Thursday, June 28, 2012

Cannot stop promoting =)

Maaf kawan2, terpaksa promote sebab rasa rugi kalau tak promote. InsyaAllah saya pun akan grab one set =)




New green set, sangat cantik. akan keluar next week isnin. 


come with affordable price



BLOSSOM MICROWAVEABLE SERVEWARE SET


Blossom Microwaveable Serveware = RM 249

member price less 25%= RM187.00

Blossom Bowls & Plates Set = RM 57.40
member price less 25% = RM43.00

Blossom Mugs &Seals = RM 37.40
member price less 25% = RM28.00

Beli sume Complete Sets = RM 343.80
member price less 25% = RM257.85

FREE Blossom Pitcher worth rm52.90

HOT ITEM selling FAST!!!

Sapa nak boleh booking dulu rm50. full payment boleh buat bila barang dah kat tangan saya. 

For serious buyer only.

Happy shopping!!

Wednesday, June 27, 2012

Friday, June 22, 2012

Kenangan


Kita suka kan mengimbau kenangan lama2. ni gambar 15 tahun lepas. masa kami darjah 6. terjumpa kat facebook cikgu. terima kasih cikgu sebab simpan lagi gambar ni. Untuk memudahkan cerita saya perkenalkan sume orang dalam gambar dulu k. 

Dari kiri berdiri: (yang pakai baju kuning je)

Izudi, Zairi, Hafizu, Zulhilmi (a.k.a my hubby) =P, Rozlan, Khairunnazar. 

Dari kiri duduk:

Huzaifah, Sahron, M.ros, M.Arif, Fathy. 

Cikgu pulak dari kiri:

Cikgu Zakuan, Ustaz Hadi, Cikgu Mat Nawi, Cikgu Husin.

Okelah, memandangkan saya banyak masa. Jadi saya cerita sorang2. Wakaka! Banyak nya masa kan. K lah. Yang saya rasa saya nak cerita saya cerita. Yang rasa taknak saya tak cerita. Cerita bermula dengan Izudi. 

Izudi ni dulu sangat suka menyakat saya. Bagi dia kalau tak menyakat saya sehari tak senang duduk. Dia panggil saya stick. Sebab dulu masa darjah 4 saya jual sticker. Macam mana boleh jual sticker? Dulu saya tuisyen bila wiken. Kat bawah kelas tuisyen tu ada kedai jual sticker cartoon. Sume ada mickey mouse, mini mouse, donald duck. Jadi saya beli sepapan pastu bila hari sekolah saya tunjuk kat kawan2. Kalay diorang nak beli saya gunting yang diorang nak jual 20sen. Tapi izudi ni tak nak bayar. Dia mintak je. saya tak bagi. jadi dia panggil saya stick. suka hatilah nak panggil apa pun kan. tapi da laaaaaaama tak jumpa dia. Hari tu dia baru kawen. Tapi tak pergi pun sebab dia pun tak jemput saya. 

Zairi pun sama suka jugak menyakat. Tapi bukan saya je yang dia sakat. Hampir sume orang pun dia sakat. Biasalah budak2 nakal.

Hafizu, saya tak berapa baik sangat ngan dia. Sebab dia senyap je orangnya. Kalau jumpa sekadar senyum cukup. 

Zulhilmi, yang ni saya paling tak sangka. AKhirnya menjadi teman sehidup semati saya. Seriously Obviously saya tak sangka. Sume ni ketentuan Allah,. Masa ni dia dah duk usha2 saya. Tapi entahlah masa tu dia bukan taste saya. Sangat saya tak suka dia. Dia pulak sengaja kalau berjalan tu bagi bertembung dengan saya. Apa? Takde orang lain ke asyik2 dia. Wakaka. Punyelah sombong masa tu. Pernah satu kali saya dapat surat dari dia. Walhal baru darjah 6. Sudah bersurat2 bagai. Masih ingat lagi permulaan isi surat tu.....

wajahmu ibarat bulan purnama...........(dah, reveal sikit je)

btw saya pun rasa saya tak abes baca surat tu sebab saya flash surat tu dalam toilet. kejam tak? kejam tak?. bukan kejam tapi bagi saya dia sudah over the limit. baru darjah 6 kot. masa tu saya belum ada feeling nak bercintan cintun. bukannya baik sangat tapi rasa too young. 

