Friday, September 21, 2012

mama, nak cucu...

waaaa anak mama dah big girl sekarang. cakap kemain banyak tapi sepatah dua je yang dapat paham. yang lain angguk2 je lah. oke lah untuk budak yang bakal menginjak setahun 6 bulan pada 25hb 9 nanti. wah wah wah ayat novel takmo kalah. wa kah kah kah.

alkisahnya sekarang ni saya demam adam&hawa punya drama. tapi umah kitorang takde beyond. maka terpaksa lah saya tengok kat internet. bila tengok kat internet tentu2 nya lah kan tak berapa nak feeling sangat. saya pun beli lah novel adam&hawa ni. lagipun da sangat lama baca novel ni jalan cerita sudah lupa. disebabkan lama tak beli novel & baca novel makanya layan abes lah novel ni. siap berdrama bagai masa baca. nasib bek husband da tido masa tu kalau tak memang kena sindir lah. btw, tak tahu lah lately ni kalau tengok drama touching2 sikit mulalah memerah mata. kalau dulu atau lebih tepat sejak lepas kawen ni saya dah tak layan sangat perasaan sebenarnya. 

mungkin dhiya tengok mama dia kusyuk sangat baca novel ni lalu dia amik dan buat gaya macam ni, haha pura2 baca lah kot. 




ini pula duk layan tengok aksi baby & kucing kat internet. dia memang sangat minat baby. btw dhiya pun ade cikted. wakakaka nanti2 lah saya upload ye. berbalik kepada minat baby ni. saya da perasan sejak dia mula masuk setahun hari tu. bila tengok baby je mesti nak g pegang2 lah walaupun itu baby sapa2 yang kita tak kenal sekali pun. masa benti kat rnr masa balik kg hari tu pun selamba je nak pegang anak orang yang benti kat situ. pada saya oke je asalkan dia tak buat benda pelik. tapi apa kata mak budak tu kan. ada orang tak suka anak disentuh sewenang2 nya. jadi dhiya sila behave sebelum mama kluar taring. 

memandangkan dhiya ade sepupu sepapat yang lebih kurang baya dia. saya tengok oke je dia main masa raya hari tu., takde nak pukul2 ke apa. tapi kalau ade org mula dulu. tu dia memang tak diamkan. opsss! yang ni mama tak ajar mungkin self defend kot. 

kalau ngan baby takde pula dia nak buat benda tak senonoh. yang paling dia suka adalah bagi susu. itu yang bahaya. kalau ada botol susu dekat2 ngan baby asyik nak bagi baby minum. need observation tak boleh tinggalkan dia ngan baby camtu je. ingat dhiya baby bukan anak patung. no! no! no!

satu je lah yang saya terfikir, dia tak ikut perangai saya. mungkin lebih ke papanya yang sangat sukakan baby. walaupun lelaki, walaupun before dapat anak sendiri dolu2 dia akan pegang anak sape2 yang dia jumpa. yang kitorang kenal i mean. banding ngan saya. fikir dua kali, 1. sebab anak orang. 2. sebab tak reti sangat nak pegang. cam mana pegang dhiya masa dhiya baby kecik cenonet pun dah tak ingat. macam lah dah beranak sepuloh dua puloh tahun lepas kan. oke2 seriously saya tak ingat dah melainkan insyaAllah kalau saya bersalin for next baby akan semula jadi pandai balik. and frankly speaking saya tak belajar pun sume ni. it come naturally bila da ade anak sendiri walaupun sebelum2 tu tak pernah pegang baby pun. 

so, girls out there jangan takut. bila da kawen sume boleh buat. kalau bukan sebab rajin sebab memang kena buat. kalau bukan kita buat sapa lagi nak buatkan. 

saya dulu LANGSUNG tak pandai masak, pas kawen pandai lah SIKIT2
saya dulu tak pernah PEGANG baby newborn, pas bersalin automatik PANDAI kekok2 sikit

tu je lah kot sikap yang obvious kena buat. bab basuh pinggan, basuh baju, kemas umah itu macam dah biasa buat dolu2 sebab saya anak sulung. tapi masak not including sebab my mum tak suka anak2 kacau bila dia masak. dia cakap bila we all masak sama2 makin lambat. so,, horeyyy!!! =P



ini pula saya kerjakan dhiya, actually nak suh dia pakai macam siti. end up siti ke mana dhiya ke mana. tak jadi pun. takpelah anak mama tetap cantik gitu. dan sekarang dia dah pandai buat muka. tengok lah tu konon2 muka ready nak bergambar lah tu. oh, u r growing so fast dear!


okay terpanjang pulaks..

No comments: