Saturday, September 29, 2012

pengalaman pregnant dan bersalin

saat gembira itu indah
saat penantian itu mendebarkan

sembilan purnama berlalu
penantian pun hampir berundur

saat gementar itu mendebarkan
saat gementar itu seribu macam difikiran
saat gementar itu doa dan tawakal sebagai teman

ternyata gementar itu seketika cuma

saat indah tiba jua
air mata menitik ke bumi yang Esa
melihat ciptaan Allah yang tiada cacat dan cela
aku bergelar mama dalam sekelip mata
menggalas tanggungjawab dari Dia

saat penantian itu terasa sekejap pula
saat gementar itu sudah tiada

kalau boleh sekarang juga mahu yang nombor dua...
(kah kah kah...baris ni just joking k)


janji

jangan menoleh lagi, itu janji
jangan ulangi lagi, itu tekad di hati

lalu janji dimungkiri
lalu tekad dikhianati

terus menoleh tanpa bersalah
terus mengulangi tanpa sekelumit insaf

berjanji lagi, malu
ulangi lagi, peduli
berjanji lagi, mahu
ulangi lagi, bersalah
berjanji lagi, insaf



p/s:
seriously addicted tahap cipan.
saya rindu kapasitor
masih kah ada lagi kapasitor sekarang ni
dhiya ain ada di situ.
dhiya amani ada di sini =P

p/s2:
saya mampu berkarya bila dalam keadaan jiwang
and u noe in which condition I am right now...hehehe
but karya tak jiwang pun
of course there is something behind that
indescribable!




mahu

mahu lagi, mahu lagi, mahu lagi
boleh jadi ketagihan
boleh jadi makan tanpa kenyang
boleh jadi masih mengejar impian
dan boleh jadi banyak lagi

satu sisi ia memang begitu
satu sisi ianya begitu
mungkin ada sisi lain lagi
juga sisi lain lagi

ada yang empat segi
ada yang tiga segi
itu tak apa jelas dan nyata

ada pula tidak terlihat seginya
terselindung?
diselindungi?
jika terselindung pasti terselak jua akhirnya
jika diselindungi sampai bila

berdiri lah di bumi yang nyata
memikul amanah Allah yang Esa
moga kita aman bahagia


Friday, September 28, 2012

sepi

bila berdiri mahu duduk
bila duduk mahu bangun

kenapa yang tidak
duduk terus duduk
bangun terus bangun

jika begitu layaknya
dunia akan sepi
suasana akan mati

yang ada hanyalah 
sekeping hati yang sunyi 



p/s: 
waaaaaaa best pulak berpuisi ni. 
tak payah taip panjang.
pendek, ringkas & padat

pengertian


Sudah lama mencari diri ini
Hingga kini masih belum mengerti
Apa sebenarnya kehendak hati
Yang mahu apa lagi
Yang ada masih di cari
Sedangkan aku terkapai-kapai sendiri

Tengok itu mahu
Tengok ini mahu
Di manakah ketetapan hati
Dalam mencari identiti diri

Cita-cita sebagai paksi
Hakikat itu kebenaran

Bukan rebah
Bukan jatuh
Cuma belum bangun
Bangunlah
Berlarilah
Melompatlah
Buat apa saja ikut suka
Buang semunya

Nescaya yang bahagia pasti akan tiba



Monday, September 24, 2012

bukit tinggi, pahang

Ahad hari tu boring2 kat umah sebab sabtu sehari suntuk tak ke mana2 maka mama beria ajak papa ke bukit tinggi. pergi balik hari je sebab dekat plus nak bergambar sahaja. sebaik sahaja sampai. ini gambar wajib di ambil. berlatar belakang kan bangunan ni. feeling2 kat negara omputih gitu. almaklumlah nak pergi overseas entah bila. 


okay turn mama pula. dhiya macam takde mood je. mungkin sebab panas. sampai dalam kul 12 tengah hari. dari umah dalam sejam setengah kot ke sana. 

kalau dari KL ikut je highway karak then exit berjaya hill resort. dalam 10km mendaki bukit maka sampailah. the exact place is colmar tropicale. rasanya macam tu lah ejaan dia. tiada kerajinan untuk google. 

suasana biasa2 sahaja. melainkan gambar bangunan omputih ni je. untuk pergi balik hari adalah sangat wajar sekali bagi sesiapa dari kawasan berhampiran termasuklah KL dan pahang. 