Wah wah wah mentang2 citer pasal husband sampai 3 perenggan. Oke saya stop sini. Pssstt...bila sekarang ni tengok balik gambar ni. dalam hati cakap knape pulak dulu saya rasa dia bukan taste saya padahal comellls je dia kan? kan? sila setuju ngan saya =P

Rozlan, pun saya tak baik sangat masa dulu2. Sekarang dia pun tentera jugak. Kat kem sg. buloh. Duk dekat je ngan umah saya sekarang ni. wife dia pun sama kelas ngan kitorang masa darjah 6. Tak lari jauh kan we all ni. tup tup kawen ngan kawan sendiri =P

Khairunnazar, untuk pengetahuan semua beliau sudah tiada lagi di dunia fana ini. beliau telah meninggal masa umor kitorang 20 tahun kalau tak silap. dia meninggal dalam tidur. takde sakit apa2. bila mak dia kejut bangun subuh badan dia dah tak bergerak. Al-fatihah..Dia senyap je jadi saya pun tak berpeluang cakap banyak ngan dia masa dalam kelas dulu2. Doakan moga dia sentiasa tenang di sana. 

Huzaifah, sekarang ada bisnes sendiri warisan turun temurun. Walaupun tak belajar tinggi tapi jadi orang kaya kat kampung =)

Sahron, anak sedara hubby. Bila saya kawen ngan husband, anak sedara dia anak sedara saya jugak kan. Makin kecik lah dunia. Duk putar2 benua sama =P Dia pun kawen sama hari ngan kitorang kawen. Maksudnya 3 orang budak sekelas masa darjah 6 dulu berkongsi pelamin yang sama. Sesuatu yang saya tak pernah impikan. Langsung tak terlintas dalam fikiran dan angan2. Ini sume Allah yang da aturkan. Kadang2 janji Allah itu indah. Btw, wife dia orang perak. 

M.ros pulak ketua kelas kitorang. Saya suka kawan ngan dia sebab dia baik orangnya. Bagi saya dia budak lelaki yang tak ganas. Tak suka sakat budak pompuan. Cakap pun lembut2 je ngan kitorang. Sebab tu lah kot ramai orang sokong dia jadi ketua kelas kitorang. Sekarang dia da kawen. Duk kat ipoh. Wife dia orang kedah kalau tak silap. 

M.Arif, da lama tak dengar citer pasal dia. Tak tahu lah dia keje kat mana da kawen ke belum. Padahal umah dia dekat je ngan umah kat kampung. 

Fathy pindah umah saya kami form 1. jadi ngan dia pun lost contact. kalau jumpa dia da tak cam kot. 

Cikgu pulaks...

Cikgu Zakwan cikgu sukan. disebabkan saya tak aktif sukan dan bukan atlit makanya saya tak kenal sangat dia. Lagipun dia tak mengajar kelas kitorang. 

Ustaz Hadi pulak sekarang ni adalah mertua kepada adik saya. Sebab adik saya kawen ngan anak dia. Sebabnya masa adik saya form 5 anak ustaz hadi ni jadi cikgu adik saya. Ini sume pun tak dirancang. Segala2nya berlaku dengan sekelip mata. Makanya sekarang ni anak ustaz hadi ni jad adik ipar saya lah. macam citer dongeng pulak kan. btw, sekarang ustaz hadi sakit kena strok. doakan dia cepat sembuh k. 

Cikgu Mat Nawi. Dulu dia muda lagi masa saya darjah 6. Obviouslah kan. sudah 15 tahun berlalu. Saya pun kecikkkkk lagi masa tu. Masa darjah 6 kitorang sume ni duduk asrama. Asrama Desa. Cikgu Mat Nawi ni umah dia kat Kota Bharu. Jadi dia duk bilik warden kat asrama. Sebab warden da ade umah sendiri kat kawasan situ2 jugak. Tapi satu je malam2 mesti dia bagi baju kemeja dia suruh saya iron. Saya sebenarnya tak pandai sangat nak iron baju besar2. Saya kan kecik lagi mas tu =P Saya iron jugak tapi macam still berkedut lagi. Dia tak kisah pun dan pakai jugak baju tu g mengajar. Kesian cikgu terpaksa berjauhan dengan keluarga sebab nak ajar kami semua. 

Cikgu Husin sekarang sudah naik pangkat jadi cikgu besar. Juga kat sekolah lama saya. Hari tu jumpa cikgu, nampak cikgu da berumur. Tak rasa pulak diri sendiri da besar panjang siap ada anak lagi kannsss.

Okelah da panjang lebar, entri bersambung dengan cerita budak pompuan pulak di lain kali. 







