Tuesday, May 24, 2016

Tip Membeli Bags yang Terbaik


Bagi pengumpul tegar beg tangan terutama sekali those designer bags, beg tangan bukan hanya berfungsi sebagai  beg semata-mata atau item yang digunakan untuk memuatkan segala barangan peribadi anda. Tetapi ia menjadi satu bentuk pelaburan dimana anda boleh menjualnya ketika waktu-waktu kecemasan. You know, harga seutas designer bag boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit!  Oleh yang demikian, penting untuk anda mengetahui langkah-langkah penjagaan yang terbaik supaya beg tersebut tahan lebih lama dan apa yang paling penting adalah mengetahui apakah faktor-faktor yang harus anda tahu ketika proses pembelian mana-mana beg tangan.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan untuk membeli koleksi bags yang terbaik;


1.      Ketahanan

Jika anda sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk seutas beg tangan idaman, pastikan ketahanan beg tersebut benar-benar memuaskan hati anda. Teliti material, jahitan, keadaan zip dan aspek-aspek lain.

2.      Saiz

Fikirkan jumlah muatan yang ingin anda isi ke dalam beg tersebut. Pastikan saiz beg tersebut cukup besar dan lebar untuk memuatkan segala barangan peribadi anda.

3.      Warna

Pemilihan warna beg bergantung kepada individu. Ada yang suka gayakan beg mengikut warna baju. Ada pula yang pakai satu beg sahaja untuk semua warna baju. Langkah paling selamat, pilih warna beg tangan yang mudah untuk anda padankan dengan semua koleksi pakaian anda. Kebiasaannya koleksi beg tangan berwarna gelap juga tidak mudah kotor menjadi pilihan ramai.

4.      Kegunaan

Pelbagai jenis beg terdapat fungsinya yang tersendiri. Fungsi beg bergantung kepada bentuk, saiz dan warnanya. Pengetahuan tentang fungsi beg adalah penting kerana ia berkait dengan kesesuaian terdapat aktiviti yang kita lakukan. Misalnya, koleksi clutch adalah tidak sesuai untuk anda bawa ke pejabat.

5.      Style

Ambil tahu trend hand bag terkini atau anda boleh mengambil langkah bijak dengan membeli koleksi beg tangan dengan rekaan yang evergreen. Misalnya, tote bags.

No comments: