Ramai berpendapat, lepas keluar universiti semua orang akan keje best2. Beli rumah besar, kereta besar. Boleh melancong sana sini. Boleh beli sesuka hati apa saja barang yang dihajati.
Hakikatnya, tak semua yang macam tu.
Hakikatnya selepas hampir 7 tahun selepas grad degree saya masih bergelar student.
Apa yang saya kejar? Entahlah. Kalau bagi jawapan kang ada yang bidas macam2.. Jadi saya simpan dalam hati je kenapa saya sambung belajar. Boleh tak macam tu? Hihi.
Ada orang tanya "Anis, buat apa belajar tinggi2 nanti belum tentu dapat keje".
Bagi saya rezeki masing2 Allah dah tentukan. Tugas kita berusaha selagi kita mampu.
Contohnya la kan.
Orang tu dia belajar takat SPM je. Tapi rezeki dia kawen ngan orang kaya. Duduk goyang2 kaki kat rumah je. Tapi dapat beli baju baru selalu. Dapat beli barang kemas selalu.. Rumah besar, Kereta besar. Dah tu rezeki dia. Mungkin rezeki dia tu Allah bagi melalui husband dia. Allah bagi dia husband yang kaya raya senang lenang.
Kalaupun belajar sampai PhD, kalau dah rezeki biasa2 je kita kena redha lah kan. Yang penting usaha tetap usaha.
Saya ni mula muhasabah diri bila saya gagal bekerja dengan Petronas tujuh tahun lepas. Saya belajar di UTP, dapat biasiswa Petronas tapi saya tidak dapat melayakkan diri bekerja di company gergasi Malaysia itu. Adalah sebab2 dia kan.
Mula saat itu, saya bertambah yakin yang perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik. Mungkin kalau saya dapat kerja dulu saya tak kan menjadi Anis yang setabah Anis yang hari ni. Mungkin saya bukan Anis yang sepositif Anis yang hari ini. Mungkin saya tak se humble Anis yang hari ini.
Banyak benda yang saya jumpa dan discover sepanjang tujuh tahun ini. Ilmu kehidupan. Ilmu untuk hidup. Takde dapat dalam buku rujukan masa belajar di universiti mahupun sekolah dulu.
InsyaAllah ilmu yang saya dapat ini akan saya bawa walaupun suatu hari nanti saya da hidup senang sekalipun.
2 comments:
InshaAllah kak..saya pun akan melalui fasa seperti akak next year..susah juga nak cakap reason kenapa saya further study eventhough ada kerja tetap yang bakal saya tinggalkan....huhu
terima kasih..follow sini ya..
http://madey09.blogspot.my/
Post a Comment