Friday, October 14, 2011

Perihal lipas (sila jgn makan sambil baca entry ini!! geli)

Yerp, geli memang geli tapi sangat geram dekat makhluk2 bernama lipas ni. Episod bermula masa awal2 pindah umah ni lagi. Masa tu dalam lebih kurang 5 bulan pregnant kat dhiya amani. Masa tu da perasan ade seekor 2 lipas dalam umah ni tapi biarkan je lah, sebabnya tengah pregnant orang cakap jangan bunuh binatang. Tak tahu lah betul ke tak. Tapi ikut kan je lah. Lipas lalu depan mata pun buat bodoh je. Husband pun sama. Dua2 pun tak berani. Then, jarak masa 5 bulan ke bersalin tu kan adalah agak lama. Plus 2 bulan pantang kat kampung. Husband jugak cuti sebulan masa saya berpantang tu. Makanya datang2 KL umah kitorang da jadi macam umah lipas. Olololo!!! senang2 je engkorang buat macam rumah sendiri yerk. Masa ni da tak ingat apa dah. Setiap lipas yang nampak je i bunuh. Macam pembunuh bersiri pulak. Setiap hari hampir sepuluh anak beranak lipas i bunuh. Tapi dalam hati terfikir jugak. Kalau sehari sepuluh ekor, sepuluh hari da 100 ekor. Tapi keturunan lipas kat dalam umah ni tak pupus2 jugak. Makanya lepas google2 pasal lipas, lahirlah entri ni. Husband cakap pasal lipas pun nak masuk blog. Tak kisah asalkan puas hati. Ahakszz!!

gambar ehsan google

Daripada gambarajah di atas..waaa cam jawab soklan exam pulak. ahakzz..telur lipas hanya amik masa tak sampai 2 bulan nak menetas. Kat bawah ni adalah gambar telurnya. Satu telur warna itam tu leh hasilkan dalm 40 ekor anak lipas, dan mak lipas leh bertelur sebanyak 30x. Bayangkan seekor lipas dewasa leh hasilkan bape banyak keturunan lipas. Huh!!!

Gambar ehsan google

Yang putih2 tu adalah anak lipas yang tak matang lagi. Dan lipas dewasa pulak boleh mempunyai jangka hayat 2 tahun. Fuh lamanya...

Jadi! berbaloi2 tak motto sehari bunuh 10 ekor lipas?

Psstt: saya adalah tak bape reti nak guna penyembur lipas tu sebab penyembur tu kan beracun. nak sembur pulak kat dapur. takut melekat kat pinggan lah. takut melekat kat makanan lah. last2 sekali beli je. guna tak sangat. kalau kat area selain dapur je lah gunanya pun.


No comments: