Monday, December 26, 2011

25 December 2011

25 Dec hari tu genap lah usia Dhiya Amani 9 bulan. Terlambat update sebab sedara dari kelate datang untuk kenduri anak sedara kat putrajaya. Kalau weekdays kerja dan weekend tak lekat kat rumah, maka berhabuk lah blog ini sekejap =) Bunyi macam bz sangat3 kan. Padahal tak pun.

Dan sekarang decide nak updata jugak entri sempena dhiya 9 bulan walaupun tanpa gambar. Malas plak nak transfer gambar dari kamera ke laptop ni. huhuhu! kalau malas sume pun tak menjadi.

Dhiya da 9 bulan:

1. Da tumbuh gigi 4 batang. 2 bawah masa 8 bulan tak silap. Dan sekarang tumbuh lagi 2 batang atas. Ada beli berus gigi untuk baby macam kat bawah ni. Tapi tak tahu lah oke ke tak sebenarnya nak guna untuk baby. Sebab rasa macam gusi dhiya masih lembut lagi. Gambar ihsan google.


2. Dan sekarang dhiya da boleh duduk dengan proper. Maka senang lah sekarang nak letak dhiya dalam babychair masa makan kat kedai. Dulu masa makan kena gilir2 pegang kalau tak mesti dia akan capai makanan kita.

3. Da asingkan tempat tido. Dulu tido sama2 semua kat bawah. Now, dhiya kat bawah, papa & mama kat atas. Tapi kena pastikan dhiya tido dulu baru we all tido kalau tak dia sebok nak naik katil jugak. Tak bagi dhiya tido atas katil sebab bahaya. Dhiya ni, bila bangun tido mesti terus merangkak.

4. Pandai mumbling, dan memekik. Huhuhu! kalau orang tak layan sebok duk uu aa uuu aaa sorang2. Macam bercakap versi baby. Makin layan makin dia excited buat. Tak layan pun dhiya buat jugak.

5. Da boleh babai. Bila nak g kerja dia babai kat we all, bila nak balik rumah dia babai kat bbysitter dia =)

Sebenarnya macam banyak je. Tapi ni je yang terlintas di fikiran sekarang. Oh! berjalan belum boleh. Tapi asyik duk pegang sofa sambil berdiri je.

No comments: