Tuesday, September 18, 2012

Absen

Malam tadi sebenarnya da nak tido. Noted : Kami memang tido depan tv. Sambil2 nak tido sambil2 tengok tv. tetiba 12.30 tertengok cerita absen. Absen tu apa. Hahaha! ni bahasa mat terak. bahasa orang putih yang dah dimelayukan. yang sebenarnya adalah absent. 

disebabkan cerita pasal askar dan berlakon pulak di kem sg. besi, yang mana umah kami sekarang maka excited lah tengok citer tu sampai kul 2 pagi. walhal citer tu dah lama tapi saya tak pernah tengok. mungkin masa tu tak minat pun citer askar2 ni. almaklumlahkan. 

walaubagaimanapun, perancangan Allah itu indah. saya ditemukan dengan suami yang keje askar. serba sedikit sebanyak dapat lah juga saya belajar apa yang sebelum ini sangat asing bagi saya. yang mana belum tentu saya amik tahu. kalau saya tak kawen dengan dia. 

berbalik kepada absent tadi. askar ni dia ade LLP (lain-lain pangkat) maksudnya pegawai waren ke bawah. dia akan terikat ngan keje selama 20 atau 21 tahun. dalam tempoh tu sekiranya mana2 anggota melarikan diri macam tu je. dia dikira absen. maka dia takde ic sebab original ic hanya akan dipulangkan selepas tamat perkhidmatan. maksudnya jika dia absen dia akan jadi macam pelarian di negara sendiri. nak keje lain tak boleh sebab sume keje memerlukan ic. bagi yang belum kawen, nak kawen pun tak boleh sebab takde ic.

dan kepada yang absen ni sekiranya pihak atasan dapat jumpa dan tangkap akan dikenakan tindakan yang teruk. so, begitu lah ceritanya =)




No comments: