Thursday, December 29, 2011

day 19 - hobi anda

hobi tegar sekarang adalah online, kalau tak online macam tak best je rase. walaupun online tak semestinya update blog sebab kadang2 takde idea. Fb jugak selalu bukak, tapi kalau tak de mood bukak je tak komen pape. Kalau ade mood komen tak berhenti2. Huhuhu!!

Hobi kedua adalah berjalan2. Macam masa berjalan2 je sebenarnya masa beinteraksi ngan suami. Kalau kat umah sorang tengok TV, sorang main komputer. Pelik? Entah, macam terbiasa pulak. Walhalnya TV dan komputer berada di tempat yang sama,. Kalau dalam kereta of cos duk sebelah2...then, di situlah kot komunikasi berkesan berlaku =P

Hobi ketiga berlaku selepas kawen. Kumpul pinggan mangkuk. Sekarang baru ada satu dua jenis je. Yang mahal slow2 beli, yang murah2 boleh terus beli, entahlah lepas kawen rasa suka beli barang2 dapur ni. Paling obvious tupperware. Sebab tak mahal sangat. Kat tempat keje lama boleh katakan setiap bulan beli tupperware. Sekarang macam takde geng pulak nak terliur2 beli. Hahaha!!

Itu saja hobi yang mampu difikir untuk masa sekarang. That's all for today =)

Wednesday, December 28, 2011

day 18 - benda yang anda buat bila sorang sorang

herm, da lama sebenarnya tak berseorangan ni. asyik berdua, bertiga malah lebih.

kategori berseorangan ni ada banyak. dalam rumah, dalam kete, dalam toilet..Opss!!! haha, kategori mana yang korang nak tahu?

Disebabkan jarang berseorangan terutamanya di rumah, makanya kalau berseorangan saya akan menjadi manusia paling malas sekali. bangun tido akan jadi lambat, mandi lambat, breakfast pun ala kadar, goreng2 je apa yang ada dalam peti ais. atau kalau ada roti lagi senang.

main internet je keje. atau kalau boring, tengok tv pulak. basuh baju, sapu lantai, basuh pinggan tunggu dululah. hahaha~! memang kotegori berseorangan yang heaven.

tapi kalau tiap2 hari berseorangan, badan akan jadi lemau. terasa nak demam, sebab tak excersice langsung.

Naseb sekarang zaman berseorangan sudah takde. kalau papa dhiya keje, dhiya always with me =)

Monday, December 26, 2011

25 December 2011

25 Dec hari tu genap lah usia Dhiya Amani 9 bulan. Terlambat update sebab sedara dari kelate datang untuk kenduri anak sedara kat putrajaya. Kalau weekdays kerja dan weekend tak lekat kat rumah, maka berhabuk lah blog ini sekejap =) Bunyi macam bz sangat3 kan. Padahal tak pun.

Dan sekarang decide nak updata jugak entri sempena dhiya 9 bulan walaupun tanpa gambar. Malas plak nak transfer gambar dari kamera ke laptop ni. huhuhu! kalau malas sume pun tak menjadi.

Dhiya da 9 bulan:

1. Da tumbuh gigi 4 batang. 2 bawah masa 8 bulan tak silap. Dan sekarang tumbuh lagi 2 batang atas. Ada beli berus gigi untuk baby macam kat bawah ni. Tapi tak tahu lah oke ke tak sebenarnya nak guna untuk baby. Sebab rasa macam gusi dhiya masih lembut lagi. Gambar ihsan google.


2. Dan sekarang dhiya da boleh duduk dengan proper. Maka senang lah sekarang nak letak dhiya dalam babychair masa makan kat kedai. Dulu masa makan kena gilir2 pegang kalau tak mesti dia akan capai makanan kita.

3. Da asingkan tempat tido. Dulu tido sama2 semua kat bawah. Now, dhiya kat bawah, papa & mama kat atas. Tapi kena pastikan dhiya tido dulu baru we all tido kalau tak dia sebok nak naik katil jugak. Tak bagi dhiya tido atas katil sebab bahaya. Dhiya ni, bila bangun tido mesti terus merangkak.

4. Pandai mumbling, dan memekik. Huhuhu! kalau orang tak layan sebok duk uu aa uuu aaa sorang2. Macam bercakap versi baby. Makin layan makin dia excited buat. Tak layan pun dhiya buat jugak.

5. Da boleh babai. Bila nak g kerja dia babai kat we all, bila nak balik rumah dia babai kat bbysitter dia =)

Sebenarnya macam banyak je. Tapi ni je yang terlintas di fikiran sekarang. Oh! berjalan belum boleh. Tapi asyik duk pegang sofa sambil berdiri je.