Wednesday, June 20, 2012

Dhiya Amani

Da laaaaama kan tak update pasal dhiya amani. mama dia ni asyik sangat berniaga kat blog nih. btw kedaimayasaya ada stok baru =) klik sini k

Dalam sebulan lepas, masa papa kursus. yang masuk hutan tu lah. wiken pun takde kat umah. so disebabkan boring saya ajak adik ke pekan sg. besi. alang2 tak tahu nak beli apa terbeli colouring book untuk dhiya amani & pensel warna. kat kotak pensel warna tu tulis non toxic and suitable for children. tak tahu lah betul ke tak non toxic nya? tapi dah dia tulis cm tu beli je lah. 

dan dhiya pun excited nak menconteng. sekarang da pandai pegang pensel warna tu. tapi mewarna obviously belum pandai lagi. conteng2 boleh lah. kalau epal tu saya bagi lah dia warna merah. kalau pisang saya bagi pensel warna kuning. tapi memang kena observe, sebab kalau tinggalkan dia ngan pensel warna tu memang dia akan makan. 


dan ini pulak tak ingat bile. tapi beli buku ni masa kat tesco ampang. dhiya pun suka tengok buku ni dan dia suka tunjuk2 pada gambar dalam tu konon2 nak cakap kat kita dia tengah baca kot. semalam baca lagi buku ni masa baring2. walllaaaa macam orang besar2 je. mama tengok pun terharu. nak snap gambar tapi malas plak. insyaAllah ingat nak beli buku lain lagi untuk dhiya amani. tak salah rasanya menanam minat membaca di kalangan anak2 at early age. mama tak paksa pun. just sediakan medium yang betul. kalau dhiya minat alhamdullillah. kalau sebaliknya kita tanam minat tu kat dia. insyaAllah dhiya akan berjaya nanti. 



tentera ke engineer? =) is up to u sayang. mama & papa akan sokong nak jadi engineer and at the same time jadi tentera pun mama sokong. pape pun jadi lah apa2 asalkan berguna pada agama, bangsa dan negara. 

sorry mama terbagi speech pulaks =P

Apam pisang


Taraaaaaa da siap. wakaka! masih mengukus menggunakan steam it tapi malassssssss nak amik gambar bagai. so, layan gambar apam yang da siap ni je lah k. resepi di ambil dari blog kak nani , bak kata kak nani resepi ni sangat senang. sekali buat terus jadi. ye betul. saya yang tak pandai masak ni sekali buat terus jadi apatah lagi golongan profesional yang suda expert memasak. 

oklah got to go. see u!!

Thursday, June 14, 2012

Soal hati?

Sangat sedih sebab phone saya da memang sampai masa dia. da tak boleh caj langsung. try caj tapi tak masuk, sudah pelbagai cara dilakukan namun tetap tak mahu. sekarang ia sudah kong tak leh bukak langsung. tak sukeeeeeeeeeee.!!! makanya kena guna phone husband sebab dia ada extra phone sebab dia suka beli phone. 

banyak benda yang saya tak suke bile tukar phone, contact number terabur. ada tertinggal dalam phone lama dan ada jugak contact no phone husband dalam phone tu. mesej2 indah dalam phone lama da tak ada. sedih2. banyak mesej sejak saya konvo august 2009 pun masih saya simpan. wish dari kawan2. wish birthday. ucapan hari raya. waaaaaaa i will always miss my old phone. 

nak beli yang baru yang diidam2kan tu masih belum mampu lagi setakat ni. tak sabar nak tunggu saat boleh memiliki yang baru yang boleh buat saya tak ingat lagi yang lama walaupun sikit. sabarlah wahai hati, insyaAllah detik itu akan tiba juga. cuma tinggal berusaha, berdoa & bertawakal pada Allah. 

Wednesday, June 13, 2012

Apam polkadot 3D & steam it!

Maaf entri ini berbaur seperti kelas masakan sikit =) Ini adalah episode mode happy membeli steam hari tu iaitu pengukus tupperware yang pernah saya war2kan di blog ini beberapa hari yang lalu. Ye lah, selalunya apa jua resepi kukus seboleh mungkin saya tidak akan membuatnya. Betapa rugi kan saya sebab nya makanan kukus lagi berkhasiat daripada yang goreng. kalau compare ngan yang bakar saya tak tahu mana lagi elok. 

oke back to the story, tadi balik keje dengan semangat berkobar2 terus ke dapur dengan niat untuk membuat apam polkadot 3D. kenapa 3D? jap lagi saya citer k. 


selesai sume bancuh membancuh. resepi saya follow majalah wanita yang ada cover fasha kawen. nanti bila2 kalau rajin saya letak resepi tu kt sini oke. so kat bawah ni adalah satu adunan yang sama telah di bahagi 2 dengan warna yang berlainan. 


