Friday, April 17, 2009

meninjau KERJAYA dan merancang MASA DEPAN

Sempena minggu kerjaya kat my uni, saya turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi majlis. Dengan ekonomi negara yang tak berapa stabil, risau jugak takut-takut susah nak dapat keje. Saya pula memang memasang angan-angan yang tinggi untuk tidak menganggur lama bila keluar nanti. Tak keje lagi sudah banyak pending list. Cemana nih.

Banyak jugak booth dibukak. Banyak dapat info pasal KERJAYA ni. As a conclusion, the best choice is to pursue my study for the higher level. But after thinking twice, i feel like not ready to continue my study just after the graduation. I must at least take a break after taking long journey as a student.

doing MASTER in UTP

But for those who are really interested to continue your study. You are encourage to do so. Submit your form (online registration) as soon as possible. You can also apply to be GA too. If you are selected as a GA you will be payed by Uni MYR1000++ per month. Instead of study you also don't need to think about money. Hurry!! this place is limited. Otherwise you have to find your sponsor by yourself.
why i speak english tetiba
sebab kakak yang bagi explanation hari tu give explanation in english
so this is what i get from her =)


Bumi Armada

I had found the information about this company in GRADUAN 2009 book. This company is Malaysia's largest owner and operator of offshore vessel. For more information you can visit BUMI ARMADA BERHAD. Although the place is limited but the company is still looking for new employees. I already submitted my resume.

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Merujuk kepada abang yang bagi informasi. Semua badan yang berada di bawah kementerian perlulah mendaftar melalui SPA untuk sebarang permohonan pekerjaan. Saya juga turut mencari kerja di sektor kerajaan. Untuk jangka masa panjang, kerja kerajaan memang mempunyai masa depan yang cerah.
Bagi yang ingin memohon jawatan di jabatan yang separa kerajaan seperti MARDI dan SIRIM anda boleh berhubung terus dengan jabatan tersebut.

JobsDB.com

Kat sini anda juga boleh mendaftar untuk mengetahui peluang kerjaya. Sama jugak macam jobstreet. Sapa tak mendaftar untuk jobstreet lagi, cepat!!. Bila anda sign in dan klik kat My Application anda boleh mengetahui status permohonan anda. Menarik bukan =P

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Opss.. ini part paling menarik. Pernahkah kita terfikir, dan sebenarnya saya tak pernah terfikir pun apa function ATM dalam pesta kerjaya kat kita punye uni. Namun, secara tak sengaja saya telah tahu apa function dia. Instead of asking about our career we can also asking on behalf of our brother, sister, friends and etc.

saya: Salam, nak tanya?

ATM: Ye.

saya: Kalau orang tu dah ade dalam askar, leh tak dia sambung belajar kat UPNM a.k.a ATMA

ATM: Tak boleh.

saya: Kalau macam tu, ada cara lain tak nak sambung belajar?

ATM: Ada, dia boleh mohon apa saja jawatan under kementerian pengajian tinggi
(means uni awam)

ATM: Erm, boleh tanya. Awak sekarang umur berapa? Kenapa nak masuk ATM?

saya: Ooo,,saya tanya on behalf of my friend.

ATM: Result SPM dia ok tak?

saya: Saya tak sure.

ATM: Kalau result dia tak berapa elok dia kena amik SPM balik within one year. Pembiayaan penuh oleh kerajaan.

saya: Okay, senang tak nak apply untuk sambung belajar ni?

ATM: Senang kalau tingkah laku dia baik dan pegawai dia luluskan?

saya (secara tak sengaja): Dia baik...

ATM: Awak tanya on behalf of sapa ni. bf eee..
(Kantoi di situ)

saya: ooo, lepas tu bila dah abes belajar dia akan jadi orang awan ke?

ATM: Tak, dia akan berkhidmat dalam tentera juga tetapi mengikut bidang kursus yang dia ambil. Kalau dia amik pengurusan dia akan jadi tentera bidang menguruskan orang. Kalau dia amik jurutera jadi tentera dalam bidang jurutera. And so on...

saya: Thank you!!

Saya pulang dengan semangat yang baru. Maaf, saya tidak memaksa dia untuk sambung belajar. Tetapi hasrat ini lahir dari dia sendiri. Dan bagai pucuk di cita ulam mendatang saya sememangnya menerima keterbukaan dia untuk sambung belajar.
InsyaAllah saya akan bantu dia merealisasikan impian ini. Cuma sekarang kami perlu menunggu masa yang sesuatu. Thanks dear~~






No comments: