Seharusnya aku bersukur dengan apa yang telah aku kecapi selama hampir 23 tahun hidup di bumi Allah s.w.t ini. Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi sehinggakan tak terkira dek jari kaki, tangan malah tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa pun. Sejak kecil sehingga lah aku menghampiri alam dewasa ini. Dan semestinya lah nikmat yang paling besar Allah anugerahkan buatku ialah nikmat Iman & Islam. Aku bersyukur sangat-sangat.
Seharusnya aku bersyukur kerana aku telah merasai alam persekolahan seawal umur 5 tahun. Aku sudah pandai membaca dan menulis seawal usia itu. Yang mungkin kanak-kanak lain pada masa tu masih tak mampu buat macam aku. Aku sebenarnya cukup bertuah.
Seharusnya aku bersyukur kerana aku telah ditempatkan belajar di sekolah berasrama penuh sejak tingkatan 1 sehingga 5. Yang mana mungkin kawan-kawanku tidak berpeluang merasai pengalaman tersebut.
Seharusnya aku bersyukur telah menghabiskan pengajianku di matrikulasi dengan cemerlang. Walaupun masa tu ada yang cakap belajar kat matrik susah tapi aku mampu buat.
Seharusnya aku bersyukur telah berjaya melanjutkan pelajaran aku di sebuah uni yang gah. Yang semua orang mungkin bercita-cita untuk menjadi warganya. Aku bersyukur. Tanpa aku sedari aku sebenarnya cukup-cukup bertuah.
Seharusnya aku bersedia menerima, walau apa-apa pun pekerjaan yang bakal aku jawat nanti. Kerana bak kata Ustaz muda wali dulu, setiap ajal maut, jodoh pertemuan dan langkah kita manusia, telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya yng tersendiri. Yang mungkin aku akan sedari 23 tahun lagi.
No comments:
Post a Comment