Tuesday, December 20, 2011

day 17 - lagu yang anda dengar hari ini

obviously saya banyak dengar lagu sekarang ni., buat kawan2 pdc saya da pandai dengar lagu masa drive. dulu kena concentrate je. sekarang adalah sangat boring kalau tak bukak radio. pergi balik dalam lebih kurang 2 jam setengah dalam kete. Boring kan. So, dengar radio lah jawab nya. HUsband bukak ERA je selalu. So, dengar ERA je lah sepanjang jalan. Belum sempat belajar cara nak tukar stesen radio. Huhuhu!

Kasanova

Dahulu kukenal dia
Jejaka idaman Malaya
Semut pun tak mati dipijak
Lemah lembut bicara

Semakin ku buka hati
Semakin buka mata
Dia berselindung untuk mengaburi langkahnya

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan si pencabul kalbu

Mula-mula kubenar-benar nak bercinta
Dengan iya-iya

Tapi lama-lama belangnya keluar
Rupa-rupanya jahatnya suka-suka

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Dahulunya aku permaisuri
Bertakhta dalam hati
Sebaliknya dia penjajah
Banyak lagi yang lain

Sia-sia aku setia
Akhirnya harapan hancur
Cukup sampai sini saja
Percayakan romeo

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan si pencabul kalbu

Mula-mula kubenar-benar nak bercinta
Dengan iya-iya

Tapi lama-lama belangnya keluar
Rupa rupanya jahatnya suka suka

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan si pencabul kalbu

Mula-mula ku benar-benar nak bercinta
Dengan iya-iya

Tapi lama-lama belangnya keluar
Rupa rupanya jahatnya suka-suka

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Malaysian Boy

(Altimet)
Salam si anggun si gadis ayu
Dari kotaraya ke pedalaman kamu
Dari Likas ke Pekan Rabu
Di carta aku kau nombor satu
Aku berikrar aku berjanji
Teman-teman aku menjadi saksi
Jauh di mata dekat di hati
Jadi izinkan aku pergi berlari
Keliling dunia dua tiga kali
Ku tahu hanya satu perkara pasti
Selagi bumi di atas paksi
Bila tiba masa aku kembali

(Ila Damiaa)
Bawaku ke mana saja kau suka
Timur selatan barat atau utara
Dampingi aku selalu
You’ll be my Malaysian boy
Malaysian boy

tak tahu lah betul ke tak lirik. just google and copy paste je. ade lagi satu lagu yang suka dengar, don't leave me behind kot lagu tu. tapi lirik yang jumpa tak boleh copy paste lah pulak.

lagu kasanova tu, bila dengar teringat citer cinta elysa =)

Saturday, December 17, 2011

day 15 - apa yang ada dalam beg make up anda

Memandangkan saya hanya ada kotak make up tkde beg make up jadi saya cerita pasal kotak make up lah ye.

Kat bawah ni gambar kotak make up saya. Kotak adalah hadiah dari kawan2 PDC masa saya kawen hari tu.

Apa ada di dalam?

Segala jenis alatan make up mata. Da lama beli masa kat PDC. Baru beberapa kali pakai.

Ini pulak bulu mata palsu. Masih banyak lagi. Tak tahu bila nak pakai lagi. Takut tercabut je sebenarnya.

Ini pulak kerongsang. Adik bagi. Suami dia beli kat Sabah. Belum pernah guna lagi. Esok lah nak guna. Baru teringat pasal kerongsang ni selepas selongkar kotak tadi.

Toner & moisturizer, juga jarang2 guna. Tak tahu macam mana nak bagi istiqamah dalam menggunakan benda2 sebegini.

Deodorant, ini setiap hari pun guna =) Suka yang ini sebab tak melekit.

Maskara AVON. Sangat jarang guna.

Compact powder ngan lip ice takde dalam kotak ni, ada dalam handbag sebab yang tu memang akan guna bila2 masa pun.

DAN, saya terjumpa benda ini. Bila tanya kawan2 kat ofis diorang cakap diorang pun simpan benda ni. Korang simpan jugak ke? Huhu! Ini adalah test kit pertama yang saya beli dan pertama kali buat test dan ianya adalah POSITIF! Alhamdullillah. Tak tahu nak simpan sampai bila.


Burung Merpati

Ini adalah resepi tok ummi dhiya. Masa kat Perak hari tu tok ummi bawakan burung merpati untuk dhiya. Merpati tu sempat untuk 2x masak. Jadi 2x lah dhiya makan nasi berlauk burung merpati. Tapi tak sure kenapa elok bagi daging burung ni kat baby. Kat orang pregnant pun elok jugak kot. Ni kira petua orang2 tua lah kot.

