Biasaler bila dah update tu tetiba datang idea nak update yang lain pulaa...okelah sementara masih ada idea kena cepat2..haha!
Kita mulakan dengan gambar makanan.
Sebenarnya kan masa bulan puasa hari tu sebabnya suami tak suka makan or beli sangat makanan kat luar (masa bulan puasa je ye =P) jadi nya selama sebulan lah dapur rumah kitorang berasap. Balik dalam kul 4 terus serang dapur tung tang tung tang okesssss siap! Oh tidak berenti di situ saja. Kemas dapur basuh pinggan tung tang tung tang...siapppp! pas makan ada lagih pinggan kotor. huhuhu! yang tu kadang kemas masa malam kadang kemas masa lepas sahur atau kemas masa petang esoknya bila balik keje. Alhamdullillah sebab option banyak sangat jadi pilihan di tangan anda. hahaha!
disebabkan macam penat sikit lah kan. dan malam pun rasa tak lama sebab tertido awal. jadi laptop pun tak buka sangat lah masa tu. pastu lepas cuti raya kat kampung dh berazam dalam diri sendiri tak mahu masak beria sangat pas balik ni. haaaaaaa! memang pas raya hari tu tak pernah masak beria. masak ala kadar je. paling2 makan je kat kedai. punye lah malas. ikut perangai sapa la ni.
jadinya gambar di atas ni lah rasanya hidangan yang paling best lepas raya. yang sebenarnya takdelah best mana. tapi adalah ikan, sayur potong je okeh. still consider sayur lah jugak. yang penting budu + lada + tempoyak + asam limau + ikan rebus terus tak pandang yang lain.
alkisahnya husband saya masa mula2 kawen sangat cerewet bab2 makan. bukan cerewet macam mana lah cuma apa yang dia makan tak banyak choice sangat. probability nak ulang makan benda sama dalam seminggu adalah tinggi. tapi saya jenis yang cepat boring kalau asyik makan benda yang sama. itu dululah sekarang alhamdullilah sebab dia sudah banyak terpengaruh dengan saya.
dulu ada ke patut singgang ikan pun tak suka. tapi sebab saya suka saya masak je. last2 dia pun suka siap request lagi. samalah dengan combination budu + lada + tempoyak + asam limau + ikan rebus dulu2 dia tak suka. semalam siap request. aik pelik2 tapi kuturutkan jua sebab daku pun suka. hahahahaha!.
Tapi timun tu adalah kegemaran dia. saya tak suka sangat. makan jugak seketul dua. yang lain sume dia punya. kalau petai saya sukalah. sepapan makan sorang2 pun abes. yang tu dia tahu lah. dia makan juga tapi tak sehebat saya.
yang atas tu saya masak ayam goreng tomyam. pertama kali masak. terjumpa resepi dalam buku resepi 1 hari 1 resepi. not bad juga rasa dia. boleh lah.
oh okeslah terpanjang pulaks....
3 comments:
saya pun tak suka singgang.
tapi mmg suka budu+tempoyak/durian+cili+asamlimaunipis tu.. nyumnyum
walaupun simple tapi akak suka..
kena aje pasangannya..
tak mkn lgi ni..
4feet8, yeke. ini lah makanan feveret saya =)
knor, slalu kalau husband keje sy yang sgt rajin ni goreng ikan makan ngan budu je
Post a Comment