Khamis malam ke Perak sempena adik konvo kat ulu kinta. Tido kat umah anak sedara myHubby kat Taman Seri Botani. Sampai da malam sebab lepas balik keje baru bertolak.
Berada di perak memang mengimbau kenangan masa belajar dulu. Sebab dulu memang jelajah satu perak sebab tiap2 kali treasure hunt pon join.
Dhiya posing di pagi hari.
Tak sangka terjumpa kawan masa darjah satu. Dua2 pun totally lain dan tak cam antara satu sama lain. Nasib baek ummi cam mak dia. Kira masa darjah satu dulu memang kamceng habis. Dulu dia macam tembam sket tapi sekarang da kurus. Me still TEMBAM dan berTAMBAH tembam. Haha~
Snap2 gambar kat tambun masa on da way balik. Snap2 gambar kat luar je. Nak masuk macam agak mahal je rm45/person. Dulu masa pergi time kat utp tak semahal ni rasanya.
Petang pergi tengok ombak rindu kat JJ Ipoh. Nasib baik ingat lagi jalan nak g JJ =) layan ombak rindu sambil layan dhiya amani. Dan yang menjadi mangsa papanya lah. Duk ulang ailk bawak dhiya keluar. Baby memang tak leh tahan boring asyik nak main je. Dia tak nangis tapi duk buat bunyi.. Burrppp2 lah...Aaaaaa lah. huhu!
Esoknya masa on da way balik KL pergi ronda2 utp. Saje nak tunjuk tempat mama belajar dulu kat dhiya amani. Walaupun dia tak paham pun sebenarnya =)
Masa nak pergi utp singgah tronoh jap, mencari mee udang banjir sebab pernah baca kat blog ceera pasal mee udang banjir ni. Dulu masa study tak tahu pun. Pernah sekali pergi kedai ni tapi makan nasik lemak. Pergi2 tengok kedai macam tutup. Tapi ada orang duduk2 kat situ. Suh hubby turun tanya. Punya la nak makan mee udag banjir kan. Then, pakcik2 kat situ cakap kedai da pindah kat Medan Barli Emas. Nasib baik jumpa and dapat makan mee udang banjir akhirnya. Memang sedap dan udang serious banyak. Hubby pun cakap sedap walaupun dia sebenarnya tak berapa suka makan segala jenis makanan berasaskan mee ni. Gambar takde sebab malu nak snap =)
No comments:
Post a Comment