Monday, October 31, 2011

Impian baru

Dear all,

Saya ada impian baru. Mulai sekarang saya nak kumpul duit banyak2. Umor 40 da nak bersara. Dan jadi surirumah jep...

Waa, nervousnya esok keje kat tempat baru..nak tahu macam mana keadaannya..tungguuu!!!!!!!!

day 4 - benda yang selalu anda buat sebelum tido

Kita consider benda yang dibuat sebelum tido adalah aktiviti waktu malam lah k. Memandangkan tengah hari adalah bekerja jadi waktu malam adalah menjurus kepada aktiviti bersama family.

Watching television together

Masa ni lah nak tengok tv sama2 pun kan.
Tengah hari memang tak sempatlah kecuali wiken.

Play around with my cute little daughter

Haha! kalau mama tak puji anak sendiri sapa lagi nak puji kan.

Mainan adalah sangat banyak.

tapiiii..............

bukan mainan dia jugak yang dia nak main.
tengoklah nak tangkap gambar pun susah.

cubaan pertama adalah blur...

cubaan kedua,
blur jugak dan separuh je kepala nampak

ketiga masih blur,,
dhiyaa amaniiiiiiii....

naseb baik ke-4 sudah oke..good girl =)

Reading magazine


Aktiviti ini dijalankan sekiranya ada mgazine baru je.
Kalau yang lama takde mood nak baca.

Blogging dan bermain internet

Ini sudah jadi macam aktiviti wajib.
Kalau tak sekejap lama. Tapi memang lama pon.


Sunday, October 30, 2011

day 3 - siapa anda 10 tahun akan datang

Tajuk entri ini macam nak suh berangan kan? k lah jom berangan kejap.
Kalau next 10 years means umo da 35 tahun. waa da tua kan masa tu.

Mungkin masa tu saya adalah a mother of four children..haha! serious berangan. Hopefully insyaAllah. Macam saya pernah bagitau kat para doc masa bersalin dulu. Min 3, max 5. Dan kalau da ada anak ramai, mungkin aakan ada second car. Kalau tak MPV, sedan.

Saya jugak selalu berimpian untuk belajar tinggi2. dan mungkin masa tu da ada pHD. Or paling kurang pun tengah struggle untuk pHD.

Kerjaya, masih samar lagi. If i not continue my study. Mungkin kerjaya adalah mantap. Tapi kalau saya futher study kerjaya biasa2 je macam sekarang ni.

Tu je kot. Tak leh tulis banyak2 sangat nanti ada orang termuntah plak..hik hik hik.

Saturday, October 29, 2011

day 2 - makna disebalik nama blog anda

the story is actually explained here. as first entri of this blog. so today, i will explain it again =) happy reading people.

eira, saya gunakan nama ini sebagai nama pena di sebuah laman karya khas untuk berpantun, bersajak, bercerpen & seangkatan dengannya. kapasitor namanya. tapi itu satu masa dahulu. da lama tak bukak. yang peliknya semasa di sana. walaupun nama eira digunakan, one of my friend during school can realize that nickname is belong to me. Hahaha, mungkin dia kenal kot cara saya menulis.

eixora pulak nama yang saya gunakan di laman chit chat masa kat uni dulu, huhu! nice knowing all of u people! bak kata sapa tak ingat, "sek kito jange pecoh" ahakzz.. =)

Friday, October 28, 2011

Dhiya Amani tido

Patut la babysitter dhiya mintak buai. rupanya dalam buai dhiya tido lama. kalau tengah hari kat umah biasanya dhiya tido kejap2 je. paling lama pun 20minit.

Memandangkan start rabu hari tu sampai isnin depan saya cuti, jadi saya pun try amik buai dhiya kat umah baby sitter saje nak tengok dhiya tido lama ke tak dalam buai. rupa2nya memang lama dia tido. bila bangun fresh je & tak nangis2 tak cukup tido.

kalau tak biasanya tido 15 minit bangun main2 tido pastu bangun main lagi pastu tido lagi, kita pun letih tengok.

tapi biasanya kalau wiken tak ambik pun buai dhiya sebab wiken kalau dhiya asyik tido je takleh pulak nak men ngan dia kan? nak beli buai lagi satu macam malas pulak, sebab banyak barang dhiya ada 2. kat umah babysitter 1 kat umah satu. sebab walker pun ada 2 jugak.

Thursday, October 27, 2011

day 1 - 15 fakta tentang diri anda

macam banyak je 15 fakta ni. tapi takpe i will try my best to describe it all..hehe =)

1. mama kepada dhiya amani & wife kepada mohd. zulhilmi

2. nampak feminin tapi kadang2 brutal jugak =)

3. punya impian dan cita2 yang tinggi, katanya mahu belajar sampai pHD, tapi master tak sambung2 pun lagi.

4. guna telefon sony ericsson K800i sejak bulan 2, 2008 sampai sekarang tak tukar2. tengok (kawan2) tukar phone teringin jugak, tapi tunggu rosak dululah. wahai telefon bila nak rosak? hehe just kidding.

5. sejak 2006 guna desktop, katanya skrin besar, keyboard besar, skrin jauh dari keyboard...lately ni baru guna laptop. rasa lebih kurang sama je. rugi tak beli dari dulu =P

6. pertama kali guna handphone masa matrik

7. line telefon pertama maxis prepaid. 30rggt sebulan tak pernah habis. siap offer sapa nak guna phone sebab kredit macam banyak je. lepas couple tukar celcom postpaid 1+5 sebab prepaid macam asyik tak cukup pulak.

8. pertama kali menyewa kat KL ni duk area tasik selatan. terus jatuh cinta ngan tempat ni. naseb baik sekarang dapat duk dalam kem dekat2 area sini jugak. takde sebab pape tapi kata orang fall in love at the first sight.

9. guna broadband celcom dari bulan 2, 2010. hajat nak tukar. tapi nanti dulu lah.

10. janji couple + tunang 2 tahun je before kawen tapi terbabas jadi 1 tahun 4 bulan. Not bad la kan.

11. ada lesen kete sejak 2006 tapi drive secara intensif (betul tak eja ni) bulan 5, 2011.

12. tak suka color merah. tapi kalau pilih baju or else. asyik terambik yang warna merah atau warna seakan2 nya =P

13. tak suka bercucuk tanam. sebab tak pernah berjaya tanam pape kerana akhirnya pokok yang ditanam tak akan hidup pun. tapi masa sekolah amik kemahiran hidup sains pertanian.

14. pernah eksiden motor 25 november 2006, rasa macam da nak mati time tu. takut tak sempat balas jasa mak ayah hantar sekolah terus amik skim perlindungan diri takaful ikhlas.

15. menggunakan masa lebih kurang 20 tahun di dalam bilik darjah & dewan kuliah demi menimba ilmu...

oke dahh...kalau mau kenal lagi. jemput datang umah...=)

the 30 days challenge

Tadi bukak blog ayu lalu nampak 30 days challenge ni. Best jugak kan buat benda ni. Tapi memandangkan saya tak akan update blog ni hari2 makanya tak semestinya saya akan completekan benda ni dalam masa sebulan, mungkin 2 bulan or more than that.

List ni pun da saya alter sket...tak mengikut urutan yang asal. Suka suki je kan. Ampun ye, founder of this challenge.

day 1 - 15 fakta tentang diri anda
day 2 - makna disebalik nama blog anda
day 3 - siapa anda 10 tahun akan datang
day 4 - benda yang selalu anda buat sebelum tido
day 5 - guru sekolah yang paling anda suka
day 6 - apa yang menarik dalam beg duit anda
day 7 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini
day 8 - jenis manusia yang menarik perhatian anda
day 9 - perasaan and hari ini
day 10 - hari ke 10, apa yang berlaku
day 11 - benda yang wajib bawak bila keluar rumah
day 12 - tiga perangai buruk anda
day 13 - tiga perangai baik anda
day 14 - pergaduhan paling teruk yang anda pernah alami
day 15 - apa yang ada dalam beg make up anda
day 16 - movie yang paling best pernah anda tonton
day 17 - lagu yang anda dengar hari ini
day 18 - benda yang anda buat bila sorang sorang
day 19 - hobi anda
day 20 - hari ke 20, apa yang terjadi
day 21 - status anda, relationship anda?
day 22 - gadjet yang anda ada
day 23 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda dengan duit itu?
day 24 - gambar bilik idaman anda
day 25 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri
day 26 - tarikh -tarikh penting dalam hidup anda
day 27 - dream wedding
day 28 - tempat yang paling anda gemari untuk makan
day 29 - makanan dan minuman kegemaran anda
day 30 - hari ke 30..apa yang berlaku?

