Wednesday, November 30, 2011

day 9 - perasaan and hari ini

perasaan hari ini.

hermm. working is not tooooo bad today. at least i have something to read. there are a lot of things I should know about lubricant oil and today i find it. really excited finding all those articles. Best to read and easy to understand. hopefully in short while of time dapat conquer all those things regarding lubricant analyse.

back home early and jalan not so jammed. manage to get home by 7pm =)

find a lot of tips to made home made solid food for baby. excited to try.

overall my life today is GOOD =)

Dhiya Amani

Macam menarik je tengok ummi maryam masak makanan untuk maryam tiap2 hari. Tadi terjah ke group homemade solid food for your baby kat facebook. Banyak dapat info menarik. Lalu terjumpa blog ini dan ini. Saya masak untuk dhiya tiap2 ujung minggu je sebab hari2 biasa babysitter dhiya yang masakkan untuk dhiya.

Kalau ujung minggu pun dhiya makan makanan biasa2 je:

Yang pernah buat:

1. Nasi + ayam + carrot/potato

2. Nasi + ikan bilis + carrot/potato

3. Nasi + daging + carrot/potato

4. Nasi + ikan + carrot/potato

Nampak kan ketidak pelbagaian makanan dhiya. Pernah jugak bagi:

1. Telor separuh masak
2. Pisang
3. Betik
4. Tembikai
5. Biskut baby
6. Roti

Ni biasa bagi selepas balik keje. Macam snek lah kot kan.

Kali ini macam mahu bagi makanan yang lain pulak. So, it help much. Sekarang senang kan google je. Antara rajin ngan malas je nak buat. Website ini jugak macam banyak membantu.

Jangan hangat2 tahi ayam pulak mama dhiya. Wiken ni kena masak spesel sket =P

p/s: sangat susah nak upload photo. so, takde gambar dhiya. postpone lagi!

Tuesday, November 29, 2011

Dhiya da boleh duduk =)

Tadi tiba2 dhiya duduk. Lama jugak, then pergi tempat lain n duduk lagi. Sukanya. Ada amik gambar tapi kabel kamera entah kat mana. Malas plak nak cari. Esok2 lah ek saya upload gambar dhiya duduk =)

day 8 - jenis manusia yang menarik perhatian anda

Sume orang pun sukakan kecantikan. Dan mestilah saya akan tertarik pada manusia2 dalam kategori ini.

Pada gadis2 atau wanita2 yang cantik di luar sana tu, kalau dah cantik pakailah apa pun tetap nampak cantik. Kalau kita pakai shawl balut2 dan muka jadi bulat terus tak lawa tapi diorang tetap lawa.


Cantik bukan, dan tentulah mereka2
ini akan menarik perhatian saya.


Both picture ihsan dari google

Monday, November 28, 2011

day 7 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini

Oh masih ada entri tentang ini. Ini menunjukkan saya tak pelupa bukan? Huhuhu!

Perkara menarik yang saya lakukan hari ini adalah ke slimming center. Haha~ Da gemok sngt ke sampai ke slimming center? Memang da gemuk. Sudah menghampiri 60kg. Belum 60 lagi tapi nyaris2 nk 60.

Ceritanya hari tu tertengok ada promosi kat groupon. So, tanpa segan silu terus beli. Bila da beli tak kan tak pergi kan. After da berapa lama entah book, baru hari ni ada kosong so pagi tadi dengan gigih pergi. At first takut jugak sebab tak pernah ke slimming center bagai ni.

From her info, lemak dalam badan ni je da 20kg...ooo patut lah badan gemuk. Lemak pun da 20kg. Kalau tolak 20 makanya memang cekeding lah i. Tapi sebenarnya lemak yang kena buang dari badan hanya 10 kg je. Sebab badan jugak perlukan lemak untuk ia berfungsi dengan baik. Untuk fungsi lemak dalam badan sila google =)

Umur da 37, which memang far away dari umur sekarang. Waaa, memang terkejut. Sebab pernah measure dulu kalau tak silap dalam 28 jer.