obviously dhiya sekarang sudah pandai nak itu nak ini. tetiba tengok bear ni asyik nak nak nak je. mana boleh lah dhiya amani yang ni kena main game dulu. itu pun entah dapat entah tidak. pujuk2 akhirnya berjaya juga untuk tak diikuti kemahuannya itu. 

anak mungkin tak leh ikut sangat apa yang diorang nak. nanti diorang fikir sume benda senang dapat macam tu je. apa yang diorang nak boleh bagi tapi jarang2 atau as a reward je. train dari kecik insyaAllah diorang akan paham dengan sendirinya. 
-peringatan untuk diri sendiri juga-


papa, tu tu tu...haha nak naik kuda pula. kuda ini pun tak leh naik dhiya amani. tinggi gabak. nanti jatuh. lagipun memang untuk display sahaja. sangat 1Malaysia kuda2 ini. 


finally, ade juga benda yang dhiya boleh main dan naik. hahaha! tapi muka tak senyum langsung nervous sebab serangga itu bergerak2. 


ini pula kat japanese garden. actually is place is separated from colmar tropicale. kena naik kete dulu baru sampai sini. but in the same gate lah. I mean masa nak masuk gate tu kena bayar fee rm12 untuk dewasa, kanak2 tak sure, mungkin rm8. Lepas gate tu belah kanan colmar, belah kiri ke japanese garden. 

Sampai2 kat garden tu ingat kan garden tu depan mata je. rupa2 nya kena mendaki bukit bagai memang penat dengan dhiya amani berlari2 lagi. nak kejar dia lagi. dan garden nya jauhhhhhh ke atas bukit sana. sampai2 penat lah kot dhiya amani ni terus duduk tak nak jalan. jadi mama lah kena dukung. so super duper penat. tak sempat sampai atas dah patah balik. gambar pun tak snap. ni je the only gambar yang ada masa kat garden tu. 


overall oke lah bercutian singkat lagi jimat untuk little family dikala keboringan pada hujung minggu. dalam kepala nanti nak ajak papa jalan2 lagi. wink* wink* wink*

Saturday, September 22, 2012

ingat tak citer masa kita budak2 dulu...

kalau drama pasal cinta mesti couple tu naik benda alah ni dalam air. seriously bila tengok gambar ni terus teringat. ni last week punya cerita. sedara ajak ber riadhah kat taman tasik titiwangsa. ni first time naik. hanya rm3 untuk setengah jam. tapi mama & dhiya naik kejap ke sebab mama takuttttttttttt, dhiya lagi lah taknak angkat muka langsung. tenggelam terus dalam life jacket tu. 

memang dalam pun air kat tasik tu. siap nampak rumpai2 air yang berkeliaran kat dalam kolam tu. terus terfikir pasal posibility2 yang bakal berlaku. mengarut betul kan? hahaha! walau apa pun kami hanya naik 5 minit je. 


the rest, papa naik ngan sedara kitorang.


Friday, September 21, 2012

mama, nak cucu...

waaaa anak mama dah big girl sekarang. cakap kemain banyak tapi sepatah dua je yang dapat paham. yang lain angguk2 je lah. oke lah untuk budak yang bakal menginjak setahun 6 bulan pada 25hb 9 nanti. wah wah wah ayat novel takmo kalah. wa kah kah kah.

alkisahnya sekarang ni saya demam adam&hawa punya drama. tapi umah kitorang takde beyond. maka terpaksa lah saya tengok kat internet. bila tengok kat internet tentu2 nya lah kan tak berapa nak feeling sangat. saya pun beli lah novel adam&hawa ni. lagipun da sangat lama baca novel ni jalan cerita sudah lupa. disebabkan lama tak beli novel & baca novel makanya layan abes lah novel ni. siap berdrama bagai masa baca. nasib bek husband da tido masa tu kalau tak memang kena sindir lah. btw, tak tahu lah lately ni kalau tengok drama touching2 sikit mulalah memerah mata. kalau dulu atau lebih tepat sejak lepas kawen ni saya dah tak layan sangat perasaan sebenarnya. 

mungkin dhiya tengok mama dia kusyuk sangat baca novel ni lalu dia amik dan buat gaya macam ni, haha pura2 baca lah kot. 




ini pula duk layan tengok aksi baby & kucing kat internet. dia memang sangat minat baby. btw dhiya pun ade cikted. wakakaka nanti2 lah saya upload ye. berbalik kepada minat baby ni. saya da perasan sejak dia mula masuk setahun hari tu. bila tengok baby je mesti nak g pegang2 lah walaupun itu baby sapa2 yang kita tak kenal sekali pun. masa benti kat rnr masa balik kg hari tu pun selamba je nak pegang anak orang yang benti kat situ. pada saya oke je asalkan dia tak buat benda pelik. tapi apa kata mak budak tu kan. ada orang tak suka anak disentuh sewenang2 nya. jadi dhiya sila behave sebelum mama kluar taring. 

