Untuk mengelakkan kesesakan semasa cuti sekolah kami memilih untuk jalan2 Pahang seminggu sebelum cuti sekolah bulan 8 hari tu.
Tak plan sangat pun sebenarnya. Anak2 dah mintak nak jalan2. Melaka macam dah biasa pergi. Utara jauh sangat. Jadi kali ni kita pilih Pahang. Jarang sebenarnya g Pahang belah2 sana. Selalu balik Kelate lalu Bentong ngan Raub je. Tu pun singgah makan ngan solat sahaja.
Tengah golek2 depan TV tiba2 papa cakap jom g jalan2. Tapi tak tau nak g mana. HEhe. Mama memang banyak idea. Jom g Kuala Gandah. Boleh bawa anak2 tengok Gajah. Siap packing terus. Walhal hotel belum booking. Yang tu lain citer. Yang penting packing. Hehe
Kuala Gandah Elephant Santuary
Memandangkan sampai kat sini lambat. Makanya gajah dah banyak masuk kandang. Tinggal beberapa ekor je lagi kat luar. Masuk ke santuary ni free je. Tapi di nasihatkan untuk pergi pagi untuk melihat aktiviti2 gajah.
Temerloh
Then, mama request nak g Temerloh sebabnya nak merasa patin tempoyak yang menjadi Trade Mark orang2 Pahang dan Malaysia ni. Tapi mungkin tekak kelate tu kuat sangat rasa patin tempoyak tu pun rasa macam biasa2 je. hehe. Jangan kecam ok. Selera lain2 kot.
On the way ke Temerloh tadi papa minta mama booking hotel. Dan mama terbooking hotel di Gambang. Maka terkejut lah papa sebab kena drive jauh dari Temerloh ke Gambang. Mujur tak booking hotel kat Cherating kan. Lagi jauhhh =)
Gambang
Malam tu kami menginap di Arabian Bay Resort, Gambang. Sebab utama pilih hotel ni sebab Dhiya & Dahlia nak mandi kolam. Tapiii kolam tu mungkin tak cukup besar. Esoknya pujuk papa untuk mandi di Gambang Waterpark. Akhirnya papa setuju bersempena dengan promosi Fascinating Pahang. Mandi dari pagi menginjak ke tengah hari belum puas budak2 ni.
Tapi apa pun kena balik KL juga tengah hari tu sebab esoknya papa keje. Maka berakhirlah percutian kami ke Pahang. Kata papa next year pula baru ada cuti2 lagi. Mungkinkah? hehehe
No comments:
Post a Comment