Ini yang minggu lepas punye.

Setelah di blend

Ini yang minggu ni punye. Gambar yang di blend takde sebab dhiya da start merengek2, dan mama dhiya dikatakan terhegeh2 nak masak nasi pun lambat. Makanya aktiviti snap2 terpaksa dihentikan serta merta.

Ini pulak hidangan untuk mama & papa dhiya untuk hari ni. Takde mood nak masak lauk pauk, masak nasi goreng terus complete sume ade dalam tu. Actually mama dhiya takde selera nak makan nasi sebenarnya. Nasi goreng tak tersentuh. Malam baru jumpa nasi tu pun sket je makan. Diet? Hahaha! ada story pasal slimming program tu sebenarnya. Tapi dalam entri lain lah ye.

Deco-deco

Ini sub entri ke2. Sejak azali saya memang suka deco2 ni. Suka balut2 suka tampal2. Dan idea ni da lama ada. tapi tak buat2. Memandangkan wll kat sini kosong kan. Jadi dengan secara rasa sangat kreatifnya ke kedai beli polistren dan kertas balut hadiah yang lawa2 sket. Balik terus mulakan kerja.

Step tak sempat nak snap sebab sibuk ngan dhiya. Mama sibuk dia pun sibuk. Balut macam biase je macam balut hadiah.

Then tampal kat dinding ikut kreativiti.

Tengok dari tepi macam cantik.

Tapi bila tengok dari depan macam tak berapa nak cantik. Takpelah letak je dulu sebelum ada idea nak gantikan dengan apa nanti wall ni nak suh bagi cantik dan tak plain.

Friday, December 16, 2011

day 16 - movie yang paling best pernah anda tonton

Instead of day 15, saya buat day 16 dulu k. Hahaha! Suka suki je.

Setakat ni movie yang paling best pernah saya tonton adalah ayat-ayat cinta.

Da lama tengok citer ni. masa study. dulu masa study donlod movie adalah free. boleh sesuke hati donlod dan delete kalau tak nak. Makanya akibat terpengaruh ngan kawan2 kat k5 (uni punye chat forum) saya pun donlod lah cerita ayat2 cinta ni.

Tapi kan, gambar dalam citer ni a bit blur sket. macam citer dolu2 je. jadi 5x saya try bukak untuk tengok dan 5x jugak saya tutp sebab macam tak menarik untuk di tengok.

Tibalah suatu hari. rumate takde kat bilik dan boring melanda. Teringat citer ayat2 cinta yang belum ditonton.

Bukak2...sekali melekat. tak kisah lah gambar macam filem dolu2 ke yang penting jalan citer best. Part yang paling ingat basah lenjun sebab sambil tengok sambil nanges. Apa yang sedih sngt tah, dah lupa. Tapi seriously masa my rumate balik dia terkejut tengok i nanges beria. Dia ingat kan pasai apa. rupa2nya pasai tengok movie.

memang citer tu sangat touching dan banyak pengajaran di sebaliknya. dia buat pun macam real je =)

Hadiah untuk Giveaway?

Masih ingat kah pada giveaway tempoh hari? Mahu tahu apa hadiahnya? And here it's goes:

Keahlian tupperware secara percuma bernilai rm60.

Dan secara automatik anda akan memiliki barangan seperti di bawah:


1. Tupperware business bag.
2. Modular Mates Ovals (1).
3. Modular Mates Round (2).

ATAU

Jika anda sudah memiliki keahlian tupperware.
1. Anda boleh memilih mana2 tupperware dari katalog terkini bernilai rm60 dengan harga ahli .
@
2. Membeli mana2 barangan tupperware dari katalog terkini dengan harga ahli dengan diskaun bernilai rm60 =)

So apa lagi? Semoga anda berjaya!!!!

Ingat! pemenang hanya seorang =)


Thursday, December 15, 2011

day 14 - pergaduhan paling teruk yang anda pernah alami

Hah! masih ingat lagi? masih2..here the story goes:

Kejadian berlaku masa darjah 6. Ingat lagi? ingat. Kalau husband baca matikkk..tapi takpe ni citer masa budak2 kan? not know.

actually takde lah teruk sangat pun., tapi gaduh tetap gaduh jugak lah. It's happened between me and my a.k.a secret admire. Secret tak secret jugaklah sebab I memang tahu sape tuannya. But the thing is I just ignore him. Dulu memang sangat jual mahal. Ye lah baru darjah 6 tak kan dah nak bercintan cintun monyet.

