hobi tegar sekarang adalah online, kalau tak online macam tak best je rase. walaupun online tak semestinya update blog sebab kadang2 takde idea. Fb jugak selalu bukak, tapi kalau tak de mood bukak je tak komen pape. Kalau ade mood komen tak berhenti2. Huhuhu!!
Hobi kedua adalah berjalan2. Macam masa berjalan2 je sebenarnya masa beinteraksi ngan suami. Kalau kat umah sorang tengok TV, sorang main komputer. Pelik? Entah, macam terbiasa pulak. Walhalnya TV dan komputer berada di tempat yang sama,. Kalau dalam kereta of cos duk sebelah2...then, di situlah kot komunikasi berkesan berlaku =P
Hobi ketiga berlaku selepas kawen. Kumpul pinggan mangkuk. Sekarang baru ada satu dua jenis je. Yang mahal slow2 beli, yang murah2 boleh terus beli, entahlah lepas kawen rasa suka beli barang2 dapur ni. Paling obvious tupperware. Sebab tak mahal sangat. Kat tempat keje lama boleh katakan setiap bulan beli tupperware. Sekarang macam takde geng pulak nak terliur2 beli. Hahaha!!
Itu saja hobi yang mampu difikir untuk masa sekarang. That's all for today =)
No comments:
Post a Comment