Wednesday, June 13, 2012

Apam polkadot 3D & steam it!

Maaf entri ini berbaur seperti kelas masakan sikit =) Ini adalah episode mode happy membeli steam hari tu iaitu pengukus tupperware yang pernah saya war2kan di blog ini beberapa hari yang lalu. Ye lah, selalunya apa jua resepi kukus seboleh mungkin saya tidak akan membuatnya. Betapa rugi kan saya sebab nya makanan kukus lagi berkhasiat daripada yang goreng. kalau compare ngan yang bakar saya tak tahu mana lagi elok. 

oke back to the story, tadi balik keje dengan semangat berkobar2 terus ke dapur dengan niat untuk membuat apam polkadot 3D. kenapa 3D? jap lagi saya citer k. 


selesai sume bancuh membancuh. resepi saya follow majalah wanita yang ada cover fasha kawen. nanti bila2 kalau rajin saya letak resepi tu kt sini oke. so kat bawah ni adalah satu adunan yang sama telah di bahagi 2 dengan warna yang berlainan. 


Sementara itu susun bekas merah dalam steam it, berdebar jugak nak guna buat kukus tadi. dalam hati berdoa supaya steam it ni tak cair. maklumlah kan tupperware claim steam it ni tak cair sekali kalau cair cam mana. da la bukan murah kan beli =)


kemudian susun pulak bekas2 kertas itu dalam bekas merah


acuan bahagian bawah saya pilih color merah.


bahagian atas saya letak color hijau


tutup steam it 


pastikan paras air adalah setakat level bawah tu je. tak boleh lebih atau terkurang. kalau air terkurang bila da evaporate kena tambah air lagi hingga takat tu jugak. 


lepas 10 minit dan agak2 da masak bukak steam it. dan letak dot dot warna merah atas apam warna ijau. kukus sekali lagi. nanti bila da masak dot dot tu akan timbul. sebab itulah ia dipanggil apam polkadot 3D.


then letak dot dot dot warna ijau atas apam warna merah.


taraaaaa da siapppp. menjadi pulak tu. tak sangka sekali buat da jadi. kembang kempis idung. tapi yang ijau tu sebab saya letak banyak sangat dia jadi terlebih naik dan jadi tak cantik sangat.


tapi lepas tu da malas nak buat dot2 makanya jadilah apam ying & yang tapi color merah & hijau. haha! takpelah asalkan tepung abes digunakan. 


hasil kegigihan petang tadi maka saya berjaya mendapat lebih kurang 80 apam yang berwarna warni ini. hari tu kakak ipar cakap kawan dia jual rm25 untuk 100 biji. kalau buat sendiri mungkin tak sampai rm10 kos dia. tapi kalau nak dikira effort untuk buat plus sediakan alat2 kat dapur dan nak basuh pulak memang rm25 tu tak berbaloi pun. melainkan kalau sekali buat 200 300 teruskan. 


akhirnya semua disimpan dalam bekas ini untuk bekalan seminggu. sebab kalau nak makan semua malam ni memang tak akan abes. menurut resepi tu apam ni boleh bertahan seminggu tanpa kulat. Just wait and see je lah.

5 comments:

Nuwairani said...

wah! semangatnye dia! kak nani dah lama x buat apam dot dot ni

Mag said...

wah...sayo xajin tra wak lagiiii

Kakzakie Purvit said...

Kakak suka yg belang-belang tu eira. Cantik. Ahli rumah baru tiga memanglah tahan lama. Kalau rumah kakak sekali lalu aje sebab anak kakak yg ada di rumah mesti bawa ke sekolah agih pada kawan-kawan dia..

eira eixora said...

ha a kakak. tapi tadi terfikir takut berkulat terus bawak g uni. bagi2 sikit kt kawan2. tapi masih ada lagi 1/3 dalam bekas untuk esok & lusa =)

eira eixora said...

farah, buatlah., sene jah nak buat bena ny. tp leceh sket masa nk ubuh tepung tu