Apa2 pun tengok lah hasil dia untuk 7 kali treatment lagi. Hari ni katanya for half an hour treatment turun setengah kilo. We will see nanti.


Sunday, November 27, 2011

25 November 2011

Oh, sudah terlewat 2 hari. Tapi takpelah. Nak buat jugak entri sempena dhiya 8 bulan ni daripada takde langsung.

Duduk, herm tak boleh duduk dengan proper lagi. Adelah sekejap2 dia macam buat gaya duduk. Tapi tak betul2 lagi. Nampak gaya macam dah nak berjalan. Asyik duk bergayut kat sofa. Sangat risau takut2 terjatuh masa dia duk struggle nk berdiri tu. Macam langkah banyak step plak. Daripada merangkak ke berdiri. Tapi duduk tak lagi. Mungkin nanti entri untuk dhiya 9 bulan harap2 dhiya da boleh duduk.

Benda lain macam takde perubahan sangat. Cuma asyik membebel je. Ikut bahasa dia yang kita tak paham satu apa pun.

Haritu kitorang ada beli cd nasyid bukak masa g jalan2. Tiap2 kali naik kete pun, sebelum kitorang bukak lagu lagi asyik duk usha2 tempat screen tu, macam tahu2 je kat situ kluar gambar kan. Ingat nak beli cd 1 2 3 pulak. Sebab ada sumber mengatakan baby lagi senang ingat nombor dari perkataan. Lagi dia ingat kalau dia dengar dalam bentuk lagu.

Dan kalau dia dengar azan. Tiap2 kali abis baris azan tu dia akan bunyi... macam jawab azan je gaya dia. Good girl. Kalau kita selawat masa nak tidokan dia pun dia akan bunyi macam cara kita selawat tu. Mungkin selawat jugak kot.

Itu saja untuk kali ini. Sekian.

Muka 2osen

masa g kenduri kat johor minggu lepas

Saturday, November 19, 2011

Tak boleh duduk

huhu! lagi beberapa hari dhiya akan masuk 8 bulan. tapi masih tak boleh duduk. anak korang berapa bulan da boleh duduk? sebabnya kalau pergi kedai makan saya tak letak dia atas babychair takut dia sakit pinggang. tapi normal ke kalau masih takleh duduk dengan sendiri?

tilam & bantal baby

tilam da lama dhiya tak guna. sebab malam2 tido kalau guna tilam, pagi2 dhiya ke mana & tilam ke mana. macam takde purpose pulak. mase kecik2 dulu takpelah tido statik je. now, tido ngan we all je atas tilam besar tu.

hari ni nak packing bantal2 baby dhiya pulak. macam dia dah tak brapa guna jugak. guna bantal tu buat halang dia. dia panjat juga. so, baik simpan untuk adik dhiya nanti =) satu je skrg bantal baby yang dhiya guna untuk tido yang tok ummi dhiya bagi adiah.

baju

tak banyak baju dhiya yang da tak muat. tapi ada lah jugak beberapa helai, so da asingkan. kalau tak bersepah je bercampur ngan baju yang dhiya masih pakai.

wardrobe

teringin jugak nak bagi dhiya ada wardrobe sendiri. tapi bila pergi survey kat kedai tengok2 harga dalam 400 plus2, so tak jadi lah beli then balik masukkan je baju dhiya dalam almari yang sedia ada. kat rumah ni ada 3 almari pasang siap. untuk tak membazirkan duit satu bagi dhiya, satu untuk baju kerja myhubby then satu lagi untuk we all. save kat situ

playmate

dhiya macam da tak suka men playmate. dia lagi suka men benda2 yang lagi adventure. hari tu sekali ngan playmate dia hangkut buat keliling satu rumah. last2 nangis sebab tak tahu cemana nak keluar dari playmate. rancangnya nak basuh then simpan je. kalau kat luar ni buat berhabuk je playmate tu.

gambar dhiya

ni panas2 lagi gambar dhiya, just received from my friend...hehe! tq uncle ten. nanti editkan gambar dhiya lagi k =)

Friday, November 18, 2011

jalan2 putrajaya

Sebenarnya macam every weekend pun ke Putrajaya. Purpose? Takde sebab yang specific. Saje jalan2. Paling tak ke rumah kakak ipar. Kalau ke sana memang berumah tangga kat sana lah jawabnya. Kadang2 malam baru balik =) Buat macam rumah sendiri pulak ye. Ye lah bukan everyday pun boleh g jalan2. Memandangkan sekarang kul 7 baru sampai umah tetiap hari. Klau jem jawabnya makin lambat lah sampai umah.

Duk KL ni kan jauh ngan family, kalau ada sedara dekat2 duk area2 KL ni rasa dekat jugak ngan family. Kalau tak ke putrajaya ke Gombak. Haha! Very the brehi jale kan? Sampai dhiya pun kot2nya da hafal jalan.

Dhiya with her Kak Ema

Alat mengukur sapa paling berat

Ternyata...herm, bulat gotey!
nak buat gano nih? Please help

Yeay2, dhiya da pandai main kuda.
abaikan papa di belakang.

Luvly Gajah Putih,
untuk gajah putih seterusnya lambat lagi KOT

Dhiya & Papa

DHiya & Mama

Putrajaya..

Sunday, November 13, 2011

day 6 - apa yang menarik dalam beg duit anda

masih tak lupa lagi pasal benda ni k. apa yang menarik dalam beg duit anda? herm, untuk memanjangkan entri saya bgtau apa dalam handbag dulu k. luas sket skop nye. ye tak?

Lip ice & lipstick

luas tak luas jugak lah. dalam handbag mesti ada benda ni. sebab nya bibir slalu kering. then,. klau terus pakai lipstik nampak tak cantik. so letak lip ice dulu baru lipstik.


Compact powder

Ni sebagai syarat je. kalau terdesak baru pakai kalau tak letak je dalam handbag.

lagi?..

1. keronsang 2, 3 ketul
2. duit syiling
3. segala jenis resit. mula2 sayang nak buang last2 buang jugak
4. pen

tu je kot

ok dalam beg duit plak ade ape?

1. mesti lah ada duitkan, sebab namanya pun dah beg duit. sikit atau banyak itu belakang kira =P

2. name card or bisnes card, ade orang bagi letak je kat dalam tu. lama2 screening balik sebab bila da tebal susah nak tutup da..

3. syiling..tapi tak letak banyak sangat susah nak tutup jugak.

4. of coz i/c, yang ni mana leh tinggal.

5. lesen, since da drive sendiri yang ni tak leh buat main2 da. kalau tak haru.

6. kad keahlian, amway, tupperware, avon segala jenis macam kad ade, so kepada sapa2 nk order leh order pada saya k =P

7. yang penting kad bank adalah sangat banyak.


Petrosains

Semalam ke Petrosains, sebenarnya sudah lama ajak husband je sana, before dhiya lahir lagi. asyik tak jadi je. last2 semalam, menjadi pulak. maka ke petrosains lah we all semalam.

Sebenarnya, to those who know, saya pernah jadi volunteer kat petrosains masa lepas abes belaja dulu. tapi untuk sebulan je. hehe! petrosains ni best sebenarnya. kat sana kita boleh explore banyak benda. most of the exhibition mestilah about petroleum kan sebabnya ia adalah one of anak syarikat petronas.

the arrangement of the exhibition jugak ikut flow. from the information about petroleum, back to the ancient time where the petroleum comes from. application of petroleum. from downstream to upstream, which i always tertukar the meaning of this term.

since my husband not from this background, i actually feel excited to show him all this things. but, dhiya amani is too little actually to explore all those exhibition. which is sebenarnya all the exhition adalah sesuai for children to explore by them self.

