Tadi nampak di newsfeed FB saya seorang sahabat bertanyakan tentang bajet untuk membuat persiapan menyambut kelahiran anak pertama. Terlintas untuk berkongsi di sini. Bajet tu sebenarnya depend pada brand @ kedai mana kita beli barang tersebut. Yang penting list barang yang hendak di beli.
Sebelum tu kita bahagikan kepada 2 bahagian:
Keperluan mama
1. Set bersalin dalam RM300++
Sudah 2 kelahiran saya amik set bersalin amway. Senang semua sudah ada. Kecuali bengkung saya tak suka sebabnya bengkungnya besar sangat. Jadi saya lebih selesa memakai bengkung turun temurun daripada family yang kain biasa je.
2. Maternity pad
Sudah 2x saya beli maternity pad tapi guna beberapa keping je dan tak habis. Lepas tu tak pakai dah. Ye lah maternity pad pakai masa bersalin je kan. Yang tak habis tu jadi membazir pulak. Atas nasihat kakak ipar lain kali beli pada Overnight. Dia panjangkan jadi cukup untuk cover masa lepas bersalin dan lepas bersalin pun still boleh pakai masa heavy flow memalam.
3. Tshirt baru barang sehelai dua =)
Biasa saya beli tshirt ni. Ye lah tshirt harian kat rumah biasanya lusuh je. Apa kata beli yang baru sehelai dua pakai dalam pantang.
Ni je kot untuk mama..
Keperluan baby
1. Baju tengah hari
Saya beli baju lengan pendek seluar pendek x 4
2. Baju malam
Baju lengan pendek seluar panjang x 2 - guna untuk malam yang macam panas sket. kalau tetiba sejuk boleh bedung.
Baju lengan panjang seluar panjang x 2
3. Kain bedung - 1
4. Changing Map - 1
5. Towel - 2 (senang nak gilir2)
6. Kelambu - 1
7. Mitten & booties x 4
8. Toiletries - 1
9. Wet tissue
10. Pampers - Saiz newborn satu kotak. Abis satu kotak tu baru tukar saiz S.
11. Kain balut perut
12. Bakul Kain + Tilam + Bantal + Bantal peluk + Sarung bantal + Sarung tilam = Beli 1 set. Orang kelate biasa beli ni =)
13. Kain lampin - Satu plastik tu. Ada dalam 10 helai rasanya. Saja beli untuk standby. Last2 buat lap2 macam tu je.
14. Kain sapu tangan
15. Pam susu - saya beli jenama Autumnz (best) Murah dan berbaloi. Tak pernah try brand lain. Jadi takleh compare.
16. Botol susu (Storage) 2 dozen
17. Plastic susu (just in case) beli je.
18. Botol susu biasa beli 1 yang besar 1 yang kecik.
19. Car seat
20. Stroller @ carrier
ok tu je rasanya. Kalau ada tertinggal boleh tambah kat komen =)
No comments:
Post a Comment