Friday, October 24, 2014

Ke arah bebas masalah hutang 5 tahun lagi

Alhamdulillah. Ini belum wrap tahun 2014 lagi tau. Masih berbaki 2 bulan lagi. Tapi takpelah nak cakap juga. 

Dipendekkan cerita. Main hutang yang nampak seketul sekarang ni adalah viva tu lah. Ikutkan kira-kira lagi empat tahun nak abes bayar. Tak sabar nak tunggu abes bayar. Nanti leh naik kete FREE. Hahah! Sebenarnya ada je teknik yang orang lain buat supaya beli kete terus FREE2 dapat. Tapi biasalah perkara-perkara ilmiah susah nak hadam. Jadi kita hadam mana yang senang kita faham je. Betul tak?

Rentetan saya memfollow orang-orang hebat di FB bermula awal tahun ini saya telah mengikuti perkembangan aktiviti mereka saban hari. Ada yang:

1. Jual beli rumah subsale
2. Buat sewa kereta
3. Jual beli emas
4. Beli rumah lelong buat flip
5. Sewa rumah pastu sewakan pada orang lain (sublet)
6. Manipulasi ASB
7. Bisnes tuisyen

Tak dinafikan sudah ramai anak muda yang sedar tentang peluang dalam bisnes ni. Yang penting mereka sangat suka berkongsi supaya makin ramai anak melayu yang berjaya. Hasil daripada perkongsian itulah sedikit demi sedikit telah membuka minda saya untuk follow sikit-sikit. Kalau mereka buat 80% kita bermula lah dengan 5% dulu ke. Sebagai permulaan. 

Tapi nak buat apa-apa kena rujuk kepada kebolehan dan kemampuan diri sendiri. Kalau nak pulun semua pun boleh tapi janganlah sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. 

Jadi yang mana saya tengah nak follow sekarang ni? Keyword dia kat sini adalah Manipulasi ASB. Tak sangka ASB sangat berpotensi sebagai mangkin untuk memulakan atau meningkatkan saving akaun kita. Kalau nak tahu pasal ASB ni dengan lebih lanjut boleh follow Tuan Khairul Ezuwan kat FB beliau. 

Semoga semuanya berjalan lancar. Amin. 


3 comments:

Anum said...

bagus kan

Unknown said...

sekarang ni ramai jutawan muda..belum 30 tahun lagi, income bulanan dah 6 angka...mereka bijak menguruskan duit.

target saya pun nak bebas hutang secepat mungkin. kalau boleh sebelum umur 35 tahun. masih ada masa 4 tahun.

Unknown said...

Suka suka suka... Saya pun nak bebas hutang...