Hai, selamat datang ke Petrosains

Naik tren

naik basikal

with papa

monyok jerk

with dinosaur

all the things that changed to fossil

helicopter used to go to platform

excited pulak dia

last section,. molecule section...bye2, nanti we all dtg lagi.

thinking of to register dhiya as sience scouts bila dhiya besar nanti.

Saturday, November 12, 2011

aIDIL adha 2011

Raya kali ini takde potret raya yang formal sebab papa rushing nak sembelih lembu. Dhiya plak bangun awal, pastu masa nak mandikan tertido plak dia. Jadinya, tak sempat mandikan dhiya before g sembahyang.

Bila da mandikan nanges nak susu pulak. Maka, potret raya hanyalah
seperti di atas shj.

Tudung raya adalah dari basitahbussaina, sape tak pernah terjah lagi
sila terjah yer. tudung kat sana cantik2 sumenye.

Dan raya kali ini adalah kat rumah my Family. suka bangat sebab da lama tak raya umah ummi on first raya. ni kali pertama since kawen.

mysis, dhiya, me, mycousin & ummi

dhiya tgh tunggu sape tu?

dhiya with her pokcik

acara utama bermula

papa mana?

selesai sudah

Friday, November 11, 2011

5 generasi

4 generasi, aidilfitri 2008

5 generasi, aidiladha 2011

Dulu ingat tak i pernah buat entri pasal 4 generasi. Dan alhamdulillah tahun ni da 5 generasi. Oke, I paste sket lah entri dlu tu yerp.

Mok = moyang. Erm, menurut ummi mok anak tunggal perempuan. So, kitorang takde moyang sedara sebab mok adalah satu2 anak mak ngn ayah dia.

Mek = nenek. Mek juga takde adik beradik lain. Dan dia juga satu2nya anak perempuan tunggal.

Ummi = Ummi ada adik beradik. 2nd, Cik Ngah & bongsu Ayah Sue. Tapi Ummi anak sulung perempuan.

Aku = Aku jugak ada adik2. Adik Afiq, Adik Arif & Acik. Tapi aku juga anak perempuan sulung.

Next = Anakku?? haha..just kidding. Belum lagi lah (Sekarang Dhiya Amani mewakili generasi kelima)


Thursday, November 10, 2011

Entri rojak

Bila da lama tak update. maka sangat banyak yang mahu update dan memerlukan banyak sub topic maka tajuk besar adalah rojak =)

Balik kampung

Cerita raya belum dengar lagi kan? Since i baru keje kat company baru. nak amik cuti on friday macam tak logik pulak kan. So, we all gamble je balik malam sabtu tu lepas i balik keje. Dan seperti yang disangka jem kaw2 punye. Bayangkan dari umah kat Sg. Besi ni ke Gombak amik masa 2 jam. Lalu MRR2. Then benti kat Petronas Gombak selama sejam sebab pk nak patah balik ke tak nak. Klau patah balik takut2 esok pun sama jugak. Last2 decide untuk continue je balik kg. Dr gombak kul 1, kul 4 br sampai bentong. Huh! lama gler. Naseb bek anak tido, letak dhiya atas seat then sekat2 sket takut jatuh. Lupa nak bawak balik car seat. LAIN KALI BILA BALIK KG KENA BAWAK CAR SEAT. Kesian dhiya. Bila kira2 13 jam perjalanan balik kg. Macam serik, tapi kena balik jugak sebab 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri' hehehe!!

Bila balik kampung

Waaaa...bestnya kat kampung. I wish to work there. Kalau kat kampung mungkin cepat sket boleh buat harta. Takde tol yang kena bayar. Harga barang2 mungkin lagi murah. Harga tanah n rumah tak mahal sangat kalau nak beli pun. Tapi rezki masih kat sini. Jadi, simpan dulu angan2 nak duk kat kampung.

Dhiya kena gigit nyamuk

Kat kampung sangat banyak nyamuk. Sampai abes muka dhiya kena gigit. Mama & Papa dia tak kena gigit pulak. Isk2 nyamuk ni. Sampai bbysitter duk perli2 da mama & papa dhiya tido mati tak sedar anak kena gigit nyamuk. Takpelah kadang2 kena gigit ngan nyamuk. Kat KL mana ada nyamuk.

