Friday, September 7, 2012

Sekarang saya mahu bercakap pasal SLAB SLAI pula

Seperti yang semua sedia maklum SLAB ini adalah skim latihan akademik bumiputera. KPT mengadakan joint venture dengan universiti-universiti tempatan untuk menjayakan program ini demi meningkatkan lagi golongan muda yang bergelar pensyarah. Untuk saya lebih sesuai SLAB rasanya. Sebab SLAB ditawarkan untuk menjadi fellow dan menyambung pengajian di peringkat sarjana. (jika tidak silap sayalah). apa yang menariknya dengan memiliki biasiswa ini kita tidak perlu pening kepala memikirkan untuk meminta kerja selepas belajar ini kerana kita adalah bond dengan universiti yang bagi kita SLAB/SLAi tu. Dan dalam fikiran saya ni hanya ada UMK sebagai pilihan pertama. UMK ni stand for universiti malaysia kelantan. akan tetapi saya tidak tahu bagaimana saluran nya. tidak seperti UTeM yang saya jumpa borang permohonannya di internet yang membolehkan kita membuat permohonan sepanjang tahun. 

kepada kawan2 yang terbaca ini dan mempunyai saluran yang betul untuk memohon boleh emel kepada saya k cara2 dia. pertolongan kawan2 semua saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga usaha saya untuk mencapai cita2 murni ini dipermudahkan olehNya. AMinnnn

ni emel saya: anis_nurdhiani@yahoo.com

______________________________________________________________________________

updated:

memandangkan saya banyak dapat link yang google dan masuk ke entri ini makanya saya bagi sedikit detail pasal program ni sejauh mana yang saya tahu. harap dapat membantu:

saya pernah telefon pengurusan UMK. tapi katanya UMK tak sediakan SLAB/SLAI untuk orang luar. dia hanya sediakan program ini untuk pensyarahnya sahaja. sebagai contoh sekarang sy tengah sambung master. kononnya lepas abes belajar saya apply jadi pensyarah UMK dan katakanlah dapat. then dari situ baru saya boleh isi borang untuk sambung study dan UMK akan bagi SLAB/SLAI pada saya. ini bertujuan untuk encourage lecturer diorang sambung PhD. tapi refer to UMK diorang tak kisah lecturer yang dapat SLAB/SLAI ni nak sambung belajar kat uni mana2. uni oversea pun boleh kalau tak silap.

dan kalau2 ada universiti yang tawarkan SLAB/SLAI ni pada yang bukan staff. kena tengok bidang apa yang ditawarkan kat uni tu. biasanya dia akan bagi bila ada subject atau fakulti tu kat uni dia. sebab nanti pas abes belajar kita kena kerja kat situ kan. jadi subject yang kita amik ngan yang nak ajar nanti mestilah kena tally kan.

dan lagi saya rasanya universiti malaysia perlis ada sediakan skim ini untuk outsider macam kita ni. tapi kena bond lah ngan diorang nanti and then kena lah jadi lecturer kat sana pas abes belajar. universiti malaysia pahang pun kalau tak silap. correct me if i am wrong.

okay itu saja setakat yang saya tahu hopefully dapat membantu. 

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Moga hajt dan cita-cita eira akan terlaksana.

Siapa yg tahu tolonglah email ye.

eira eixora said...

terima kasih kakak

WaDieQ said...

1 - check UMK ada tak bidang kita
2 - send email ke Dekan fakulti/pusat pengajian tanya berkaitan fellowship atau tutor post (penting untuk tengok ada kekosongan atau tak)
3 - buat research proposal. boleh attach skali waktu approach Dekan
4 - Apply tempat belajar.
5 - Isi borang SLAB dan tunggu interview

nak more info boleh tanya ikut fb / gtalk

Zafirah said...

salam wbt...sy sgt b'minat dgn slab slai...ada xsape2 tahu mcm mana nak dpt borang slab slai...sy berhajat nak mohon kat UMK.
any info regard slab slai kindly infom me-->zafirah_najah@yahoo.com

tqvm