Monday, February 6, 2012

Ting!

kesian Dhiya da hampir setahun baru ada buku akaun sendiri. pertama kali nak g buat dulu masa dhiya 3 bulan. Ingat nak bukak amanah saham didik. tapi tak boleh bukak lagi sebab had umur minimum untuk bukak akaun amanah saham ni adalah 6 bulan. Maka balik lah mama dhiya dengan sedikit kecewa.

Masa dhiya 6 bulan plus2 pulak, mama dhiya lagi sekali ke bank dengan harapan boleh lah bukak akan. Kan dah lebih 6 bulan. Masa tu pulak system Amanah Saham ni down. So, mana2 cawangan pun tak leh nak buat.

Memandangkan masa cuti adalah terhad, jadinya duk postpone2 je lah nak g bank. Pastu masa selangor cuti then KL tak cuti mentabahkan diri drive sorang2 je Maybank Sri Permaisuri. Dibagitahu pulak oleh orang bank tu Amanah Saham Didik (ASD) adalah terhad. Kalau ada orang jual baru kita boleh beli. Plus kalau nak bukak akaun ni kena ade sijil kelahiran original. MyKid dia tak nak. Reason: Takde maklumat mak ayah pada mykid baby., Tak tahu lah betul ke tak.

Last sekali pergi dalam minggu lepas kot, siap2 da bawak sijil lahir dhiya dalam handbag takut2 incase singgah bank. Jawapan sama. Amanah Saham Didik tak bukak dan limited. Dan tanya dia kalau ASB biasa booleh tak? Dia cakap boleh tapi akaun remaja. Maka dalam umur 10 bulan plus2 baru lah dhiya ada akaun sendiri.

Semoga mama & papa dhiya istiqamah masukkan duit bulan2 untuk dhiya.

Tips bukak akaun Amanah Saham untuk baby:

1. Amanah Saham Didik - ada, tapi terhad. kena tunggu dia annouce dulu kalau ada kosong baru boleh bukak.

2. Boleh bukak akaun Amanah Saham Berhad (ASB) untuk baby tapi under akaun remaja.

3. Untuk apa2 amanah saham - start umur 6 bulan min untuk bukak akaun.

4. Kalau akaun baby mak @ ayah, tengok sapa yang bukak akaun boleh lakukan pengeluaran dan boleh simpan duit

5. Mak @ayah kena sign satu borang. dalam borang tu isinya lebih kurang kita kena bagi hak untuk anak tu jual sendiri saham2 yang kita beli bila dia da umur 12 tahun ke atas. had penjualan sehari adalah 200 unit.

6. Masa nak g bukak akaun tu kena bawak Sijil Lahir Baby (Original) ngan MyKad mak @ ayah.

7. Minimum untuk bukak akaun adalah rm10.


2 comments:

Anonymous said...

Thanks, sharing.

eira eixora said...

welcome =)