1st Giveaway vanillacheze.com


Syarat2 penyertaan adalah:

1. Jadi follower elin, vanillacheze.com. Done!!

2. Entri bertajuk: 1st Giveaway vanillacheze.com. On the way!! =)

3. Then reply post beserta nama, url & bagaimana leh follow 0r jumpa blog elin

Itu saje..

Bagaimana terjumpa blog elin saya tulis kat sini, sebab panjang pulak nak tulis kat kotak komen. Rasanya pertama kali masuk blog elin sebab elin tinggalkan komen kat one of my entri. Tapi tak ingat dah yang mana. Then nak follow blog elin ada masalah sket masa tu. Internet lembab. So tak follow dan nak update blog list pun tak dpt. Nasib baik elin komen2 lagi kat a few of my new entries. Thank you dear.

Sebenarnya after i realize kitorang ni macam banyak persama pulak. Let me list down k. Just for fun =)

Umor: 25 thn
Tarikh tunang: Mine 23 Sept 2011 beza sehari je.
Tinggi: 153cm, berat of coz sy lagi2 berat dari elin.
Anak: Nama lebih kurang sama, Nuur Saarah Amani & Dhiya Amani cam janji2 pulak =)
Umur anak jugak lebih kurang beza 2 minggu je,..




Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

Da lama tahu pasal blog ben ashaari ni. Tapi tak pernah jenguk dan tahu apa yang ada kat dalamnya. Semalam start blogwalkingg blog ben macam menarik pulak. Hari ni pulak ada segmen bersama rakan blogger. Tertarik dan join. So, here it goes:

Ceritakan serba sedikit mengenai blog dan tujuan berblog

Saya berblog sejak 2007 lagi. Sebenarnya sebelum tu lagi saya sudah berblogwalking. Baca blog orang tapi sebagai silent reader je. Last2 terasa sangat gatal tangan nak komen. Buat blog untuk komen blog orang je masa tu. Tak nak lah kan komen sebagai anonymous pulak kan.

Daripada komen blog orang buat entri untuk blog sendiri pulak. Lepas satu satu. Tak sangka blog yang tak seberapa ini wujud sehingga ke hari ini.

Blog ni mostly ceritanya adalah pasal diri sendiri bersama keluarga & kawan2. Daripada zaman bujang hinggalah da berkawin. Daripada zaman belajar hingga lah ke zaman kerja. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut sila terjah..hehehe!!!

Idola dalam berblog

Sebenarnya macam setiap hari pun bertambah. Tapi yang paling saya suka baca dan bukak tiap2 hari walaupun takde post baru adalah blog Hanis Zalikha & Kak LG.

Oke dah..

Salam perkenalan untuk semua =)

Tuesday, October 25, 2011

25 October 2011

Hari ni dhiya genap 7 bulan. sepanjang 6 ke 7 tujuh bulan ni sangat banyak benda yang dhiya da pandai baut

1. merangkak - daripada takut2 sekarang da tawaf sekeliling rumah

2. gigi - da tumbuh 2 batang kat bahagian bawah

3. da betul2 pandai pegang botol susu sendiri

4. macam da mula faham sedikit erti kehidupan...hik hik hik

Monday, October 24, 2011

Tomorrow is my last day of working there

After almost two years finally tomorrow is my last day being there. Bukan tak suke keje sana. Gaji oke. Waktu pergi balik keje jugak oke. But i don't know what will happened in 5 years time ceewwaaahh or 10 years ahead if i still there. I can't see my future. There are to plain.