Sementara itu susun bekas merah dalam steam it, berdebar jugak nak guna buat kukus tadi. dalam hati berdoa supaya steam it ni tak cair. maklumlah kan tupperware claim steam it ni tak cair sekali kalau cair cam mana. da la bukan murah kan beli =)


kemudian susun pulak bekas2 kertas itu dalam bekas merah


acuan bahagian bawah saya pilih color merah.


bahagian atas saya letak color hijau


tutup steam it 


pastikan paras air adalah setakat level bawah tu je. tak boleh lebih atau terkurang. kalau air terkurang bila da evaporate kena tambah air lagi hingga takat tu jugak. 


lepas 10 minit dan agak2 da masak bukak steam it. dan letak dot dot warna merah atas apam warna ijau. kukus sekali lagi. nanti bila da masak dot dot tu akan timbul. sebab itulah ia dipanggil apam polkadot 3D.


then letak dot dot dot warna ijau atas apam warna merah.


taraaaaa da siapppp. menjadi pulak tu. tak sangka sekali buat da jadi. kembang kempis idung. tapi yang ijau tu sebab saya letak banyak sangat dia jadi terlebih naik dan jadi tak cantik sangat.


tapi lepas tu da malas nak buat dot2 makanya jadilah apam ying & yang tapi color merah & hijau. haha! takpelah asalkan tepung abes digunakan. 


hasil kegigihan petang tadi maka saya berjaya mendapat lebih kurang 80 apam yang berwarna warni ini. hari tu kakak ipar cakap kawan dia jual rm25 untuk 100 biji. kalau buat sendiri mungkin tak sampai rm10 kos dia. tapi kalau nak dikira effort untuk buat plus sediakan alat2 kat dapur dan nak basuh pulak memang rm25 tu tak berbaloi pun. melainkan kalau sekali buat 200 300 teruskan. 


akhirnya semua disimpan dalam bekas ini untuk bekalan seminggu. sebab kalau nak makan semua malam ni memang tak akan abes. menurut resepi tu apam ni boleh bertahan seminggu tanpa kulat. Just wait and see je lah.

Tuesday, June 12, 2012

four wedding in the same day

hari itu dengan gigih balik kg untuk menghadiri kenduri rakan2. sebab saya rasa saya telah berlaku tidak adil sebab saya asyik ke kenduri kawan2 kat KL je sedangkan kawan2 kat kelate yang ramai menghadiri kenduri saya tempoh hari. bukan niat mahu berbalas2 tapi feel guilty sikit lah kan. do u get what i mean? jadinya peluang balik 5 hari tempoh hari saya isi semaksimumnya untuk memenuhi tuntutan undangan majlis perkahwinan rakan2. walaupun sebenarnya entah sebanyak mana yang saya skip dan tak berpeluang untuk menghadiri. cukuplah satu dua majlis ini sebagai pengubat nya kan =)

31 May 2012 kenduri kawan baik saya sejak sekolah rendah. sekarang dia keje kat hospital kuala krai. dentist. sapa sakit gigi sila jumpa dia ye. terutama orang2 kuala krai. 


 pelamin yang indah




hantaran


kek


pengantin perempuan, pengantin lelaki takde gambar 
sebab saya pergi awal sangat.


last but not least, we all! 

hopefully ur marriage will last forever and ever.
dhiya pesan dia nak kawan. hehe!

2 June 2012, saya plan nak menghadiri 4 wedding tapi berjaya pergi 3 je sebab nya da kesuntukkan masa. Sampai umah ke3 da magrib. Macam mahu teruskan niat tapi rasa tak bape elok. Entah tuan rumah sibuk ke penat ke. Makanya sapa g rumah Norul Aida pada pagi-pagi 3 June sebab kul 10 sudah mahu naik bas balik KL. Tengok betapa gigihnya saya pulang dengan bas tanpa suami di sisi dan hanya ditemani dhiya amani. Nasib bek dhiya amani sangat sporting. tak nanges langsung masa dalam bas. Good girl =)

2hb tu dimulakan dengan ke majlis kawan baik ayah saya. majlis kawen anak lelaki dia. to be fair saya terpaksa lah ikut sebab saya nak ajak dia ke rumah kawan2 saya jugak kan. maklumlah suami tak balik. maka sapa lagi yang saya boleh ajak. umi jugak ikut sama. kawan baik ayah saya ni dulu juga cikgu kat scipp a.k.a cikgu sekolah menengah saya, sir zawawi. sekarang sudah menyandang gelaran Dr. Zawawi dan mengajar di institut aminuddin baki. saya sangat adore kawan2 ayah yang sangat semangat sambung belajar sampai phD. insyaAllah saya juga akan mengikut jejak langkah mereka suatu hari nanti. Aminn...