memandangkan dhiya ade sepupu sepapat yang lebih kurang baya dia. saya tengok oke je dia main masa raya hari tu., takde nak pukul2 ke apa. tapi kalau ade org mula dulu. tu dia memang tak diamkan. opsss! yang ni mama tak ajar mungkin self defend kot. 

kalau ngan baby takde pula dia nak buat benda tak senonoh. yang paling dia suka adalah bagi susu. itu yang bahaya. kalau ada botol susu dekat2 ngan baby asyik nak bagi baby minum. need observation tak boleh tinggalkan dia ngan baby camtu je. ingat dhiya baby bukan anak patung. no! no! no!

satu je lah yang saya terfikir, dia tak ikut perangai saya. mungkin lebih ke papanya yang sangat sukakan baby. walaupun lelaki, walaupun before dapat anak sendiri dolu2 dia akan pegang anak sape2 yang dia jumpa. yang kitorang kenal i mean. banding ngan saya. fikir dua kali, 1. sebab anak orang. 2. sebab tak reti sangat nak pegang. cam mana pegang dhiya masa dhiya baby kecik cenonet pun dah tak ingat. macam lah dah beranak sepuloh dua puloh tahun lepas kan. oke2 seriously saya tak ingat dah melainkan insyaAllah kalau saya bersalin for next baby akan semula jadi pandai balik. and frankly speaking saya tak belajar pun sume ni. it come naturally bila da ade anak sendiri walaupun sebelum2 tu tak pernah pegang baby pun. 

so, girls out there jangan takut. bila da kawen sume boleh buat. kalau bukan sebab rajin sebab memang kena buat. kalau bukan kita buat sapa lagi nak buatkan. 

saya dulu LANGSUNG tak pandai masak, pas kawen pandai lah SIKIT2
saya dulu tak pernah PEGANG baby newborn, pas bersalin automatik PANDAI kekok2 sikit

tu je lah kot sikap yang obvious kena buat. bab basuh pinggan, basuh baju, kemas umah itu macam dah biasa buat dolu2 sebab saya anak sulung. tapi masak not including sebab my mum tak suka anak2 kacau bila dia masak. dia cakap bila we all masak sama2 makin lambat. so,, horeyyy!!! =P



ini pula saya kerjakan dhiya, actually nak suh dia pakai macam siti. end up siti ke mana dhiya ke mana. tak jadi pun. takpelah anak mama tetap cantik gitu. dan sekarang dia dah pandai buat muka. tengok lah tu konon2 muka ready nak bergambar lah tu. oh, u r growing so fast dear!


okay terpanjang pulaks..

Tuesday, September 18, 2012

Absen

Malam tadi sebenarnya da nak tido. Noted : Kami memang tido depan tv. Sambil2 nak tido sambil2 tengok tv. tetiba 12.30 tertengok cerita absen. Absen tu apa. Hahaha! ni bahasa mat terak. bahasa orang putih yang dah dimelayukan. yang sebenarnya adalah absent. 

disebabkan cerita pasal askar dan berlakon pulak di kem sg. besi, yang mana umah kami sekarang maka excited lah tengok citer tu sampai kul 2 pagi. walhal citer tu dah lama tapi saya tak pernah tengok. mungkin masa tu tak minat pun citer askar2 ni. almaklumlahkan. 

walaubagaimanapun, perancangan Allah itu indah. saya ditemukan dengan suami yang keje askar. serba sedikit sebanyak dapat lah juga saya belajar apa yang sebelum ini sangat asing bagi saya. yang mana belum tentu saya amik tahu. kalau saya tak kawen dengan dia. 

berbalik kepada absent tadi. askar ni dia ade LLP (lain-lain pangkat) maksudnya pegawai waren ke bawah. dia akan terikat ngan keje selama 20 atau 21 tahun. dalam tempoh tu sekiranya mana2 anggota melarikan diri macam tu je. dia dikira absen. maka dia takde ic sebab original ic hanya akan dipulangkan selepas tamat perkhidmatan. maksudnya jika dia absen dia akan jadi macam pelarian di negara sendiri. nak keje lain tak boleh sebab sume keje memerlukan ic. bagi yang belum kawen, nak kawen pun tak boleh sebab takde ic.

dan kepada yang absen ni sekiranya pihak atasan dapat jumpa dan tangkap akan dikenakan tindakan yang teruk. so, begitu lah ceritanya =)




Thursday, September 13, 2012

Kenapa entri tak bergambar?

