Friday, September 28, 2012

pengertian


Sudah lama mencari diri ini
Hingga kini masih belum mengerti
Apa sebenarnya kehendak hati
Yang mahu apa lagi
Yang ada masih di cari
Sedangkan aku terkapai-kapai sendiri

Tengok itu mahu
Tengok ini mahu
Di manakah ketetapan hati
Dalam mencari identiti diri

Cita-cita sebagai paksi
Hakikat itu kebenaran

Bukan rebah
Bukan jatuh
Cuma belum bangun
Bangunlah
Berlarilah
Melompatlah
Buat apa saja ikut suka
Buang semunya

Nescaya yang bahagia pasti akan tiba



2 comments:

Kakzakie said...

Biar kemana membawa diri
naluri dan nafsu menguasai diri
kawal semua dgn kekuatan iman
insya-allah ia pasti dalam genggaman

eira eixora said...

budak-budak main kotak,
main kotak dengan tangan,
terima kasih kakak,
di atas kunjungan...

hehehe =)