Perjalanan diteruskan ke kg. bendang kerian. tumpat untuk menghadiri majlis kawen kawan sekelas masa kat scipp. Umie Mustafar. Umie sangat cantik dalam persalinan pink. sempat snap satu je gambar umie. tu pun masa tengah makan beradap. takpelah at least ada jugak kenangan. Tahniah umie & suami!!


Kemudian, ke kg. tok kamis pula untuk menghadiri kenduri ayu juga rakan sekelas masa kat scipp. tapi tak sempat jumpa ayu sebab dia g amik gambar outdoor. sempat snap gmbr pelamin je. apa2 pun tahniah untuk korang sume!




Monday, June 11, 2012

Masih pasal corelle =P

Biasalah bila dapat barang baru mahu tak lena tidurnya. tapi saya lenanya tidur =P Semalam saya telah merasmikan pinggan corelle itu. Jom layan gambar. 


Walaupun lauk tak bape best tapi suami siap bertambah, fuyooo pinggan corelle ni ada perasa yang best ke? takdelah saje je. mungkin excited makan pinggan baru. 

Petang semalam dengan gigihnya g beli tempat letak pinggan baru siap maching ngan warna bunga lagi. 


Cantik tak? Cantik tak? kalau berkenan boleh bagi nama dan ansuran start bulan 1 ni. Kepada yang mahu beli CASH special price untuk anda =)

Saturday, June 9, 2012

Corelle sudah sampai

happy gler sebab ini adalah koleksi corelle saya yang pertama. ini adalah hasil kutu yang saya buat hari tu. ingat tak? ingat tak? mestilah ingat sebab saya asyik duk promote je kan.  

InsyaAllah next year plan nak open order untuk kuantiti yang banyak sket memandangkan sambutan yang agak menggalakkan. tapi mungkin saya tak buat kutu tapi buat ansuran. tak sama ke. entah! tak sama kot. sapa berminat boleh bagi nama mulai sekarang. bulan 1 baru start bayar k. ansuran pun sama rm100 sebulan x 5 bulan. cuma barang dapat tak ikut giliran sebab semua orang akan dapat selepas 2x bayar. 


untuk permulaan banyak ini je dulu =)


model corelle =P


cantik tak? sudah bukak dan bersedia untuk di basuh. 
petang ni nak g beli tempat letak pinggan untuk susun pinggan corelle ini. 

Friday, June 8, 2012

Merah

Tak sangka. ramai kawan2 saya suka merah & mengabadikan warna merah pada majlis perkahwinan mereka. ingatkan saya sorang je yang pilih merah. wah2!!! over sudah. ye lah. sebab merah kan sangat merah. jadi saya ingat ramai yang tak minat. 

okelah layan gambar kawan2 saya di bawah. Maap ye saya amik kat facebook korang sume. kalau tak suke bgtau ye nanti saya remove


dayah & suami

-bandar tasik selatan-


nurul & shahrul

-temalir, kuala krai-


mas & suami

-wakaf baru-


umie & suami

-pasir mas-

last but not least. pengantin lama =)

5 Jun hari tu genaplah perkahwinan kami yang kedua. terasa sangat cepat masa berlalu. rasa macam hari tu baru berkenalan secara serious, merancang untuk kawen & bertunang. tulah, sumenya Allah da tetapkan. kalau da jodoh tak kemana. walaupun jauh ku berlari orang sekampung juga jadi pilihan hati. 

to my beloved hubby, tq u so much for being such a nice husband to me. i knoe everywhere u go u will always keep me in ur heart. and tq for giving me such a beautiful and super duber cute little dhiya amani. Let's promise to rise her together gether =) hopefully she will be good daughter to us and be good to others too. 


Penuh ranjau & duri

Mungkin ini kali keberapa sudah saya bebelkan hal ini. Namun tetap mahu saya bebelkan lagi. Kepada yang sudi baca. Terima kasih. Kepada yang tak sudi juga terima kasih. 

