Friday, June 8, 2012

Penuh ranjau & duri

Mungkin ini kali keberapa sudah saya bebelkan hal ini. Namun tetap mahu saya bebelkan lagi. Kepada yang sudi baca. Terima kasih. Kepada yang tak sudi juga terima kasih. 

Pada usia 26 tahun seriously saya merasakan saya GAGAL untuk mencapai KERJAYA impian saya. Dulu mungkin saya bercita2. Namun sekarang cita2 tersebut sudah lenyap bersama impian yang saya kira sudah sungguh sukar untuk dikecapi. Sesungguhnya melangkah kaki ke menara gading belum menjanjikan peluang KERJAYA yang menarik. 

Beranggapan semuanya akan berakhir dengan happy ending dapatlah saya membantu keluarga bila saya bekerja. Namun sehingga sekarang apa la sangat yang mampu saya beri pada mereka apatah lagi jauh sekali untuk membalas segunung malah selautan jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan pada saya. Malu memang malu kerana saya graduan daripada salah satu universiti terkemuka negara gagal mendapat KERJAYA yang baik. Bukan sekali saya mahu meletakkan kesalahan pada universiti, tapi mungkin pada diri ini. 

2 tahun sudah, pelbagai kerja sudah di pohon. kerjaya pertama menarik pada mulanya. nearly 1 year keboringan mula melanda. aktiviti sama kerja sama. rentak orang2 yang sama yang boleh buat saya tak selesa untuk bekerja di sana sehingga berusia 60 tahun. jadi saya berkeputusan untuk quit. bukan memilih tapi terpaksa pilih jalan ini demi untuk masa depan saya. sudah tentu saya tidak nampak masa depan saya. tapi saya juga perlu merancang masa depan untuk diri saya sendiri. bukan selamanya saya perlu berada di bawah pengaruh orang2 yang seolah menyekat kebebasan saya untuk berfikir dan mencurahkan idea.

sekali lagi kerjaya kedua saya SANGAT SUKAi. sangat kena dengan jiwa saya. saya fikir ia mampu buat saya pergi jauh. tetapi dek kerana perkara yang AMAT tidak disukai saya juga quit. 

perjalanan masih diteruskan. dalam berasa gagal saya gagahkan diri untuk bangun dan berdiri seterusnya mahu berlari untuk menggapai PELANGI. Moga masih ada sinar untuk saya nanti setelah memegang segulung lagi harapan. perjalanannya tak semudah yang disangkakan. tetapi akan saya cuba untuk menggapai nya demi kepuasan diri sendiri dan keluarga. 

Ya Allah permudah kan lah urusan hambaMu ini. Aku bermohon kepadaMu dipermudahkan segala perjalanan hidupku. 

Ya saya seorang KECIL yang berjiwa BESAR!

5 comments:

[ naim | fira ] said...

assalamualaikum kak,

sy fira, one of ur silent reader. sy slalu baca blog kak, tp xpernah lg tggl komen ;')

sy phm apa yg kak nk smpikan dlm entry ini sbb sy pernah melalui. cerita pun pnjang la kalo nk explain dlm comment box ni..

apa2 pun..apa yang rancangkan, itu yang terbaik utk kita. Dia lebih tahu berbanding kita or org2 skeliling kita. dan hanya org yg pernah melalui semua ni paham keadaan sbnrnya.

Janji Allah itu pasti, dan yakinlah pasti ada sinar Pelangi dihadapan kita.

chayok2 kak. kita kuat sebab kita insan terpilih! ;) salam perkenalan. sy juga ex-utp btw ;')

shidahanuar said...

jd businesswoman la anis..nmpak makin kencang jah business tu..hehe

eira eixora said...

salam fira. akak terharu baca ur komen. dan gembira dapat jumpa junior kat blog ni. akak da linkkan blog awak kat blog akak.

business tu side income jah shidah. tapi tak tahu bakpo minat berniaga ni membuak2 pulaks. mungkin sedikit masa nanti akan keluar ngan produk terbaru pulak =) doakan ye

[ naim | fira ] said...

thanks kak, sy pun dh linkkan blog kak ;)

keep writing k..sy akan bc..sj je jrg update blog. huhu

eh, btw, kak batch mana? konvo august 2009 ke? kalo ye, samalah kte. cuma sy lahir 87. pts. sy batch july 04

eira eixora said...

ha a akak grad august 2009. awk kos apa? akak july05 sebab masuk utp lepas matrik