Untuk Dhiya, Dahlia & Zarif,
1. Jaga tingkah laku, jaga pergaulan dan jadi anak yang baik. Walaupun diketika mama & papa takde bersama anak-anak mama & papa, ingat lah Allah s.w.t selalu ada. Dia akan tengok setiap apa yang anak-anak mama & papa buat.
2. Jadi diri hiasi peribadi. Bila kita berbuat baik dan berkelakuan baik ramai orang sayang.
3. Jadi orang yang bermanfaat untuk agama, bangsa & negara.
4. Dengar cakap cikgu, hormat cikgu dan belajar rajin-rajin. Kerana ilmu pengetahuan akan memandu ke arah mana perjalanan hidup kita ini.
5. Hormat orang yang lebih tua dan siapa saja, dan jangan pernah meninggi diri bila sudah berjaya.
6. Selalu berdoa memohon keampunan dari Allah s.w.t atas dosa-dosa yang lalu. Dan berusaha untuk berbuat baik sentiasa. Selalu berzikir & memanfaatkan waktu dengan perkara yang berfaedah.
Mama & papa sayang sangat anak-anak mama & papa. Ingat pesanan ini ye anak-anakku.
With love,
Mama & Papa.
No comments:
Post a Comment