Pada usia 26 tahun seriously saya merasakan saya GAGAL untuk mencapai KERJAYA impian saya. Dulu mungkin saya bercita2. Namun sekarang cita2 tersebut sudah lenyap bersama impian yang saya kira sudah sungguh sukar untuk dikecapi. Sesungguhnya melangkah kaki ke menara gading belum menjanjikan peluang KERJAYA yang menarik. 

Beranggapan semuanya akan berakhir dengan happy ending dapatlah saya membantu keluarga bila saya bekerja. Namun sehingga sekarang apa la sangat yang mampu saya beri pada mereka apatah lagi jauh sekali untuk membalas segunung malah selautan jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan pada saya. Malu memang malu kerana saya graduan daripada salah satu universiti terkemuka negara gagal mendapat KERJAYA yang baik. Bukan sekali saya mahu meletakkan kesalahan pada universiti, tapi mungkin pada diri ini. 

2 tahun sudah, pelbagai kerja sudah di pohon. kerjaya pertama menarik pada mulanya. nearly 1 year keboringan mula melanda. aktiviti sama kerja sama. rentak orang2 yang sama yang boleh buat saya tak selesa untuk bekerja di sana sehingga berusia 60 tahun. jadi saya berkeputusan untuk quit. bukan memilih tapi terpaksa pilih jalan ini demi untuk masa depan saya. sudah tentu saya tidak nampak masa depan saya. tapi saya juga perlu merancang masa depan untuk diri saya sendiri. bukan selamanya saya perlu berada di bawah pengaruh orang2 yang seolah menyekat kebebasan saya untuk berfikir dan mencurahkan idea.

sekali lagi kerjaya kedua saya SANGAT SUKAi. sangat kena dengan jiwa saya. saya fikir ia mampu buat saya pergi jauh. tetapi dek kerana perkara yang AMAT tidak disukai saya juga quit. 

perjalanan masih diteruskan. dalam berasa gagal saya gagahkan diri untuk bangun dan berdiri seterusnya mahu berlari untuk menggapai PELANGI. Moga masih ada sinar untuk saya nanti setelah memegang segulung lagi harapan. perjalanannya tak semudah yang disangkakan. tetapi akan saya cuba untuk menggapai nya demi kepuasan diri sendiri dan keluarga. 

Ya Allah permudah kan lah urusan hambaMu ini. Aku bermohon kepadaMu dipermudahkan segala perjalanan hidupku. 

Ya saya seorang KECIL yang berjiwa BESAR!

Thursday, June 7, 2012

Barang baik mesti kena promote


Sempena bulan puasa yang bakal menjelang tiba, eh2!! puasa da abes ganti lom =P makanya tupperware ade promosi untuk kurma gift set. satu set rm60.00 buy 4 set dapat 1 set FREE. tang FREE tu suka kan =) sape tak suka barang FREE. Untuk lebih jimat leh share2 ngan kawan ofis ke. So, dapatlah murah sket. 

LAGI, bila beli 1 set kurma gift ni boleh beli Ezy Oval Keeper 4 biji 470ml each dengan harga diskaun rm39.90 sahaja.

Untuk company2 yang berhasrat mahu bagi gift dekat staff dan memerlukan kuantiti yang banyak. InsyaAllah BEST PRICE untuk anda. So, jangan malu2 nak contact saya k =)

Untuk keterangan lebih lanjut untuk leaflet terbaru ni boleh klik SINI

Monday, June 4, 2012

Lagi Homestay di Kampung Sg. Mas, Machang Kelantan



Rumah kampung.
Pandangan depan rumah. 

kedudukan yang strategik

5 minit ke UiTM, Machang
5 minit ke bandar Machang,
20 minit ke bandar tanah merah
30 minit ke bandar kuala krai
20 minit ke bandar pasir puteh
30 minit ke bandar kota bharu

Ruang tamu yang sangat luas. 

Mempunyai 3 bilik. 
1 bilik dilengkapi air cond. 
2 bilik dilengkapi kipas angin. 
2 meja makan disediakan.
peti ais
televisyen

Sesuai untuk keluarga besar. 

Bilik No. 1


Dilengkapi air cond


Kemudahan meja solek

Bilik No. 2


Dilengkapi kipas angin

UPDATE!! Bilik No. 3 kini disediakan katil + kipas angin 

Ruang Tamu


untuk tempahan boleh mesej atau telefon

cikgu rosdi: 014-5128561

anis : 019-9885546

RM200 only per day

juga boleh ke entri ini