Memang berhajat nak potong rambut before bersalin. Alhamdulillah sudah solosai. Plan nak potong kat kg. Tapi memandangkan k.krai banjir dan susah nak cari kedai gunting rambut dan balik pulak dah lambat 14hb which is plan asal nak balik 10hb jadi potong je lah kat sini dengan harga RM35. Kalau kat Kelate belas belas je boleh dapat. Sob Sob!
Bercakap pasal harga ni nak selit sikit perangai mak-mak yang ada dalam diri ini semenjak 2 menjak ni. Iaitu suka compare harga. Tapi kalau dah ketara sangat tak compare pun leh tercompare. Okelah hari jumaat ada ke pasaraya T. Pastu tertengok lah dia punya promosi Dynamo. Dynamo siap dapat special place lagi sebab promosi kan. Yang botol 2L lebih RM28 ++ lepas promosi. Bagi saya agak mahallah. Sebab kalau pasaraya H yang saya selalu pergi harga biasa untuk yang 4L lebih pun baru dalam RM23 ++. Pastu semalam ke pasaraya M pula. Rupanya kat situ lagi murah 4.4L hanya RM21.50. Jadi beli kat situ. Banyak kot kalau kira beza harga. Dalam keadaan sume barang harga mahal jadi perlu juga kita survey2 harga sebelum beli. Beza harga tu boleh guna untuk beli keperluan lain pulak. Betul tak?
Tadi juga sudah selesai misi mahu membeli broadband maxis. Lepas ni dah boleh terminate line internet celcom ni.
Ini pun sebab harga juga. Tahun baru ni kena amik banyak langkah berjimat cermat. Plus kat kg takde line celcom.
Dulu celcom:
Tambah 1G plan data kat bil dengan Harga RM38.
Pastu kalau tak cukup tambah lagi 5G dengan Harga RM50.
Andaikata tak cukup juga (jarang-jarang berlaku) tambah lagi 1G dengan harga RM15.
Total internet sahaja. RM103 sebulan belum masuk makan dan minum.
Demi mengambil langkah penjimatan maka ini plan data sekarang iaitu Maxis broadband.
Saya amik yang pakej sebulan RM88.
5G untuk pukul 8 a.m - 2 a.m
15G untuk pukul 2 a.m - 8 a.m
Semoga ianya mencukupi. No add on add on =)
Untuk sign up kena bayar RM150.
RM100 untuk registration fee.
Lagi RM50 upfront payment bagi RM10 x 5 bulan.
Kiranya untuk first 5 months ni hanya bayar RM78 sahaja sebulan.
Kontrak selama setahun. Kalau nak cancel masa kontrak belum abes just pulangkan modem tanpa apa-apa bayaran.
Dapat paper beg ni
Dan ini lah modem nya
Untuk tengok package harga yang lain boleh ke SINI
5 comments:
Internet keperluan zaman sekrg..RM100 mmg takleh lari..utk hp dan rumah..compare prices boleh jimat belanja..
dh nk hmpir masanya ye exora.. klu dulu org tua tk bg ptong rmbut, dlm pntg kena ikat rambut kuat2 ktanya.. tpi org skrg potong pndek sng nk urus..
pakej yg rm88 tu pun bedesuuupp lju tu.. line clear..
semoga exora dipermudah sgla urusan..
nmpk nyer byk kena surfing malam la yer ;)
wah, ketara sgt tu harga dynamo..selama nie sy maen ambik je, x compare pon harga..huk3,
memang ketara. walau apa barang pun tesco lah paling mahal. dia punya harga offer lagi mahal dari harga biasa kedai lain. sebab tu kami dah lama tak beli barang keperluan kat tesco.
Post a Comment