Monday, September 24, 2012

bukit tinggi, pahang

Ahad hari tu boring2 kat umah sebab sabtu sehari suntuk tak ke mana2 maka mama beria ajak papa ke bukit tinggi. pergi balik hari je sebab dekat plus nak bergambar sahaja. sebaik sahaja sampai. ini gambar wajib di ambil. berlatar belakang kan bangunan ni. feeling2 kat negara omputih gitu. almaklumlah nak pergi overseas entah bila. 


okay turn mama pula. dhiya macam takde mood je. mungkin sebab panas. sampai dalam kul 12 tengah hari. dari umah dalam sejam setengah kot ke sana. 

kalau dari KL ikut je highway karak then exit berjaya hill resort. dalam 10km mendaki bukit maka sampailah. the exact place is colmar tropicale. rasanya macam tu lah ejaan dia. tiada kerajinan untuk google. 

suasana biasa2 sahaja. melainkan gambar bangunan omputih ni je. untuk pergi balik hari adalah sangat wajar sekali bagi sesiapa dari kawasan berhampiran termasuklah KL dan pahang. 


obviously dhiya sekarang sudah pandai nak itu nak ini. tetiba tengok bear ni asyik nak nak nak je. mana boleh lah dhiya amani yang ni kena main game dulu. itu pun entah dapat entah tidak. pujuk2 akhirnya berjaya juga untuk tak diikuti kemahuannya itu. 

anak mungkin tak leh ikut sangat apa yang diorang nak. nanti diorang fikir sume benda senang dapat macam tu je. apa yang diorang nak boleh bagi tapi jarang2 atau as a reward je. train dari kecik insyaAllah diorang akan paham dengan sendirinya. 
-peringatan untuk diri sendiri juga-


papa, tu tu tu...haha nak naik kuda pula. kuda ini pun tak leh naik dhiya amani. tinggi gabak. nanti jatuh. lagipun memang untuk display sahaja. sangat 1Malaysia kuda2 ini. 


finally, ade juga benda yang dhiya boleh main dan naik. hahaha! tapi muka tak senyum langsung nervous sebab serangga itu bergerak2. 


ini pula kat japanese garden. actually is place is separated from colmar tropicale. kena naik kete dulu baru sampai sini. but in the same gate lah. I mean masa nak masuk gate tu kena bayar fee rm12 untuk dewasa, kanak2 tak sure, mungkin rm8. Lepas gate tu belah kanan colmar, belah kiri ke japanese garden. 

Sampai2 kat garden tu ingat kan garden tu depan mata je. rupa2 nya kena mendaki bukit bagai memang penat dengan dhiya amani berlari2 lagi. nak kejar dia lagi. dan garden nya jauhhhhhh ke atas bukit sana. sampai2 penat lah kot dhiya amani ni terus duduk tak nak jalan. jadi mama lah kena dukung. so super duper penat. tak sempat sampai atas dah patah balik. gambar pun tak snap. ni je the only gambar yang ada masa kat garden tu. 


overall oke lah bercutian singkat lagi jimat untuk little family dikala keboringan pada hujung minggu. dalam kepala nanti nak ajak papa jalan2 lagi. wink* wink* wink*

2 comments:

Nuwairani said...

tak pernah lagi sampai sini...tapi macam ramai yg suke dtg.

eira eixora said...

orang g nak amik gmbr je rasanya kak nani