Balik keje

Dulu kat tempat keje lama bila pindah PJ balik sngt awal. kul 4 da kluar ofis n around 5 da terpacak kat umah. Dan hampir terlupa, yang sebelum pindah sana sudah pernah balik lambat around 6.30 ke 7.30, macam sekarang. Tapi tiba2 sekarang macam tak biasa pulak. Eh, tak kan tak biasa kot Anis. Baru terfikir. Oh, macam atie dulu kot. Bila call around 7 masih dalam kete lagi. Oh, ini biasa. Jangan buat2 tak biasa pulak.

Jammed

Betul ke eja. Harap2 betul. Malas nak google check spelling. Baru2 keje tak tahu jalan. Lalu federal. Fuh semangat, 8.30 baru sampai. The next day pandai2 sendri lalu kesas, then bayar tol, then sampai 8.30 jugak. Maybe something wrong somewhere. Nasib baik Sue bagitau jalan yang boleh buat i sampai umah kul 7. Oke, skrg da rs normal balik. Thanks Sue.

Ambulans

Boleh katakan tiap2 hari pun ada ambulans. Memang sangat laju. Tapi bila da jammed. Kete2 stuck. Sure ambulans ni takleh lalu jugak kan. Lagi2 masa kat traffic light. Kete yang dapat from left or right or the opposite way kadang2 tak thu pun ada ambulans from our side. So, they keep coming jadi macam mana nak gerak kan? Huhuhu! so, ambulans pun jammed jugak. Ada motif tak citer ni? Entah? hehehe!

Honk!!

Bagi I yang tak bape pro driving ni. tiap2 hari pun asyik kena honk. I tak pernah sekali habuk pun honk orang. Entah! tak ingat nak tekan. Atau tak tau pun honk tu kat mana. hahaha! tau lah. Tak reti la nak drive macam orang2 pro ni. Yes! until now after 6 months driving setiap hari pun.

Keperluan atau kehendak

Ingat tak masa belajar KH dulu. Sila bezakan antara keperluan dan kehendak. Jadi bagi saya drive ini adalah satu keperluan bukan kehendak. Ye lah tak kan husband nak hantar sampai shah alam. Tak kuasa kot. Lain lah macam mase kat TPM, berhantar berambik. Hahaha! ini bukan pointnya tapi nak cakap dekat je ngan umah. 5 minit je da sampai. Percaya? Tipu je. 15 minit. Herm, macam nak keje kat TPM lah. Dekat. Tapi diaorang nak amik ke I keje. Berdoa.





Wednesday, November 2, 2011

day 5 - guru sekolah yang paling anda suka

masa sekolah rendah saya ada seorang cikgu kegemaran. singkatan nama nya cikgu wanza. she such a nice teacher. she teach me science. she always find exciting method in her teaching. that why I love science and also love her.

then, during my study at sms pasir puteh. ada ramai cikgu kegemaran.

cikgu rashid, hehe! he teach me geografi form 1 & 2 if i am not mistaken. normally when the teacher become my favourite teacher automatically the subject also will be my favourite subject.
and because of that for all exam i manage to get A for geografi subject except during PMR trial. Kes over confident.

then, cikgu durrah. she also nice teacher. kecik2 molek je orangnya. but berjiwa besar. she teaching biology. there are a lot of things to memories in biology, then i don't know how i still did well in that subject.

and also my chemistry teacher. he just simple and slumber. but full of information. from worse result to better result. thanks cikgu nazri for your help. and now i graduated in chemical eng. and also working in chemistry field. what the chemistry that we have actually? haha just kidding.

next, cikgu asri. he is cool teacher. just come to class bringing his smile but manage to answer all the question by asking me back. with his guides, finally I get good result for that subject.

so, which one in my most favourite teacher? please judge from my writing oke. I know all of you are good in judging =)

maybe tomorrow is day 6 and maybe not. hehe!!