Friday, November 14, 2014

Pengalaman bersalinkan dhiya amani

Rasanya belum cerita lagi pasal ni kat blog ni. Ini cerita 4 tahun lepas. Ala ala throwback gitu. 

Due date 24 hb 3, 2011. Hari kamis. Tapi saya dah start cuti seminggu awal. Maksudnya saya da balik kampung hari jumaat sebelumnya lagi. Kebetulan umi datang KL. Jadi dalam kete ada saya, husband ngan umi. Tapi entah kenapa psyco ke apa. Sampai je Petronas karak rasa sakit perut. Suh husband benti jap nak g cek apa yang patutkan. Takde pape pun. Sampai bentong sekali lagi. Rasa perut cramp je. Tak tahu sebab naik kete lama2 ke. Saya tengok husband dah tak tentu arah dah drive. Lepas tu setiap kali lalu kawasan bandar husband asyik tanya sakit lagi ke tak. Lepas Raub, Kuala Lipis, Gua Musang, alhamdullilah selamat juga sampai. Kalau tak anak dah jadi orang Pahang =P

Bila dah sampai umah takde pula rasa sakit2 ke hapa. Gembira berjalan sana sini, makan macam-macam. Sampai lah ke hari due date. Husband tanya ada sakit tak? Takde pun. 

Sehari selepas due date, siap ajak husband round2 kampung ngan motor. Singgah umah abang ipar makan nasi dagang. Lepas makan rasa nak buang air besar pulak. Masuk toilet tapi takde papeeee pun. Lama giler kat toiler. Last2 berhasil jugak. Husband siap g tanya banyak kali. Risau takut terberanak dalam toilet. Oh 25hb tu hari Jumaat. Husband ada jemputan kenduri kesyukuran pas balik solat jumaat. Balik dari kenduri tu dia tanya lagi sakit tak? Entah, tak rasa pape pun. 

Kebiasaan saya sementara menunggu hari nak bersalin kat kampung tu kerja saya main game je kat PC ayah. Tapi dalam lebih kurang kul 3 hari Jumaat tu rasa lenguh yang amat kat bahagian punggung. Jadi saya tak selesa nak duduk. Saya pun baringlah sambil baca2 majalah. Jenis takleh duk diam. Ada je keje nak buat. Umi macam pelik je. Dia tanya nape tak main game. Saya cakap entahlah lenguh sangat. Takleh nak duduk. Dia cakap lain macam je budak ni. Dia suh husband g panggil mak bidan. 

Bidan datang2 je dia terus tengok perut ngan tekan ibu jari kaki. Dia tanya sakit ke tak? Saya cakap tak. Dia tekan lagi kuat. Tapi tak rasa pape. Terus dia bgtau umi yang saya dah nak bersalin ni. Tak tahu sempat ke tak nak sampai hospital ni. Jarak hospital dari rumah dalam 1/2 jam macam tu lah. Mak bidan siap suh lapik paper lagi dalam kereta. 

Saya pulak cuak lah. Tapi perut tak rasa sakit apa2 pun lagi. Dalam kereta duk fikir2 eh dah sakit ke belum. Belum lah. Eh dah sakit lah. Dalam duk fikir2 tu baca zikir2 yang mana terlintas. 

Sampai-sampai di hospital nurse terus suh masuk dalam labour room. Dia cek2 dah 5cm. Dia terus bagi baju ward dan suh kencing berak siap2. Selesai sume kena baring atas katil. Lepas tu dia drip untuk masukkan air ubat ke vitamin ke air tenaga ke hapa tak tahu jugak. Lepas tu baru pecahkan air ketuban. Masa ni dalam kul 4 kot. Lepas dia pecahkan air ketuban tu baru lah rasa mild contraction. Nurse suh berehat je. Katanya nak bukak lagi 5 cm amik masa beberapa jam dan estimated delivery kul 9pm. Oh! lambat lagi kata saya dalam hati. Tapi contraction makin lama makin kerap. 

Masa tu umi yang teman. Boleh pilih nak sapa2 temankan. Saya pilih umi. Sebabnya saya takut husband saya tak tahan dengan darah. Plus fikiran mengarut saya kalau jadi2 apa pada saya, saya nak tengok muka umi saya paling last sekali. Serious masa contraction makin kuat saya rasa antara hidup ngan mati je. Dalam kul 6 lebih tetiba saya rasa nak berak yang amat. Saya bgitau umi suh bagitau nurse cakap saya dah nak bersalin kot. Katanya lambat lagi kul 9. Umi datang tanpa nurse. Lagi sekali saya suh dia g panggil cakap datang sekarang. Memang tak tahan sangat dah. Barulah kelam kabut datang. Cek2 kepala baby dah nampak. 

Apa lagi diorang pun suh push lah. Tapi tak tahu nape sorang lagi duk tekan perut. Umi macam tak bagi je dia duk tekan perut. 

Dalam duk push2 tu bleh pulak terfikir macam mana lah orang tua2 bersalin. Saya yang muda ni pun tak cukup tenaga nak push. Asyik tersekat2.. Push ni kena push terus kuat2 nak bagi baby keluar. Kalau push sekerat2 nanti kepala dia keluar masuk keluar masuk dan banyak bazirkan tenaga. 

Lebih kurang 7.15pm keluar lah Dhiya Amani. Keluar-keluar terus kencing atas katil. Nurse macam excited je sebab kalau tak kena tunggu baby kencing berak dulu baru leh kluar wad. Ni sah2 dah kencing kan. Dengan darah2 tu nurse terus letak dia atas badan saya. Rasa macam Allahuakbar. Besarnya kuasa Allah. Dan saya telah berjaya lahirkan sorang lagi umat Nabi Muhammad. 

Oh saya bersalin dengan nurse je. Tapi saya tengok dia macam expert. Oklah kan. Dr ada dia macam jadi runner kalau ada masalah baru dia pergi. Mungkin sebab kat gomen kot. Jadi dia tak allocate sorang patient sorang Dr. Sebab masa saya bersalin tu 3 orang sekali tengah struggle nak bersalin. Pastu leh dengar pulak sebab labour room hanya di pisahkan dengan papan. Depan dia tutup ngan kain je. Memang sangat jelas lah. Tapi saya oke je sume tu. 

Yang sebelah kiri saya husband dia pengsan sebab wife dia push lama sangat pastu bila anak dia keluar anak dia lemas. Langsung tak nanges plus badan dah biru. Dr. berlari-lari selamatkan anak dia dulu. Alhamdulillah anak dia selamat. Pastu kejap lagi Dr. pergi tengok husband dia pula. Itulah ingat next ni nak suh husband temankan. Sebab nak kongsi juga kesakitan beranak ni ngan dia. Harapnya dia bertenang lah dengan apa2 yang dia nampak. Tak naklah kita duk cuak2 dia pula pengsankan. 




3 comments:

Anum said...

great sharing

Unknown said...

macam rilek je baca pengalaman bersalin awak kan.. padahal yang bersalin tu je tau sakitnya.. hehe

LYAfrina said...

huhu..smpai pengsan...