To all "budak2 lab" =) surely i will miss all of u but nope for that person. Herm, pray for Allah hopefully i will not meet any other person that look alike her.

Insyallah starting from 1st November onward I will be working somewhere else. Quite far from my house, but for the sake of gaining new experience and get expose to the new things i willing to sacrifice.

Moving to the new working environment is such facing new challenge. Of course, if we decide to move we hope the new one is more better compared to the old one. But we are not always lucky right. So, just wait and see. Hopefully everything will be oke =)



Wednesday, October 19, 2011

Saturday, October 15, 2011

BbQ @FRiM

Alahai, lambat gler lah nak upload photo2 kat sini. Post je lah gambar yang mana ade dulu, kalau ade sambungan entri ni ada. kalau takde takde lah. isk isk isk

Sebenarnya ini adalah perancangan ngan ofismate before decide nak resign lagi. At first, nak g PD, then nak g Bukit Cerakah, Shah Alam...then, nak g mana2 ntah. Last2 minute baru betul2 decide nak g berkelah kat FRiM.

Macam biasa janji nak kumpul kat sana by 10a.m, tapi rasanya dalam kul 11 baru sume sampai. Sampai2 terus buat apa yang patut. Main objektif of cos lah bakar ayam & udang kan. Sebabnya bihun goreng ngan nasi goreng dah buat siap2 kat umah.

Pas sesi bakar2, sesi makan2 pulak. Then sesi mandi manda pulak. Me, tak mandi main2 air je sebab ad dhiya susah plak nak mandi n tak bawak baju pun sebenarnya.

Dhiya tido kepenatan, macam dia plak yang bakar ayam

Dhiya mandi manda di air terjun ngan papa

we all, rendam2 kaki jerk

papa & mama, jom balik da nak hujan

dhiya drive k...bye2

Friday, October 14, 2011

Perihal lipas (sila jgn makan sambil baca entry ini!! geli)

Yerp, geli memang geli tapi sangat geram dekat makhluk2 bernama lipas ni. Episod bermula masa awal2 pindah umah ni lagi. Masa tu dalam lebih kurang 5 bulan pregnant kat dhiya amani. Masa tu da perasan ade seekor 2 lipas dalam umah ni tapi biarkan je lah, sebabnya tengah pregnant orang cakap jangan bunuh binatang. Tak tahu lah betul ke tak. Tapi ikut kan je lah. Lipas lalu depan mata pun buat bodoh je. Husband pun sama. Dua2 pun tak berani. Then, jarak masa 5 bulan ke bersalin tu kan adalah agak lama. Plus 2 bulan pantang kat kampung. Husband jugak cuti sebulan masa saya berpantang tu. Makanya datang2 KL umah kitorang da jadi macam umah lipas. Olololo!!! senang2 je engkorang buat macam rumah sendiri yerk. Masa ni da tak ingat apa dah. Setiap lipas yang nampak je i bunuh. Macam pembunuh bersiri pulak. Setiap hari hampir sepuluh anak beranak lipas i bunuh. Tapi dalam hati terfikir jugak. Kalau sehari sepuluh ekor, sepuluh hari da 100 ekor. Tapi keturunan lipas kat dalam umah ni tak pupus2 jugak. Makanya lepas google2 pasal lipas, lahirlah entri ni. Husband cakap pasal lipas pun nak masuk blog. Tak kisah asalkan puas hati. Ahakszz!!

gambar ehsan google

Daripada gambarajah di atas..waaa cam jawab soklan exam pulak. ahakzz..telur lipas hanya amik masa tak sampai 2 bulan nak menetas. Kat bawah ni adalah gambar telurnya. Satu telur warna itam tu leh hasilkan dalm 40 ekor anak lipas, dan mak lipas leh bertelur sebanyak 30x. Bayangkan seekor lipas dewasa leh hasilkan bape banyak keturunan lipas. Huh!!!

Gambar ehsan google

Yang putih2 tu adalah anak lipas yang tak matang lagi. Dan lipas dewasa pulak boleh mempunyai jangka hayat 2 tahun. Fuh lamanya...

Jadi! berbaloi2 tak motto sehari bunuh 10 ekor lipas?

