Monday, April 20, 2009

10 SIKAP WANITA DI SUKAI LELAKI

Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan
berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg
baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia.
Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

P/s: Juga lupa copy and paste dari mana. Sekadar untuk renungan bersama =)

P/s/s: Misi meng'clear'kan blog satu lagi. Sekarang hanya mahu manage dua blog je.

11 comments:

ruzille said...

lelaki juga perlu ad sikap penuh pengertian.seyes.
harini worse-bad-day ruzille la eixora..tade mood..tp berusaha utk sorokkan ketiadaan mood itu.
:( :(

eira eixora said...

ruzille, sabar ek. Dalam apa2 je hub mesti ada pasang surut dia. Tak best la klu baik je slalu. InsyaAllah nanti saya carikan ciri2 yang perlu ade untuk lelaki pulak =) Cheer~~~

sueey said...

Info tuh rasernyer tepat tok certain guys jer...most of them slalu pndg physically...btol x?(walopon sbnrnyer diorg sendiri x seperfect mn pn!)

eira eixora said...

harap2 nya certain2 guys tu yang menjadi milik kita, yang tak pandang rupa lebih dari segalanya. Jom berDOA, semoga jodoh kita adalah yang terbaik dan mendapat keredhaan dari Allah =)

en_me said...

Têrsêbutlãh cêritã Mãyã Kãrin; iãlãh modêl, ãktrês, dutã Cêlcom itu; rupãnyã sãngãt gilãng-gêmilãng, tiãdã dãpãt dikãtãkãn lãgi, hidungnyã sêpêrti dusun tunggãl, mãtãnyã sêbãgãi bintãng timur, bulu mãtãnyã lêntik, jãri tãngãnnyã sêpêrti duri lãndãk, bêtisnyã sêpêrti pêrut pãdi, tumitnyã sêpêrti têlur burung, pipinyã sêpêrti pãuh dilãyãng, ãlisnyã sêpêrti bêntuk tãji, bibirnyã sêpêrti limãu sêulãs. Sukãr ãkãn mêncêritãkãn lêbih pãnjãng kêrãnã tiãdã suãtu pun yãng bolêh dicêlã. (ehehe..)

eira eixora said...

Hehe..Lawakan dia, tak tergambar dek kata2..

balqissy said...

erm. semua perempuan mahu jadi idaman suaminya.
oh~

eira eixora said...

dan semoga kita juga mendapat suami seperti yang di idam2 kan. AMin~~~ =)

Anonymous said...

askum...
salam perkenalan dari ira...
lepas nie leh le jadik member blogged lak kite...leh kan???

nanti view la blogged ira yer...
ira82.blogspot.com...

daa..
askum...

eira eixora said...

Salam perkenalan dari saya jugak..
Boleh2, saya dah add ira kt list member saya..

Salam..

Adlan said...

salam.
setuju. even rasulullah ske pada sifat2 itu.
khadijah dgn sifat keibuannya.
aisyah dgn sifat keanak2an nya..