Tapi dalam pada I ignore dia, dia selalu bercerita pasal I kat kawan2 sekeliling. Nak cerita direct pada takut kena marah pulak kan.

Dan tiba lah pada hari kemuncak, he was telling my friends yang dia dream of me dalam tidur dia. I don't know why I can't accept the kind of story dan teruslah marah dia. Sampai semua pun terkeluar. He was shock jugak by the time I marah dia. Tapi tak leh nk buat apa kan. Kalau api bertemu api makin marak jadinya. Jadi masa tu dia diam seribu bahasa dan hanya saya yang berkata2., kalau masa boleh diputarkan balik saya rasa tak nak buat macam tu. Sebabnya masa darjah 6 we all stay kat hostel and the day after peristiwa tu saya dengar he no more stay at hostel. Dia duk rumah dia je.

Dan sejak itu dia tak pernah kacau saya.

The end!

Tuesday, December 13, 2011

Modular Mates Promotion - PreOrder



MOdular Mates Mini ll (3 biji) 1.9L
Modular Mates Rectangular lll (1 biji) 6.5L
Modular Mates rectangular ll (1 biji) 4.3L

All, only rm120 including postage

Order must be made before 5 january 2012.

Barang akan di pos:
1. selepas 5 january
2. selepas bayaran di buat

Untuk pertanyaan lanjut sila emel:

anis_nurdhiani@yahoo.com
0199885546

Sunday, December 11, 2011

Ke Perak

Khamis malam ke Perak sempena adik konvo kat ulu kinta. Tido kat umah anak sedara myHubby kat Taman Seri Botani. Sampai da malam sebab lepas balik keje baru bertolak.

Berada di perak memang mengimbau kenangan masa belajar dulu. Sebab dulu memang jelajah satu perak sebab tiap2 kali treasure hunt pon join.

Dhiya posing di pagi hari.

Tak sangka terjumpa kawan masa darjah satu. Dua2 pun totally lain dan tak cam antara satu sama lain. Nasib baek ummi cam mak dia. Kira masa darjah satu dulu memang kamceng habis. Dulu dia macam tembam sket tapi sekarang da kurus. Me still TEMBAM dan berTAMBAH tembam. Haha~


Dhiya with tok ummi




Snap2 gambar kat tambun masa on da way balik. Snap2 gambar kat luar je. Nak masuk macam agak mahal je rm45/person. Dulu masa pergi time kat utp tak semahal ni rasanya.

Petang pergi tengok ombak rindu kat JJ Ipoh. Nasib baik ingat lagi jalan nak g JJ =) layan ombak rindu sambil layan dhiya amani. Dan yang menjadi mangsa papanya lah. Duk ulang ailk bawak dhiya keluar. Baby memang tak leh tahan boring asyik nak main je. Dia tak nangis tapi duk buat bunyi.. Burrppp2 lah...Aaaaaa lah. huhu!

Esoknya masa on da way balik KL pergi ronda2 utp. Saje nak tunjuk tempat mama belajar dulu kat dhiya amani. Walaupun dia tak paham pun sebenarnya =)

Masa nak pergi utp singgah tronoh jap, mencari mee udang banjir sebab pernah baca kat blog ceera pasal mee udang banjir ni. Dulu masa study tak tahu pun. Pernah sekali pergi kedai ni tapi makan nasik lemak. Pergi2 tengok kedai macam tutup. Tapi ada orang duduk2 kat situ. Suh hubby turun tanya. Punya la nak makan mee udag banjir kan. Then, pakcik2 kat situ cakap kedai da pindah kat Medan Barli Emas. Nasib baik jumpa and dapat makan mee udang banjir akhirnya. Memang sedap dan udang serious banyak. Hubby pun cakap sedap walaupun dia sebenarnya tak berapa suka makan segala jenis makanan berasaskan mee ni. Gambar takde sebab malu nak snap =)

Dhiya depan masjid utp. Sebagai bukti dhiya pernah datang sini.

Ikan kat kolam masjid dah sangat besar. Bagi makanan yang disediakan sambil menderma. Konsep yang bagus.

Dhiya keletihan. Tido sampai KL baru bangun..

Sunday, December 4, 2011

Menu hari ini

Dhiya adalah bernasib baik wiken ini sebab mama dhiya tak hangat2 taik ayam mahu masak best2 untuk dhiya. Resepi original di sini. Tapi versi mama dhiya ni da ubah banyak =)

Bahan2 nya

Tarraa da siap =)


Aik nape gambar ni jadi 2 layer? Tapi sebab da malas nak upload yang
lain guna gambar ni je lah eh?
setelah di blend. actually masih tak berani nak bagi yang tak blend walaupun
dhiya da ade gigi 2 puntung. takut tercekik pulak.

