Friday, January 9, 2015

Pil perancang yasmin..?

Before ni saya tak pernah makan pil perancang. Sebab saya pakai implanon. Tapi implanon tak sesuai untuk saya. Berat tak naik sangat kot. Sebelum bersalin kat Dhiya berat 56kg. Lepas bersalin 64kg dan mantain je 64kg. Macam tak effect sangat. Yang jadi masalahnya adalah period. Period jadi sangat tak stabil. Ikut suka hati dia nak datang bila tak nak datang bila. Kadang sebulan period. Kadang berbulan-bulan tak period. Demi memikirkan sudah habis RM550 masa pakai implanon tu saya teruskan juga sampai 2 tahun 1/2 baru bukak. Sepatutnya 3 tahun baru effect ubat abes. Tapi takpelah lagi pun memang rancang nak bagi Dhiya adik masa dia umur 3 tahun. Tapi dek sebabkan period tak stabil lepas bukak pun dia amik masa nak stabil balik. 


Berbalik kepada pil perancang Yasmin. Ada tak kawan2 ada berpengalaman amik pil ni? Leh share story tak? Sebab bila google ramai guna pil ni. Tapi info2 belum amik lagi. Kalau oke kita proceed, kalau tak oke kita try yang lain. 

Thank you. 

Tuesday, January 6, 2015

Potong rambut & Maxis broadband. DOne!

Memang berhajat nak potong rambut before bersalin. Alhamdulillah sudah solosai. Plan nak potong kat kg. Tapi memandangkan k.krai banjir dan susah nak cari kedai gunting rambut dan balik pulak dah lambat 14hb which is plan asal nak balik 10hb jadi potong je lah kat sini dengan harga RM35. Kalau kat Kelate belas belas je boleh dapat. Sob Sob!

Bercakap pasal harga ni nak selit sikit perangai mak-mak yang ada dalam diri ini semenjak 2 menjak ni. Iaitu suka compare harga. Tapi kalau dah ketara sangat tak compare pun leh tercompare. Okelah hari jumaat ada ke pasaraya T. Pastu tertengok lah dia punya promosi Dynamo. Dynamo siap dapat special place lagi sebab promosi kan. Yang botol 2L lebih RM28 ++ lepas promosi. Bagi saya agak mahallah. Sebab kalau pasaraya H yang saya selalu pergi harga biasa untuk yang 4L lebih pun baru dalam RM23 ++. Pastu semalam ke pasaraya M pula. Rupanya kat situ lagi murah 4.4L hanya RM21.50. Jadi beli kat situ. Banyak kot kalau kira beza harga. Dalam keadaan sume barang harga mahal jadi perlu juga kita survey2 harga sebelum beli. Beza harga tu boleh guna untuk beli keperluan lain pulak. Betul tak?

Tadi juga sudah selesai misi mahu membeli broadband maxis. Lepas ni dah boleh terminate line internet celcom ni. 

Ini pun sebab harga juga. Tahun baru ni kena amik banyak langkah berjimat cermat. Plus kat kg takde line celcom.

Dulu celcom: 

Tambah 1G plan data kat bil dengan Harga RM38. 
Pastu kalau tak cukup tambah lagi 5G dengan Harga RM50. 
Andaikata tak cukup juga (jarang-jarang berlaku) tambah lagi 1G dengan harga RM15.

Total internet sahaja. RM103 sebulan belum masuk makan dan minum. 

Demi mengambil langkah penjimatan maka ini plan data sekarang iaitu Maxis broadband.

Saya amik yang pakej sebulan RM88.

5G untuk pukul 8 a.m - 2 a.m
15G untuk pukul 2 a.m - 8 a.m

Semoga ianya mencukupi. No add on add on =)

Untuk sign up kena bayar RM150. 
RM100 untuk registration fee. 
Lagi RM50 upfront payment bagi RM10 x 5 bulan. 
Kiranya untuk first 5 months ni hanya bayar RM78 sahaja sebulan. 
Kontrak selama setahun. Kalau nak cancel masa kontrak belum abes just pulangkan modem tanpa apa-apa bayaran. 


Dapat paper beg ni



Dan ini lah modem nya

Untuk tengok package harga yang lain boleh ke SINI



Sunday, January 4, 2015

Balik kampung. Internet. Maxis. Bersalin. Thesis

Huhuhu!

Plan balik kampung 14hb 1 ni. 

Ada banyak benda perlu dibereskan before balik. Biasa kalau balik kg saya akan lost connection dengan internet which is oke for me. Saya guna internet celcom. Kat kg hanya ada line maxis je. Plus biasanya masa balik kg adalah masa spend time ngan family. Tapi kali ni plan nak balik bersalin. Dengan komitmen thesis yang memerlukan saya check email untuk alert apa-apa update dari Uni. Perlu sangat mencari internet maxis. Plan nk beli yang broadband 5G + 15G tu. Tapi takutnya dah beli takleh guna puloks masa kat kampung. 

Alhamdulillah, dah hantar 3 months notice last Friday. Hopefully proses hantar thesis dapat berjalan dengan lancar. Kalau balik kampung dengan beban thesis masih ada rasa berat jugak. Entah-entah tengah pantang kena datang KL untuk submit. 

Walau macam mana pun. Kita merancang. Allah menentukan. Moga Allah permudahkan semuanya. Aminnn...

Rumah kat kampung masa banjir hari tu



Rumah kitorang yang bertanda merah tu



Depan rumah


Dari tepi


Umi sedih tengok umah dia tenggelam =,(