Psstt: saya adalah tak bape reti nak guna penyembur lipas tu sebab penyembur tu kan beracun. nak sembur pulak kat dapur. takut melekat kat pinggan lah. takut melekat kat makanan lah. last2 sekali beli je. guna tak sangat. kalau kat area selain dapur je lah gunanya pun.


Thursday, October 13, 2011

And again...

update adalah pasal dhiya amani. sekarang da 6 bulan 2 minggu plus2.

perkembangan?

* dhiya da bleh bergerak ke depan. dulu undur je sekarang da improve sket =)

* suka mengutip barang then masukkan dalam mulut, benang yang halus pun nampak..isk2!!

* betul2 da boleh pegang botol susu sendiri. dan disebabkan itu sekali minum dekat 8 oz, sebab macam asyik nak suh botol tu duk kat mulut dia je. harap2 naik berat masa cek bulan 12 nanti.

* tido asyik nak bertempek je. malam2 mesti dhiya cari saya dan melekat kat badan ni baru lah tertido...


Tuesday, October 11, 2011

Persiaran dari laptop baru...

Sapa nak PC, saya nak let go...hehe, acah je!! ingat tak saya ade tulis pasal entri laptop kat sini. dan tanpa disangka malam ni saya dapat bersiaran menggunakan laptop. macam betul jugak apa yang kita impikan kena tulis dan fokus untuk dapatkannya. walaupun ini bukannya hasil usaha saya tapi saya berusaha jugak untuk tulis kan. then, tanpa disangka2 jadi realiti. tq2 =) tapi jangan la tulis sume sekali gus kan. macam imposible plak nak capai sume sekali dalam masa yang sama.

Dolu2 saya memang tak suka laptop dan tak pernah memilikinya, sebab laptop kan kecik tak best! pastu keypad dekat sangat ngan screen tak best jugak! tapi everything berubahkan. itu sume da tak jadi masalah asalkan boleh hangkut sana sini senang nak tengok anak & senang nak online depan tv. nampak sangatkan suka bebenor online nya. hahaha!!

Saturday, October 8, 2011

Dhiya Amani

Herm,,dhiya sekarang tengah tido. baru bleh buat karangan sket...(husband keje, esok baru balik) hari tu kan masa saya suh korang like2 kat fb tu, terjumpa la sorang baby tu nama dia exactly sama macam dhiya juga 'dhiya amani' huhuhu! tak sangka..entah2!! kalau google ramai lagi yang guna nama ni kan. masa before bagi nama kat dhiya hari tu lupa plak nak google2 dulu.

yang more interesting nya nama mama dhiya pun lebih kurang nama saya. 'adyani'. mine nurdhiani..hehehe what the coincident. atau mungkin both nama dhiya amani ni aspired from nama mama dia tak...hehehe!!

tapi lately susah nk cari nama yang takde orang lain guna lagi. even combination 2 nama sekalipun.

kalau anak seterusnya girl jugak macam mahu letak 'dahlia arissa' Opss!!! hehe..tup2 tengok dalam magazine nama anak aaron aziz adalah dahlia arrisa. me, tak tiru dia k. haha!!! tapi tak tahu bila lah lagi untuk dapat anak keduanya.

p/s: Gigi dhiya belah bawah da tumbuh dua2..alahai cepatnya tumbuh gigi cayang mama ni.

Monday, October 3, 2011

Finallyy...

I sent my resignation letter today. And a month later definitely i won't be there anymore. maybe somewhere else.

Doakan yang baik2 saja =) Cheer

Sunday, October 2, 2011

DHiya @taman

Da 2 3 petang bawak dhiya turun bawah g taman. Kemain ralit lagih doh tgk org2 main. dia nak men takleh lagi.

tengok sape tu??

tengok papa men sepok..mama

hoh..gembirnya dia...!!

muka serious sebab da nak kena balik umah...

dhiya da tumbuh gigi. macam cepat pulak naik gigi kan. baru satu. gigi bawah belah kiri. sori gambar adalah sangat blur. susah nak amik gambar, dhiya asyik nak pegang phone jerk.