Friday, July 1, 2011

Bila ANis drive

Haha, seriously saya memang tak suke drive. Kalau tak terpaksa saya memang tak kan drive. Hari tu kan da bertekad nak drive g keje. Kalau hari isnin je rasa lambatnya jumaat sebab asyik fikir pagi dan petang kena pergi dan balik keje sendiri.

Sedar tak sedar da sebulan lebih dah drive. Tapi still macam tu lagi, macam orang tak pandai bawak kete. Tambah2 plak kete manual. Pergi keje lane sama, balik keje pun lane tu jugak. Tak reti nak tukar2.

Tapi satulah bila da drive sendiri ni baru lah nak sedar ade kete belakang depan kiri kanan. Biase kalau jadi co-pilot tak sedar pun sape2 melainkan macam kete kita je kat atas jalan tu. N maybe diorang perasan kot sy ni penakut bawak kete. Kalau duk belakang lori yang tahap bleh follow lagi tu follow je lah melainkan lori tu terlalu slow.

Saya sangat respect kat pemandu lelaki yang bagi laluan bila kita bagi signal bukannya makin nak himpit lagi. Da tahu kan kalau pompuan yang tak cekap bawak kete tu klau makin himpit2 lagi lah dia takutkan. Ni untuk special kes cam saya lah. Kalau yang da expert tu oke je.


No comments: