Hahaha!
Melihat banyak2 status naik kat FB jadi saya terjebak dengan cerita ni.
Rupanya best jugak. Walaupun sayang saya bukan kapten tapi ada jugaklah persamaannya. Terimbau balik cerita2 masa awal2 kawen dan kami PJJ. Husband selalu balik masa weekend. Tak sabar tau nak tunggu wiken.
Dan masa first pregnant pun masih PJJ jugak. Suami pun romantik masa tu. Sekarang ni anak dah 2 mungkin sebab tu romantik dah kureng sikit. Dan yang penting dia kurus je masa tu saya memang dah gemok sejak azali.
Best gak throwback2 ni =)
Pastu adalah cakap2 tak best tulis kat FB.
Ko ingat kawen ngan tentera tak boleh sweet2 macam tu. Tak boleh ada banyak masa macam tu. Kalau tentera je mesti buzy yang amat. Kalau tentera je takde masa untuk family.
Tentera ni ramai. Ada macam2 tugas. Ada yang tugasnya buzy je manjang. Ada yang tak buzy sangat la (Jangan la lepas statement ni husband ku jadi buzy dah lah). Kadang2 tu adalah, tapi takde lah selalu buzy. In case my husband lah. Husband orang lain ku tak tahu.
Tapi apa yang nak bagitau kat sini bukan semua tentera buzy je memanjang. Tu jerr.
Saturday, August 13, 2016
Hai blog
Dah lama tak menjengah kat sini.
Herm. Lately ni saya rasa down. Nak menangis. Emosi negatif..
Bukan mudah sebenarnya menjadi seorang saya. Saya tak tahu what people expect me to be..
Adakah?
Belajar tinggi2
Abes belajar dapat kerja bagus2
Beli kereta mahal2
Beli rumah besar2
Malangnya perjalanan hidup saya tak begitu. Penuh berliku. Saya tak dapat kerjaya idaman saya. Sampai sekarang saya masih belum punya kereta dan rumah sendiri. Saya selalu pujuk hati sendiri. Belum rezeki. Allah akan bagi juga kalau kita usaha. InsyaAllah. Kalau rezeki saya bukan di dunia. InsyaAllah di akhirat.
Saya selalu bina kekuatan itu. Berusaha menjadi sepositif mungkin. Mungkin ada yang pandang rendah pada saya. Mungkin ada judge saya macam2. Saya tak kisah.
Saya tak mintak pujian. Cukuplah tak merendah2 kan. Kalau orang merendah2kan saya, saya rasa down gler.. Kekuatan dan semangat yang positif yang saya bina tu macam dihakis.
Setiap orang punya impian sendiri, saya juga punyai impian saya sendiri. Dan ia mungkin tak sama dengan orang lain. Mungkin impian saya pelik sikit. Tapi itu lebih kepada kepuasan diri saya. Bila kita redha dan ikhlas insyaAllah hidup akan senang nanti.
Dan saya minta jangan rendah2kan saya.

Ikut suka
Me
Saturday, May 28, 2016
Taman Rama-rama KL
Da lama sebenarnya kami pergi. Bulan lepas kot. Nak update entri asyik tertangguh je. Tapi update jugaklah sebab nawaitu dah ada. Kawasan ni kecik je sebenarnya tapi padanlah dengan tiket dia yang murah tu. Harga tiket dah lupa. Ampunn..
Layan gambar je tau.
![]() |
| Ini makanan rama-rama. Tapi rama-rama tak tahu g mana. |
![]() |
| Dalam banyak2 rama-rama yang ni je berjaya di snap. Tak larat nak kejar. |
![]() |
| Seriau tengok kala jengking ni. Dah la banyak. |
![]() |
| Papa mithali |
![]() |
| Ala2 lawatan sambil belajar sangat! |
![]() |
| Kakak dah besar dah: 5 tahun |
![]() |
| Adik paling excited |
![]() |
| Tengok apa tu kakak? |
![]() |
| Sibling. Adik memang excited habis. |
![]() |
| Adik: 1 tahun 3 bulan |
Ikut suka
dahlia amani,
dhiya amani,
Family,
happyweekend,
jalan2
Tuesday, May 24, 2016
Tip Membeli Bags yang Terbaik
Bagi pengumpul tegar beg tangan terutama sekali those designer bags, beg tangan bukan hanya berfungsi sebagai beg semata-mata atau item yang digunakan untuk memuatkan segala
barangan peribadi anda. Tetapi ia menjadi satu bentuk pelaburan dimana anda
boleh menjualnya ketika waktu-waktu kecemasan. You know, harga seutas designer
bag boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit! Oleh yang demikian, penting untuk anda mengetahui
langkah-langkah penjagaan yang terbaik supaya beg tersebut tahan lebih lama dan
apa yang paling penting adalah mengetahui apakah faktor-faktor yang harus anda
tahu ketika proses pembelian mana-mana beg tangan.
Berikut merupakan beberapa tips yang
boleh anda jadikan panduan untuk membeli koleksi bags yang terbaik;
1. Ketahanan
Jika anda sanggup membelanjakan
sejumlah wang yang besar untuk seutas beg tangan idaman, pastikan ketahanan beg
tersebut benar-benar memuaskan hati anda. Teliti material, jahitan, keadaan zip
dan aspek-aspek lain.
2. Saiz
Fikirkan jumlah muatan yang ingin
anda isi ke dalam beg tersebut. Pastikan saiz beg tersebut cukup besar dan
lebar untuk memuatkan segala barangan peribadi anda.
3. Warna
Pemilihan warna beg bergantung kepada
individu. Ada yang suka gayakan beg mengikut warna baju. Ada pula yang pakai
satu beg sahaja untuk semua warna baju. Langkah paling selamat, pilih warna beg
tangan yang mudah untuk anda padankan dengan semua koleksi pakaian anda. Kebiasaannya
koleksi beg tangan berwarna gelap juga tidak mudah kotor menjadi pilihan ramai.
4. Kegunaan
Pelbagai jenis beg terdapat fungsinya
yang tersendiri. Fungsi beg bergantung kepada bentuk, saiz dan warnanya. Pengetahuan
tentang fungsi beg adalah penting kerana ia berkait dengan kesesuaian terdapat
aktiviti yang kita lakukan. Misalnya, koleksi clutch adalah tidak sesuai untuk
anda bawa ke pejabat.
5. Style
Ambil tahu trend hand bag terkini
atau anda boleh mengambil langkah bijak dengan membeli koleksi beg tangan
dengan rekaan yang evergreen. Misalnya, tote bags.
Ikut suka
Informasi
Subscribe to:
Posts (Atom)