Disebabkan banyak sangat kekangan untuk ku mengupdate blog kat bilik. Jadi blog kali ni mempunyai beberapa tajuk. Kalau nak update kat IRC boleh, tapi since gambar aku kat dalam komp susah jadinya..
PANGGILAN HAJI
Hari tu masa study week aku sempat balik kampung 3 hari, sebab nenda tercinta nak pergi menunaikan haji. Aku berpeluang hantar dia kat lapangan terbang. Walaupun penat tapi berbaloi sebab leh jumpa nenek aku.
aku ngan mek
budak kecik
aku ngan budak kecik
mek ngan cucu-cucunya
suasana kat lapangan terbang tu
ramai sangat orang
kitorang siap terpisah bape kali, pastu jumpa balik
Kami doakan mek selamat menunaikan haji dan selamat balik nanti..AMIN...
TAG KE-LIMA
Dan hari tu aku ditag oleh Rosli. Hehe..baru hari ni berjaya meloloskan diri untuk buat tag ni =)
The rules for this tag will be -
* take a recent photo of yourself OR take a picture of yourself RIGHT NOW.
* DON'T change your cloth. DON'T fix your hair, just take a picture.
* Post that picture with NO editing.
* post this instruction with your picture.
* Tag 10 people to do this.
Sowii..sebab dah lama tahu ditag, jadi gambarnya sudah diprepare awal-awal....kira acila kan..
Gambar ni diambil sebaik sahaja sebelum pergi beli makanan petang semalam. Erm, ape komen anda. Aku nampak muka aku cam kusam jerk. Kenapa? Mungkin tension kena study banyak-banyak. Atau mungkin aku kena belajar pakai mekap yang nipis-nipis tu untuk naikkan seri muka. hehehe. Macam-macam kan aku ni..Erm satu lagi aku nak tanya. Korang perasan tak, mata aku juling. Dulu aku tak rasa sangat tau. Tapi lately aku makin perasan bila tengok gambar mata aku memang juling lah..huhuhu!! Atau aku memang sebenarnya perasan..NO KOMEN!
So, sepuluh orang yang terawal baca post ni aku tag korang untuk buat. Kalau dah buat kira tak yah buat. Baik tak aku ni? =)
SOMETHING WRONG SOMEWHERE
Mende ni telah berlegar-legar kat dalam fikiran aku masa kat IRC tadi lagi. Entah mengapa aku tak tahu di mana silapnya. Sejak aku masuk ke UTP sehingga ke hari ni aku rasa ada mende yang masih terbuku di hati aku ni. Dulunya sebelum masuk 'U' aku pernah terfikir untuk jadi seorang pelajar yang cemerlang bila study kat uni.
Tapi setelah masuk ke UTP ni, daripada first semester punye result sampailah last sem, semuanya seolah-olah tidak mencapai apa yang aku targetkan. Kata orang, manusia tak pernah puas dengan apa yang dia dapat. Aku cukup bersyukur sebenarnya. Tapi rasa hendak memiliki dan mendapat keputusan yang baik itu sebenarnya ada. Aku nak sangat mengulangi sejarah-sejarah dulu yang pernah aku capai. Tapi makin aku nak, makin aku rasa macam tak dapat.
Mengapa aku timbulkan hal ini disaat aku hanya tinggal satu semester lebih je lagi untuk menghabiskan pelajaranku di sini? Sebenarnya tidak, setiap hari pun aku terfikir. Tapi sekarang baru aku meluahkannya dengan kata-kata. Bila aku tengok balik apa yang aku belajar, aku akui tidaklah susah sangat sebenarnya. Tapi kenapa aku tak boleh. Kawan-kawan aku boleh je.
YA ALLAH, Aku memohon keampunan dariMU. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan. Permudahkanlah perjalanan hidupku. AMIN..
2 comments:
anis, thanks for doing the tag. don't worry too much about exam results - yang penting habiskan belajar n dapat kerja yang baik. result, sometimes it helps but most of the time not. try our best, kalau dpt alhamdulliah, kalau x dapat nk buat mcm mana, mungkin Allah ada perancangan lain utk kita. =D
selamat menunaikan haji buat nenda anis. :D
Thank you Rosli. Hopefully saya dapat abes belajar on time =) Pastu dapat keje. Kalau bleh nak keje ngna PETronaS. AMInn...
Post a Comment