Masih saya ingat lagi masa saya nak sambung belajar kat Matrikulasi. Ada seorang kawan cakap. Susah lah Anis belajar kat matrik. Lebih baik sambung tingkatan 6 je. Masa tu dalam hari terus zuuppp. Jujurnya pendapat dia. Tapi saya tak letak dekat hati pun.
Saya pergi juga belajar di Matrik. Susah? Memang susah. Belajar mana ada yang senang. Masa kecik-kecik dulu belajar A B C pun kita rasa susah kan. Alhamdulillah dengan bantuan cikgu-cikgu dan kawan-kawan dan dengan izin Allah s.w.t saya berjaya menamatkan pelajaran di matrik.
Sedar tak sedar sekarang saya tengah fight untuk habiskan master saya. Susah ke sambung master? Kalau nak senaraikan kesusahan dan kekangan yang berlaku memang tak akan abis nak tulis kat entri ini. Tapi tu lah. Bila kita hendak kan sesuatu tu. Kita kena buat sehabis baik. Bila dah mula kena habiskan.
Terus terang saya cakap pada sapa yang nak sambung, sambunglah selagi minat ada. Jangan dengar-dengar cakap orang. Ukur apa yang kita target dan mahu capai dengan kemampuan diri kita sendiri. Selebihnya kita serahkan kepada Allah. InsyaAllah kita akan berjaya.
Doakan yang baik-baik saja ye kawan-kawan. Kalau boleh mahu share yang best-best je =)
7 comments:
betul2, nak seribu daya, xnk seribu dalih..tepuk dada tny je selera kan? hihi
ya, betul..belajar memang susah - kena dtg kelas, ambik nota, ulangkaji, baca, buat research, discussion, etc...tapi itulah hakikat belajar...dari tak tahu kepada memahami pelbagai subjek..takde yg mudah dlm hidup ini..berusaha..
kalau nak seribu daya kan
klu rajin apa salahnya..
Kalo kita gigih.. y susah pon dpt dihadapi.. untungnya bpluang samb master
boleh punya. hehe just do it!
Kalau kita nak, kenalah gigih berusaha. Akak ni bercita-cita nak sambung belajar sejak dari muda belia, sampai lepas kahwin, sampai ada anak dua. Buat tak juga. Hangat-hangat tahi ayam je!
Post a Comment