ngan dia, dia tak pernah belikan apa-apa kecuali bayar harga air, makan dan minyak kete. Katanya dia takde duit. Tapi akhirnya saya tahu juga bukan dia takde duit tapi dia simpan untuk benda-benda yang lebih penting.

Saya bukan tulis sume ni sebab saya suka dia yang amat. Tapi saya mulai suka apa yang dia buat. Saya mulai suka cara dia. Saya nak ikut cara dia. Bukan kedekut tapi bersederhana.

2 comments:

nurul said...

erm.. terinsaf seketika bace blog anis..hehe. btol2, duet bkn segalanyer..per gune ader due yg menimbun, tp ati slalu x tenteram..and of course, kebhagiaan tu x bley dibeli dgn wang ringgit~time kasih sbb tulis sumthing yg dpt dijadikn tazkirah jgk la~~sm2 kt renungkn dan hayati..

eira eixora said...

tq..saya tulis sume ni lahir dari hati. Entah kenapa rasa nak tulis panjang2 cam ni.