Disebabkan mama & papa dhiya tak nak kalah ngan dhiya jadi terpaksa masak
yang best2 jugak untuk mama & papa.
best ke? best la jugak dari biasanya menu ikan rebus goreng & budu tu kan?

telur goreng

pelbagai jenis sayur

kari tengkok ayam...haha!! tak2, sebenarnya kari ayam,. tapi tengkoknya yang
terover expose =P

Mamarazzi terpaksa amik gambar dari belakang,. sebab kalau dhiya
perasan amik gambar dia, nanti dia nak rampas kamera.

Ini cerita lain

Kali kedua ke slimming center adalah semalam. just note untuk diri sendiri.

first session. turun 500g (dari 59.2kg ke 58.7kg)
second session. turun 600g (58.7kg ke 58.1kg)

tapi katanya hanya air yang keluar lemak belum lagi. betul ke? tak paham jugak. ada 6 session lagi. chaiyok2.

Dhiya da naik 2 batang gigi atas

Tapi baru perasan yanag 2 batang gigi atas dhiya da nak tumbuh. tapi kalau tak tengok betul2 tak pasan pun. tak tahu cemana duk kobek2 mulut dia terperasan pulak.

Nasi ayam sipi-sipi

haha beria nak masak benda baru kat dhiya kan? last2 terhasil lah nasi ayam sipi-sipi ni. Kenapa sipi2? sebab da tengok resepi tapi terbuat lain dari resepi jugak. resepi kat sini.

Tarra..

Setelah di blend



Saturday, December 3, 2011

day 12 - tiga perangai buruk anda

Huhuhu! Ini susah sket nak describe. Sape mengaku perangai dia buruk kan. Semua orang anggap dirinya lah yang terbaik. Betul ke tidak? Baik ngaku cepat =P

Mahu tidak mahu here it goes =)

Susah nak marah tapi bila marah?

Memang agak susah nak marah in term of marah teruk2 lah tapi sekali meletop..Memang betul2 MELETOP. Pendek kata jenis PENDAM lah ni. Bila tiba masa yang sesuai, keadaan yang sesuai & mangsa yang sesuai probability untuk perkara2 yang tidak diingini berlaku adalah tinggi. So please BEHAVE oke =)

Hangat2 tahi ayam

Panas nye sekejap je, nak buat tu lah nak buat ni. Bila tiba masa nak buat tak buat2 pun & tak tahu bila nk buat. MUST throw away thiss HABIT =) Tak seswai.

Mudah di ambik kesempatan

Sangat tak reti untuk defend diri sendiri daripada diambil kesempatan oleh orang lain. Tapi sekarang belajar untuk perlahan2 buang habit ini. I pun tak bape suke actually.

Friday, December 2, 2011

day 11 - benda yang wajib bawak bila keluar rumah

Ini adalah barang2 yang memang WAJIB
yang ADD-On tak termasuk =)

Telefon


Kunci Kereta


Kunci Rumah

Handbag


Purse

Duit =)


p/s: sume gambar adalah ihsan google =)

Thursday, December 1, 2011

day 10 - hari ke 10, apa yang berlaku

Wake up as early as 6.30a.m, early ke? Hehe! Sembahyang + bersiap2 ke tempat keje. Dhiya papa yang hantar umah bbsitter.

Went to office as early as 7.15a.m or maybe 7.30a.m baru terhegeh2. Bajet power sangat bawak kete, padahal sebab sekolah cuti jadi jalan smooth sket.

Sampai ofis, breakfast dulu. MUST TAKE. Ringan2 takpe asalkan makan. Untuk energy. Manaleh keje kalau takde energy kan?

Masuk keje. Hari ni ada sample ferro. This is one kind of lube oil diagnosis more or less same as the reason why doctor take blood sample from the patient and then from that knowing what actually the treatment should be given to the patient. From lube oil we will know either engine or compressor encounter the problem or not. just my two cents from the beginner like me. Peaceeee =)

Aktiviti ini berlarut sampai petang since banyak samples yang harus diselesaikan. Balik keje ngan senang hati. But, half way hujan SANGAT LEBAT. Dan trafik tak mengizinkan untuk sampai umah awal. 7.40p.m baru sampai =(

Sekarang tengah update this blog jap lagi mahu tido.

Aktiviti ini akan berulang selama seminggu kecuali WIKEN =)