PhD
Perjalanan PhD, selalu dikaitkan dengan perjalanan yang panjang. Everyday discover new things. Dah berpuluh kali repeat experiment yang sama. Saya berharap semoga perjalanan ini cepat2 menemui jalan penyelesaian yang memuaskan hati.
PhD takde silibus. Jika sudah yakin, bagaimana nak jawab masa viva nanti tak jadi masalah dah. Masalah nya seriously rasa tak confident. Rasa macam banyak lagi benda yang tak tahu. Yang nak kena gali lagi. Doakan yang baik2 saja.
Kereta buat hal
Terasa patah sebelah kaki bila kereta buat hal. Buntu. Kereta husband tak pandai nak bawa. Motor pun tak pandai jugak. Moga masuk workshop tak lama.
Pregnancy
Sudah masuk minggu ke 31. Nurse cakap bila2 masa sudah boleh bersalin. Banyak pending work yang bermain2 di kepala ini.
Data PhD tak cukup2 lagi. Jika data cukup boleh mengarang masa dalam pantang (Hope baby bagi kerjasama) Teringat masa berpantang Dahlia Amani gigih siapkan thesis sebab taknak bayar yuran untuk sem depannya tu. Alhamdulillah berjaya habiskan jugak. Tq kawan2 yang sudi bantu printkan softbound.
Barang baby alhamdulillah da cukup. Beli sikit2 dan tambah mana2 yang patut. Selebihnya guna yang kakak punya. Barang mama ada satu dua lagi belum beli.
Menulis
Lately rasa skill menulis sudah berkurang. Asyik merapu saja di FB. Tapi di FB pun nak merapu rasa tak sebebas dulu. Atas sebab2 tertentu kadang2 rasa macam fake. Huh! Tak suka perasaan ni. Mungkin kah kena masuk kelas menulis. Teringin sangat nak menulis buku sendiri. Semoga impian ini tercapai satu hari nanti.
Di FB banyak kawan2 yang punyai bakat menulis semula jadi. Bila baca wow bestnya baca tulisan dia. Walau tulis panjang2 tetap tak boring baca. Serious mahu jadi macam mereka2 tu. Moga lepas ni makin rajin update blog sambil asah bakat menulis. Tapi thesis pun nak kena tulis juga oii ! Kita go parallel ok.
Till we meet again.
Salam Sayang,
Anis
No comments:
Post a Comment