Tuesday, April 5, 2016

Menangis

Kadang2 saya share benda yang agak rahsia di blog. Sebab saya rasa lebih secure. Kalau di FB semua orang boleh baca. Di FB seboleh2 saya mahu share benda2 positif sahaja supaya saya menjadi lebih positif dalam setiap hal dan kawan2 juga menjadi positif dengan baca apa yang saya tulis. 

Tapi saya hanya human being. Ada kalanya saya sedih. Down. Rasa tak best je. Bila rasa macam tu mesti ingat blog. Walaupun saya tak tahu sapa yang baca. Walau saya tak pasti ada orang baca ke tak. Tapi takpe sebab rasa dah release kat sini. Sorry semua kalau terkena tempias yang tak best. 

Saya selalu gambarkan diri saya seorang yang kuat, tabah, bercita2 tinggi. Hidup tanpa cita2 bagi saya macam takde apa2. Sebab tu saya tak pernah selesa berada pada satu2 tahap sahaja. Saya sentiasa mahukan sesuatu yang baru, lain dari yang lain dan saya kena sentiasa berusaha untuk ke arah itu. Saya pun tak tahu sampai bila saya akan macam ni. Akan stop dan cuba selesa dengan satu2 keadaan tu. 

No comments: