Tuesday, July 22, 2014

Kota Bharu

Saya ni cakap je asal kelate. Tapi kalau sebut Kota Bharu saya tak familiar sangat. 

Dilahirkan di Machang dan dibesarkan di kuala krai. Memang jarang sangatlah g Kota Bharu. 

Masa kecik-kecik ingat lagi g Kota Bharu masa nak beli baju raya je. Masa tu lah kenal The Store ngan Pantai Timur. 

Pastu masa sekolah menengah saya sekolah kat pasir puteh. Pernah beberapa kali outing ke KB. Tak pergi mana pun. Makan KFC kadang-kadang pusing-pusing pasar. Tu je. 

Kawen pula ngan orang K.Krai juga. Lagi lah tak pergi sangat. Hari tu masa balik kg, kami ke KB. Siap sesat bagai sebab banyak jalan dah jadi sehala. Main gamble je pergi. Biasanya memang akan stuck kat Pasar Siti Khadijah tak tahu jalan keluar. Huhuuhu!

Tiap-tiap kali musim cuti ramailah kawan kat FB duk post rindu Nasi Kak Wok lah, Nasi Ulam Cikgu lah, Hayaki lah. Semua pun saya belum pergi. Ada pun kalau pernah pergi sekali je lama-lama dulu. Sebab biasanya kalau ke Kota Bharu tu mesti g rumah sedara mara atau ada kerja lain jadi tak sempat nak merasa kesedapan masakan yang kawan-kawan uar-uarkan tu. 

Walaupunbagaimanapun saya sayang kelate. Tempat tumpah darahku!

Mode: Tak sabar nak balik kampung jumaat ni. 

SELAMAT HARI RAYA IN ADVANCE!!

Bawa kete leklok. 

Doakan perjalanan kami selamat balik kg dan selamat balik KL balik. 

Oh ya btw,

saya ada satu set balang kuih vantage ready stock. kepada yang mahu boleh inform sebelum jumaat k. penghantaran sekitar KL adalah Free Of Charge sehingga kamis k. Satu set RM300. 

Hubungi saya 019-9885546 *Anis 



11 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Selamat hari raya Iera..
Berhati-hati dijalan raya..

Sura Mohd said...

sama la..akak pon plan Jumaat ni..tp tak tau lg tolak kul brape..ingat nak lepas subuh tp anak sekolah lagi..yg form 3 tu susah sikit nak ponteng sbb ada PBS..semoga perjalanan kita semua selamat pergi dan balik..:)

Anum said...

selamat hari raya

PetakBunga said...

kita pun ore kelate jugak..huhu..

kita pun berajat nk blk jumaat ni..
jupe dikg deh..

Kayu Manis said...

InsyaAllah semoga selmt sampai..
selamat hari raya dr knor juga..

msti tk sabar ni..

Mizz ErMa said...

laa..akak ore qlate? samo ler kito..hihi sy asal pc, area kb tu jgk la..selamat ari raya in advance too! =)

nohas said...

Selamat Hari Raya..semoga gembira di hari raya..

FarahFerraDotCom said...

Wah bestnya lusa dah start cuti raya dah.. farah keja lagi jumaat nie.. semoga selamat sampai ke kg halaman okey..=D

nOe suhaimi said...

x sabar2 nak balik nampaknya eira...dah terbayang2 kammpung halaman nampaknya...

LYAfrina said...

Sama dgn lya.
Nama org trg.. tp sgt x knl n familar dgn bandar trg sbb duk kat kemaman.. kemaman lak dekat dgn kuantan.. so kalo shopping pom ke kuantan je la..

Salam aidilfitri
Maaf zahir n batin

LYAfrina said...

Salam aidilfitri

Maaf zahir n.batin