Kekdahnya kan tukaq phone baru. makanya tak reti nk transfer gmbr cemana ke laptop. Huhuhu! belum sempat lagi nak godek2. Bluetooth tak dapat connect cemane entah. pakai cable pun tak dapat detect juga. ke saya yang tak pandai. entah lah. so memang entri akan tak bergambar sehingga saya pandai atau melainkan saya rajin upload dulu ke facebook through phone then save dalam laptop then upload semula ke blog ini. 

Kenapa tak berblog through phone? pun sebab belum pandai lagi. banyak kena belajar with limited time. hehe limited ke? entah lah cuma masa masih belum mengizinkan. Insyallah slow2. 

Da lama tak masak

Almaklumlah kat KL ni rumah terbuka sampai 30 syawal. maka hujung minggu tak masak pon. weekdays pula lunch kat tempat keja masing2 me & husband. Oh baru ingat ade upload gambar guna instagram. Jap saya save then upload sini. 

Gambar beraya kat rumah terbuka


ini umah pertama yang kami g beraya setelah balik KL. rumah kak jib ex-colleague masa kat ad#venta. lupa nak amik gambar makanan sebab teruja jumpa baby baru. lahir sehari before raya. kalau tak silap namanya Fitriah Qaisara. 


sejurus selepas ke rumah kak jib terus bergegas ke rumah "kakak wani" dhiya. juga tak amik gambar makanan, "segan" =P..So, layan je gambar kami yang santek2 ni. tul tak kakak wani?


ini minggu lepas. beria mahu ke rumah terbuka vantage. hajat di hati mahu dapat hadiah FREE sebab ade lucky draw. tapi rezeki tidak menyebelahi. makanan semua sedap. pandai diorang pilih menu dan resepi. next year jangan lupa adakan dan jemput lagi ye =)


ini baru sekejap tadi. beraya dengan mat2 askar kat kem husband keje. meriah dengan budak2, tidak kurang juga mak & pak budak2. next year buat lagi ye.

Wednesday, September 12, 2012

After 3 years

I am now officially become a student again. With big responsibility and try to complete it in 2 years time. sangat pressure. saje mem'pressure'kan diri sendiri. kalau tak pressure susah sikit nak achieve apa yang kita nak kan. This week is the registration week, actually the registration already start last week, but I only register on last monday. After register as a new student ni perasaan lain sikit. Takut, berdebar, tak confident sume ade. Doing master is totally different compared to undergraduate. Masa tu fresh lagi. Budak2 & masih innocent. Sekarang sudah dewasa. A mother, a wife, a daughter, a student, a sister. Sume sekali harung. Ya Allah, aku berdoa kepada Mu moga aku diberi kekuatan itu.  

You know what, after nearly three months I did wrong thing regarding my labwork. Punye lah saya fikir yang "polistren" yang kita buat bungkus makanan or guna as a plate masa birthday it polystyrene rupa2nya it is not. Ia adalah polyurethane ye kawan2... so, sume kerja saya sekarang ni adalah based on polyurethane. Sebab tu hasilnya adalah tak seperti yang saya mahu. Jadi untuk tunggu the real polystyrene I need to wait for almost one month. 

After a short discussion

with my husband we have decided, mahu atau tidak kena terus tinggal di Kuala Lumpur for next 12 years or maybe more than that for a certain reason. So, macam tak jadilah nak apply SLAB kat UMK tu. Sebab kalau dah amik kat sana of course lah saya kena kerja sana nanti. Tempat isteri kan di sisi suami maka saya haruslah patuh. Tidak dinafikan best jugak hidup kat KL ni. 

Dekat dengan segala kemudahan. Tak sabar nak tunggu dhiya besar. Bila dhiya besar saya nak hantar dia join science scout kat petrosains. Kelate mana ade sume tu kan. Nanti boleh g play2 kat KidZania. Bawak2 jalan pusat sains negara. tak pun g planetarium ataupun aquaria. Wakakaka! Ini kes pujuk diri sendiri ni.

Dan wiken lepas g open house kat vantage HQ kat PJ. First time ever. Unlucky me tak dapat apa2 untuk lucky draw. Next year kita pergi lagi Ok. 

"Tapi itulah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain" 

InsyaAllah cita2 saya untuk balik kelantan akan dimakhbulkan. Cepat atau lambat bukan masalahnya. Just enjoy ur life wherever u are. Allah dah tetapkan semuanya and don't question it. 

Jangan pernah benci pada sesuatu

Sebagai contoh, seorang sedara ade bercerita

Dia tidak suka lelaki hitam, pakai spek, bla...bla...bla....
Tapi akhirnya dia dapat orang yang punyai sume ciri2 dia tak suka tu. 
Dan dah jadi husband dia pun sekarang ini. 
so, jangan pernah benci seseorang itu...

Sama juga lah KL tak pernah ade dalam senarai untuk saya settle down after abes degree melainkan terengganu & kelate. but end up terus duk KL kan. haaaaaa sapa suh tak suke.
so, jangan pernah benci sesuatu itu...


Friday, September 7, 2012

Have to say bye2 to my broadband

to those who follow my blog. keh keh keh ade ke? you know right how difficult for me to get internet access during my first time stay at KL. after a few months, I got my own one and can easily access to the internet. if i am not mistaken somewhere in february or march 2010. 

as time past by and out of sudden i got my new phone which i can connect to the internet through it without using broadband anymore and i start thinking to terminate the broadband. even inside me sangat sayang. but i have to choose the cheapest and easy one. i cannot have both at the same time. this doesn`t mean i already forgot what we have go through for past two years plus. 

today is the day.

so this entry is dedicated for you =) 

touching2...sob, sob, sob, =P


Sekarang saya mahu bercakap pasal SLAB SLAI pula

Seperti yang semua sedia maklum SLAB ini adalah skim latihan akademik bumiputera. KPT mengadakan joint venture dengan universiti-universiti tempatan untuk menjayakan program ini demi meningkatkan lagi golongan muda yang bergelar pensyarah. Untuk saya lebih sesuai SLAB rasanya. Sebab SLAB ditawarkan untuk menjadi fellow dan menyambung pengajian di peringkat sarjana. (jika tidak silap sayalah). apa yang menariknya dengan memiliki biasiswa ini kita tidak perlu pening kepala memikirkan untuk meminta kerja selepas belajar ini kerana kita adalah bond dengan universiti yang bagi kita SLAB/SLAi tu. Dan dalam fikiran saya ni hanya ada UMK sebagai pilihan pertama. UMK ni stand for universiti malaysia kelantan. akan tetapi saya tidak tahu bagaimana saluran nya. tidak seperti UTeM yang saya jumpa borang permohonannya di internet yang membolehkan kita membuat permohonan sepanjang tahun. 

kepada kawan2 yang terbaca ini dan mempunyai saluran yang betul untuk memohon boleh emel kepada saya k cara2 dia. pertolongan kawan2 semua saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga usaha saya untuk mencapai cita2 murni ini dipermudahkan olehNya. AMinnnn

ni emel saya: anis_nurdhiani@yahoo.com

______________________________________________________________________________

updated:

memandangkan saya banyak dapat link yang google dan masuk ke entri ini makanya saya bagi sedikit detail pasal program ni sejauh mana yang saya tahu. harap dapat membantu:

saya pernah telefon pengurusan UMK. tapi katanya UMK tak sediakan SLAB/SLAI untuk orang luar. dia hanya sediakan program ini untuk pensyarahnya sahaja. sebagai contoh sekarang sy tengah sambung master. kononnya lepas abes belajar saya apply jadi pensyarah UMK dan katakanlah dapat. then dari situ baru saya boleh isi borang untuk sambung study dan UMK akan bagi SLAB/SLAI pada saya. ini bertujuan untuk encourage lecturer diorang sambung PhD. tapi refer to UMK diorang tak kisah lecturer yang dapat SLAB/SLAI ni nak sambung belajar kat uni mana2. uni oversea pun boleh kalau tak silap.

dan kalau2 ada universiti yang tawarkan SLAB/SLAI ni pada yang bukan staff. kena tengok bidang apa yang ditawarkan kat uni tu. biasanya dia akan bagi bila ada subject atau fakulti tu kat uni dia. sebab nanti pas abes belajar kita kena kerja kat situ kan. jadi subject yang kita amik ngan yang nak ajar nanti mestilah kena tally kan.

dan lagi saya rasanya universiti malaysia perlis ada sediakan skim ini untuk outsider macam kita ni. tapi kena bond lah ngan diorang nanti and then kena lah jadi lecturer kat sana pas abes belajar. universiti malaysia pahang pun kalau tak silap. correct me if i am wrong.

okay itu saja setakat yang saya tahu hopefully dapat membantu.